Posts

Showing posts with the label Puisi

Bicara Langit Kepada Awan

Image
As salam dan salam hormat buat pembaca budiman, Alhamdulillah.. Terselit satu karya hasil cetusan idea ketika menunggu kereta dibasuh. Car Wash, Labuan 24 Oktober 2015 (10.52am) * Boleh dapatkan di kedai-kedai buku

Istiqamah Bahasa

Image
I stiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Saya dulunya hanya suka-suka menulis puisi.  Penghasilannya selalu mengikut mood yakni ketika hati berontak ingin melahirkan apa yang terbuku secara tersirat.  Kepuasannya berlainan sekali dengan menulis cerpen.   Akhirnya saya terjebak buat kedua kalinya; bersama-sama menghasilkan buku antologi puisi. Muka surat 199-208 (10 halaman) ISBN: 978-967-13893-0-0

Kembali MH370

Image
ISBN: 9789839960904 Salam hormat buat pembaca budiman, Antologi ini memuatkan karya penulis daripada 12 buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Jepun, Singapura, China, Perancis, Rusia, Brazil, Jerman dan Amerika Syarikat.  Antologi ini juga telah memuatkan 136 buah puisi yang dihasilkan dari 136 orang penulis termasuk Lim Swee Tin, Maharatu Rafidah Mohamad, Talib Samat. Zaiton Ajamain dan banyak lagi. Alhamdulillah dalam banyak-banyak ada jugalah menyelit; Adie Achim Muka surat 58 Mau kata apa lagi p.s: Inshallah saya juga akan kembali.  Rasa dahaga yang amat sangat untuk menulis. 

Sesat

Image
Sesat L angkahku tersasar.. Sesat di hutan belantara yang berbatu pejal Terkeliru untuk beberapa kali.. Jalannya membingungkan.. aku alpa Dan menangis… tapi sesekali tertawa teruja.. Hutan ini penuh warna warni.. Indah tapi merbahaya.. Dari liku-likunya Aku temui.. Yang berbau wangi.. Dan yang berupa hodoh.. Yang bertopeng manusia.. Dan kecantikan sang rubah.. Tapi isinya melukakan hati.. Atau kemilau permata yang ku sangkakan kaca! Dari sini aku temui.. Onak duri yang mengigit betisku.. Adakalanya menjadi luka Bengkak dan bernanah.. Perit.. sakit! Tapi kesakitan itu membuatku lebih peka.. Tersilap langkah ini.. Tapi tak mengapa.. Hidupku tak seindah hidupmu.. Namun aku masih rasa bahagia! Mungkin dunia kita tak sama.. Cerita kita di jalanan yang berbeza.. Walau sedikit cemburu padamu.. Keletihan masih jua milikku Tak kira sebesar mana aku cemburu padamu! Rentak langkahku mungkin amat perlahan Tapi aku senyum lebih manis dari senyumanmu.. ...

Nota sepi

m ohon ku mohon, agar kau terima, ini suratan yang ditakdir... ku mohon, agar kau tabah, pada hari mendatang... ku mohon, agar kau kuat, berjuang ke akhirnya... ku mohon, agar kau mengerti, dunia ada fananya... ku mohon, agar kau sedia, segala macam kemungkinan... ku mohon, agar kau maafkan, pada kami yang berharap... supaya senyumanmu utuh,  demi ujian demi ujian, ketahuilah Dia tidak pernah bermain dadu, ada bahagian untuk semua makhluk, dan kau terpilih sebab kemampuanmu... Pernah ku bertanya, "... tapi mengapa dia?", dan mungkin soalan ini seribu kali kau tanyakan. dan itulah ketetapannya buat makhluk yang disayangiNya.

Ingin pergi

Image
betapa ingin pergi sejauh kejora seluas semesta selebar horizon ingin pasti akan damaikah di sana? tenangkah di sana? senangkah? akan jumpakah yang digali? di sini punya baki walau saki mual jemu tapi ada yang pasti juga sisa yakin masih ingin pergi rezki-Nya melata Hospital Nukleus Labuan (2.32pm)

ruang getir

Image
................................ pada ruang itu aku meraba lagak buta mengukur dan meneroka siapa dalam dirimu ada pada waktunya hampir kelewatan kembali ke batasan ............................... pada ruang itu banyak terhutang tatkala hukum alam menidakkan ia memungkinkan segalanya untuk dikutip sisa rasa buat diabdi dalam arca terindah tidak akan pernah memadai ................................ pada ruang itu ku himpun kenangan manis madu ku susun episod satu persatu ku titip rindu angin bayu ku doa tulus kudus syahdu ku redha inilah saatnya berlalu ku luah hiba sendu pada ruang itu ..............................

Seloka untuk dunia

Image
Gambar: www.geocomm.com Dunia oh dunia! penuh dengan orang, orang putih, hitam, sawo matang, orang-orang, orang sakit? dunia oh dunia! menjerit rasa sakit, sakit kusta, berjangkit, keturunan, kemalangan, sakit hati? dunia oh dunia! ingin jaga hati, hati busuk, dengki, riak, bengkak, hati pendam? dunia oh dunia! terlalu banyak pendam pendam rahsia, sejarah, kejatuhan, kegemilangan, harta-karun, pendam perasaan? dunia oh dunia! bermain dengan perasaan, perasaan gembira, sedih, angkuh, simpati, perasaan drama? dunia oh dunia! bagai satu drama drama the nanny , kantonis, hindi, swasta, drama-drama cereka? dunia oh dunia! hanyalah satu cereka cereka sains, sastera, filem, teater, cereka yang penuh fahaman? dunia oh dunia! bijak oleh fahaman, fahaman komunis, feudal, republik, kuku besi, demokrasi, fahaman untuk disokong? dunia oh dunia! perlu ada sokong, sokong kerajaan, pembangkang, kempen, sokong sepenuh rasa? dunia oh dunia! punya banyak rasa, rasa masin, manis, pahit, pedas, payau, ...

aku mahu hidupku dulu

Image
kalau aku tau jadi begini! dulu dia rayu pujuk aku kata rindu bak senandung sudah dibilang harus bagaimana sedang diri sudah punya tapi dia rajuk rintih ingin cuba buat yang benar pusing seribu dalam mamai buat terdodoi si pungguk riang diriba bulan si belangkas lupa tidurnya alpa sedar izin ditakluki hampir tidak peduli pada dunia enak ditimang di tabir pelangi tanpa sedar jejaknya pergi terkontang katak berlagu sepi bicara pada akal mana sumbangnya melambai kosong pada bayang gelap bersoal teki benarkah nyata mungkin ini mimpi yang gila buat aku rosak segala untungnya masih ada logika sejadah buruk buat yang setia sujudlah aku lepaskan sendu tolong beri aku pinjam nur itu tak sanggup aku dipalingNYa dia pergi takkan ku nanti halal apa jua yang terbudi aku haramkan jika terulang jangan berani datang lagi hati sudah lesu enggan sudi aku mahu hidupku dulu

Ku cari dia

Image
Ku cari di dalam lena tidurku pada igau mimpi yang kaku ku yakin dialah dealova kalbuku bersembunyi di rimba ranting paku serasakan diri segagah sekebal kuku akhirnya waktu mengusir lenggangku Ku cari di antara bayang silam pada usikan ingatan yang kelam ku akui betapa banyak kisah tersulam bersembunyi kemas erat indah bak nilam serasakan itulah memori terpendam akhirnya menganyam kukuh bibit semalam Ku cari pada cerah siang yang nyata pada jasad yang benar berdiri berkata ku longlai indahnya puisi salju dingin sonata bersembunyi di balik lirik nota serasakan ingin meniti titik kaseh kota akhirnya akur agungnya nikmat cinta Ku cari pada hembus ruang rindu pada bait indah manisnya madu ku tau dia tidak berkotak dadu bersembunyi galas beban sepadu serasakan ada tawa balik sendu akhirnya keliru cinta nan baldu ku cari dia...

Mimpi itu...

Image
Termangu aku pagi tadi, cuba mengingat-ingat... 'mimpi apa aku semalam ya??' emm semuanya kabur! semuanya blurr! Perasaan itu.. bagaikan melalui satu malam yang sangat panjang.. bagaikan didongengkan kisah dalam 1001 malam. Banyak sangat mimpi antara mimpi, dengan pelbagai watak pada letak, penuh dengan onak rasa semput bikin serabut... Pantas meraba telefon bimbit.. mengabdi ilham bait demi bait .. pada subuh yang masih berkait.. Mimpi... yang itu bawa daku pergi, walau gusar langkah digagahi, melewati relung hina lagi berduri, menerjah kabut gelap nan sepi, hanyut didesir angin berdebu, kala unggas jadi seteru, kudrat sekerat nian gebu, meraih sisa kalbu yang beku, mimpi... yang ini bawa aku ke mari, walau tak seindah syair si pari-pari, berkah kasih utusan bidadari, buat si pemimpi yang jerlus dinihari, kejutkan dia dari lena itu, ke alam nyata yang satu, agar derapnya jauh berbatu, melakar pelangi tak berkematu.. *Hasil nukilan orang mengantuk disorongkan bantal, pastikan ...

Ini kan tugas lagi hakiki!

Image
Sesampai saja ia menyapa lagi, Senyum sekilas dia menyeringai, Sinis dia bergumam ‘releks awal lagi.. pagi lagi’ Si ia menggeleng ‘hmm.. perangai!’ Ofis sejuk sedang terik mentari, Oh.. ia mula mengusik ‘hai bila lagi ni’ Ofis kian dingin ‘keluar jap lagi ni’ Oh.. kalau begitu mari menari Akhirnya dia menyepi… lesap Alkisahnya ia turut mengulit… perap Antara lambat atau sekejap Apabila ia dan dia malap Dia muncul datang kembali Dek semangat si rajawali Dia menyapa tangkas sekali Dengan riang bersiul lali Ia menjeling sakan mencari Itu ini musykil diselidiki Ingin berang dia dah lari Ini kan tugas lagi hakiki! P.s: Sekadar luahan tanpa bicara, adakalanya tanpa sedar kita mengeluh.. tidak kurang juga memaki, bebanan tugas yang tidak kunjung habisnya! mungkin tiba masanya kita suka 'ia'. Sekadar perkongsian...