Posts

7 purnama

Salam bahagia, Sudah tujuh purnama tidak menulis apa-apa.. yang sebenarnya seorang rakan yang suka baca blog tetapi tiada blog meminta saya untuk kemaskini entri.  Saya cuma ada tidak kurang 10 minit untuk mencoret sesuatu. Lalu teringat kepada suatu rutin yang agak baru buat saya. Bersenam dan mengingini tubuh badan yang cantik.  Pada asalnya saya bawa isteri untuk bersenam bagi tujuan kesihatan tetapi akhirnya baru saya sedari, ianya adalah kemahuan dari diri saya sendiri.   Dahulu, saya tidak memikirkan sangat perut buncit. Anggapan bahawa itu sudah lumrah bagi lelaki berkahwin dan memang sukar untuk dielak.  Kini, saya sudah tidak selesa dengan perut boroi. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mensusutkan lemak pada perut. Saya ingin mengecilkan tanpa menggunakan produk kerana rasa lebih berbaloi. Saya ada tujuh purnama lagi untuk ke arah itu.. Itu sasaran saya. Saya ingin kelihatan segak pada usia saya memasuki 40 tahun. 

A smooth sea never made a skillfull sailor

Image
Selamat tahun baru buat semua pembaca budiman, Moga pengalaman melayari bahtera kehidupan di tahun 2016, dijadikan pedoman dan iktibar untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. InshAllah.. p.s: T.kasih Abg. Jan, gambar blogmu sungguh dalam maksudnya.. lalu saya meminjamnya..

Main tapuk-tapuk

Image
"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.. Sudahkah!!!" tu lah ayat wajib tatacara kami bermain sembunyi-sembunyi suatu masa dahulu.  Masih terasa sakitnya hati apabila terpaksa menjadi tukang cari. Masa tu rasa tidak sabar-sabar nak habiskan kiraan 1 hingga 10. Pertanyaan 'sudahkah!!!' merujuk kepada dah siap sembunyi yang sudah tentunya tidak disahut dan penggunaan tanda seru sengaja digunakan bagi menunjukkan tersiratnya nada kuat dek geram. Strategi persembunyian bergantung kepada tahap kekreatifan dan kearifan di mana lokasi permainan berlangsung. Sekiranya ia dilangsungkan di rumah agak kurang mencabarnya kerana masing-masing dah arif dengan susur semak rumah tetapi agak bias sekiranya anak jiran turut sama bermain jenuhlah mereka tak jumpa cari.  Paling seronok apabila acaranya di luar, peraturan terpaksa ditetapkan untuk menghadkan keluasan lingkungan jarak persembunyiaan.  Peraturan ini terpaksa kami buat ekoran ada seorang anak jiran yang balik ke rumah kerana lapar nak

Pisces.. itu aku

Image
As salam buat pembaca budiman, Sepanjang atau sependek-pendek ingatan, saya mula tahu saya berbintang Pisces ketika berumur 12 tahun.. dari detik itu saya mula membaca ramalan horoscope di akhbar inggeris (dan itu juga satu-satunya laman yang saya baca).  Pada ketika itu terlalu obses bagaimana ramalan itu menjadi benar dan apabila ianya tidak berlaku  maka saya abaikan saja.  Sudah terlalu lama saya tidak membaca tentang horoskop.. Tetapi saya adakalanya dapat menghidu mereka-mereka yang sebintang dengan saya (baunya agak hamis.. hehehhh).   Lihat kebetulannya yang mengena pada diri saya.   Personaliti Pisces (19 Feb - 20 Mac) Personaliti Pisces pisces memang terkenal dengan sifat ringan tulang Kadang-kadang orang jadi pelik dan ingat ada udang di sebalik mee.. tapi sebenarnya tidak.. saya bantu dengan ikhlas hati dan slalunya atas sebab saya memang lapang masa dan lapang hati. penuh tanggungjawab dan tidak mengharapkan sebarang balasan. Benar.. saya tidak akan

Bicara Langit Kepada Awan

Image
As salam dan salam hormat buat pembaca budiman, Alhamdulillah.. Terselit satu karya hasil cetusan idea ketika menunggu kereta dibasuh. Car Wash, Labuan 24 Oktober 2015 (10.52am) * Boleh dapatkan di kedai-kedai buku

Istiqamah Bahasa

Image
I stiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Saya dulunya hanya suka-suka menulis puisi.  Penghasilannya selalu mengikut mood yakni ketika hati berontak ingin melahirkan apa yang terbuku secara tersirat.  Kepuasannya berlainan sekali dengan menulis cerpen.   Akhirnya saya terjebak buat kedua kalinya; bersama-sama menghasilkan buku antologi puisi. Muka surat 199-208 (10 halaman) ISBN: 978-967-13893-0-0

Pergi tanpa pamit

Image
Kini, 'buat baik dibalas baik', menjadi kurang relevan bagi saya.  Menjadi antara penyumbang statistik; Pembantu Rumah Lari, memberikan kesan yang begitu mendalam.  Pergi tanpa pesan atau mereka kata begini "pergi tanpa pamit", yang sebenarnya kalau ada hal kecemasan pangkat moyang punya cemas pun.. beritahulah.  Bermula dari episod tidak datang kerja, pergi cari ke rumah (dahlah rumahnya nun jauh dalam semak hutan) sehingga mendapat berita dari rakan-rakan senegaranya 'telah pergi' cukup memeritkan.  Episod duka lagi traumatik apabila dimaklumkan oleh pihak Imigresen majikan hendaklah melaporkan kepada pihak polis berkenaan hal tersebut dan datang semula ke Imigresen bersama Surat Pembatalan Pas Pekerja Pembantu Rumah Asing serta menjelaskan bayaran penalti sekiranya masih memerlukan khidmat pembantu rumah yang baru juga bagi mengelakkan disenarai hitamkan. (Semput tak baca dengan ayat yang panjang tanpa koma? dan begitulah juga yang kami rasakan ketika i