Posts

Showing posts with the label facts

Persamaan Jared Leto dan Adie Achim

Image
Apakah persamaan antara Jared Leto dan Adie Achim? Keduanya ada penyakit 'gout'!  Penyakit orang kaya tu! Bukan pasal banyak duit tapi kerana kaya dengan kristal yang terbentuk semasa  serangannya.

Kad V V V I P yang penuh nikmat!

Image
Salam semua... dah makan? dah minum? dah ke bank? Semalam saya ke bank, fulamak! ramainya manusia dan yang pasti semua atas perkaitan yang sama yakni 'duit'. Ya lorr 'tanpa duit siapalah bank' atau boleh juga 'tanpa bank siapalah duit'.  Saya dalam keadaan yang kurang upaya masa tu, sakit kaki! Maka terjungkit-jungkit la ceritanya. Sukar untuk saya terima, tetapi sejarah keluarga membuktikan uric-acid sangat akrab dengan kami, hampir keseluruhan keluarga saya mempunyai 'gout' cuma kami amat bersyukur (Nauzubillah..) atas penjagaan makanan kami dapat mengawalnya dengan baik dan masih di peringkat yang terkawal(alhamdulillah..).   Bukan penyakit 'gout' atau kisah terjungkit-jungkit yang cuba saya kongsikan tetapi al-kisah betapa powerful nya kuasa kad yang satu ini.  Kad ini dipanggil 'Prime' lebih kurang ketua kepada segala kad-kad di bank CIMB.  Power tak power ? Dengan hanya menunjukkan kad ini anda akan diberikan satu nombor khas ...

Bulan ALLAH

Image
As salam, Betapa..betapa dan betapanya diri saya ini, sungguh saya tidak menyedari tentang bulan yang satu ini.  Terima kasih buat seseorang yang mengingatkan, mungkin saja dia menyedari akan kelupaan dan kedaifan saya perihal hukum-hakam.  Dengan ini saya dengan sukacita dan serendah-rendah hati berkongsi tentang : KELEBIHAN BULAN REJAB   (KREDIT) Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) * Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). * Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. * Puasa tiga ha...

Ikhlas

Image
"Ikhlas ialah rahsia antara Allah dan hambanya yang tidak diketahui oleh malaikat untuk menulisnya, tidak syaitan untuk merosakkannya dan tidak pula hawa nafsu untuk menggodanya,"    Terdetik hati untuk berkongsi tentang pernyata an yang diucapkan oleh Imam al-Junaid r.a . Saya terbaca pada halaman muka surat pertama buku bertajuk "Penyucian hati", malangnya saya hanya sempat membaca beberapa helaian namun saya hafal betul halaman pertama.  Oleh kerana saya ada terniat untuk berkongsi dalam blog maka saya buat sedikit penyelidikan tentang "ikhlas".  Kebanyakkannya saya copy-paste saja kerana takut menyimpang pula maksudnya.  Pernahkah anda melafazkan "Ikhlas.." tetapi di hati tergaru-garu betulkah ikhlas nie?".  Saya kerap kali membetulkan niat bahawa saya memang ikhlas tetapi tau sajalah si Iblis masih membisikkan keraguan "betulkah ikhlas???" Sabda rasul SAW tentang para mukhlis (orang yang ikhlas) yang bermaksud . ...

Banyak Sabar Nak!

Image
BSN S etelah berapa purnama tidak mengunjungi tempat ini, akhirnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksalah juga menapak masuk ke premis ini.  Sungguh kelembapannya keklasikkannua tegar terpelihara. Tidak percaya? datanglah... Aku sangat sayang bank yang satu ini sebabnya: 1.  Inilah bank simpanan pertama yang ku buka dengan hanya RM2.00. 2.  Buat pertama kalinya mempunyai kad ATM 'kad Giro'  dengan nama bercetak di kad. bangga gilerr! 3.  Bank inilah yang menghantar duit kiriman semasa duduk hostel.   Cerita dahulukala: 1. Seronok sangat tengok ramai orang dalam bank ini.  Meriah! Dapat jumpa ramai orang, sembang-sembang, kenal-kenal. 2. Seronok lepak-lepak lama kat bank.  Yelah bukan ada nak dikejar pun! 3. Sedap stay lama-lama.  Almaklumlah jarang benar dapat rasa hawa dingin Cerita masakini: 1.  Rimas! ramainya orang! 2.  Gelisah! Mak oi cepatlah.. banyak lagi kena buat nie! 3.  Bengang! Pesal aircond ta...

Teknologi yang hampir dilupakan

Image
Punyalah terkejut jumpa benda nie! (laksana terjumpa artifak sejarah) Saya sebenarnya sedang menyemak inventori stationary pejabat. Berkira-kira untuk membuat permohonan mana-mana bekalan yang berkurangan, masa tu lah saya terjumpa disket. Terus saya membuat tawaran kepada rakan-rakan sekerja sesiapa yang perlukannya tapi hampa tidak ada seorang pun yang berminat malah ada suara sumbang "Camana mau guna tu?" Samada dia berlawak atau memang maksudkannya (Maklumlah dia ni lahir dalam era 80an). Kemudian bagaikan mengejar deadline (tertekan dengan rakan-rakan blog yang lain sudah punya entri hari ini) sayapun membuat sedikit kajian tentang item ini mana tau ada perkara yang boleh dikongsikan bersama. Hampa! amat sedikit dan langsung tidak menarik minat akal minda. Saya yang memang sentimental (satu pengakuan-untuk rekod) merasa sebak betapa dulu ia amat berguna dan menjadi kesayangan ramai. Saya masih ingat betapa saya menjaga semua disket saya dengan rapi dan teratur. Te...

Untukmu bumi!

Image
Kami sekeluarga memang tertunggu-tunggu kempen ini. Dan tepat pada masa yang ditetapkan kami menutup semua lampu dan tidur sehingga pagi. Punyalah kami menyokong penuh kempen ini. Bagaimana kami melakukannya? Pada siang harinya jadual kami padat dengan aktiviti itu dan ini, jadi pada malamnya tanpa disuruh-suruh mata terpejam. Alhamdulillah... Untukmu bumi!

anda yang bagaimana?

Image
A khirnya hari ini tiba! atau tibalah hari ini! Hari yang ditunggu-tunggu rasanya untuk semua orang. Yelah hari ini hari gaji buat penjawat awam tetapi secara tidak langsung mereka yang bekerja di sektor lain turut mendapat tempias bahana hari gaji. Oh ya.. akhirnya saya merupakan salah seorang yang berbaris mengambil upah gaji pada hari ini, bukanlah suatu yang kebiasaan bagi saya namun kerana ada keperluan penting saya mau tidak mahu terpaksalah juga berbaris panjang. (sangat panjang ok!) Sudah begitu, saya tanpa sedar membuat pemerhatian tentang gelagat mereka-mereka ini. Kebetulan saya di baris yang agak ke belakang maka sempatlah saya membuat perbandingan antara pengguna mesin ATM lelaki dan perempuan. Fokus kepada transaksi pengeluaran duit. Dengan penuh takzim dan hormatnya saya kongsikan bersama, bukan untuk mengutuk dan jauh sekali menghina tapi inilah yang berlaku. (Tapi tidak semua ... kebanyakannya) yang laki-laki (lelaki) 1. Buka dompet, Keluarkan kad bank (dilakuka...

Tanda

Image
Salam, Hari ini tidak bercadang untuk membuat entri, hanya 'jalan-jalan cari blog' dan akhirnya saya ter-blogwalking ke satu blog yang mengamanatkan agar membuat hebahan. 9 tanda-tanda saat kematian 1) 100 hari , seluruh badan rasa bergegar 2) 60 hari , pusat rasa bergerak-gerak 3) 40 hari , daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginye sehingga saat kematiannya. kadang kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malalaikat maut tersebut dan orang tersebut kadang kadang kelihatan seperti runsing 4) 7 hari , mengidam makan 5) 5 hari , anak lidah bergerak-gerak 6) 3 hari , bahagian tengah dahi bergerak-gerak 7) 2 hari . seluruh dahi bergerak-gerak 8) 1 hari , terasa bahagian ubun ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar 9) Saat akhir , terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Secara peribadi saya selalu berhar...

GDL

Image
Tajuk Entri di atas adalah dirujuk: 1. Lesen G.D.L. (Goods Driver's License) 2. ke 'Golok Demi Love' 3. Geng Datang Lewat Salam buat pembaca yang budiman. Tajuk entri yang agak menyengalkan adalah disengajakan bertujuan untuk saling mengingatkan. Namun begitu saya hanya akan membuat kupasan pada perkara ketiga iaitu 'Geng Datang Lewat'. Sebelum itu sukalah saya menegaskan bahawa tidak ada sekelumit pun rasa bangga apatah lagi rasa megah dengan senario ini. Aduhai! rasanya ramai di antara kita berharap lima minit masa tambahan diberikan setiap kali bangun pagi. Adakalanya buat-buat lupa hukum alam tidak akan pernah sesaatpun terhenti, makanya tambahan masa lima minit bertambah ke sepuluh minit, setengah jam, satu jam? (dinasihatkan kalau dah sejam tu baik teruskan tidur). Biasanya kes terlajak tidur ni boleh diatasi dengan mengunci jam loceng ataupun gunakanlah telefon bimbit. Ada pula kalangan yang begitu berdisiplin sekali dengan rutin di rumahnya menyebabka...