Posts

Showing posts with the label pendapat

Sapaan yang terkesan

Image
Salam hormat buat pembaca budiman, Pagi ini saya disapa oleh kakak Cleaner, sapaannya ringkas bertanyakan khabar anak (akan saya ceritakan dalam blog myanak2ku).  "Batah nda jumpa.",  (lama tidak jumpa) "Pa kabar anakmu?",  (anak apa khabar?)  Tanpa sedar saya bercerita panjang mungkin didorong oleh naluri seorang ayah yang terkenangkan anak. Kemudian saya cuba mengingat-ingat kali terakhir disapa dan sangat terkesan di hati.  Saya jadi teringat kepada seorang Pegawai di Jabatan Pendaftaran, WP Labuan.  Sapaannya juga ringkas ketika saya membuat pendaftaran surat lahir anak namun hati saya berbunga-bunga dan penuh syukur. (juga akan saya kemaskini dalam blog myanak2ku) "Anak ke berapa encik?",  "Tahniah encik. Alhamdulillah, terbuka satu lagi pintu rezki buat encik sekeluarga".  Sapaan juga boleh jadi melalui pesanan teks ringkas (sms), lalu saya cuba selongkar dalam inbox telefon. " Hi.. heard gud newz. Congrats! A pro...

Tuhan tolong lembutkan hati dia...

Salam buat pembaca yang budiman.   Ok filem ini sudah agak lama malah sudah banyak review yang dibuat (kebanyakannya memuji!) namun kita perlukan sesuatu yang membina demi filem tempatan kita! Yang sebenarnya juga, saya dicabar  untuk mengetengahkan kelemahan dalam Filem Ombak Rindu. Bermulanya niat untuk menontonnya setelah begitu ramai ibu-ibu yang berpesan-pesan sesama mereka untuk pergi menontonnya malah siap bagi amaran "kalau pergi tengok, mesti bawa suami!".  Begitu kuat penangannya, sehinggakan semasa menontonnya tanpa sedar mengalirkan air mata (saya menunggu babak yang kurang sedih untuk mengelap airmata dengan itu orang taklah perasan sangat.. tips!).  Ok selesai memalukan diri sendiri. Tapi orang kata kalau tak nangis tengok filem ni, orang itu berhati batu! Untuk itu saya mengiyakan dan setuju dengan pendapat itu.. hehee.. Namun atau walaubagaimanapun saya yang memang kritikal dengan bab logik mengesan sesuatu yang kurang berjaya. Pad...