Posts

Showing posts with the label review

1 Liter of Tears

Image
W alau hanya dengan 11 episod, ia berjaya menyentuh jiwa (atau saya memang seorang yang berjiwa sensitif?).  Drama adaptasi dari kisah benar seorang gadis Jepun bernama Aya.  Dia hanya berumur 15 tahun ketika menghidap penyakit yang belum ada ubat dan penawar iaitu 'spinocerebellar degeneration'.  Drama itu diolah berdasarkan diari yang ditulis oleh Aya sehingga dia sudah tidak berupaya memegang pen untuk menulis.  Kecekalan hatinya untuk terus hidup dan menerima apa yang berlaku adalah satu hakikat dan badannya yang sakit itu adalah dirinya. Pada saya detik-detik mencemaskan apabila penyakit itu mula menyerang; sering jatuh, tidak boleh bergerak, tidak boleh menganggar kedudukan objek dan tidak boleh memegang.  Kemuncak ialah apabila dia tidak boleh berjalan, menulis, bercakap dan menghadapi kesukaran untuk makan. Aya hidup dalam keluarga yang sederhana dan keluarganya mengusahakan perniagaan m...

Tuhan tolong lembutkan hati dia...

Salam buat pembaca yang budiman.   Ok filem ini sudah agak lama malah sudah banyak review yang dibuat (kebanyakannya memuji!) namun kita perlukan sesuatu yang membina demi filem tempatan kita! Yang sebenarnya juga, saya dicabar  untuk mengetengahkan kelemahan dalam Filem Ombak Rindu. Bermulanya niat untuk menontonnya setelah begitu ramai ibu-ibu yang berpesan-pesan sesama mereka untuk pergi menontonnya malah siap bagi amaran "kalau pergi tengok, mesti bawa suami!".  Begitu kuat penangannya, sehinggakan semasa menontonnya tanpa sedar mengalirkan air mata (saya menunggu babak yang kurang sedih untuk mengelap airmata dengan itu orang taklah perasan sangat.. tips!).  Ok selesai memalukan diri sendiri. Tapi orang kata kalau tak nangis tengok filem ni, orang itu berhati batu! Untuk itu saya mengiyakan dan setuju dengan pendapat itu.. hehee.. Namun atau walaubagaimanapun saya yang memang kritikal dengan bab logik mengesan sesuatu yang kurang berjaya. Pad...