Posts

Showing posts with the label isu

I beg to differ..

Image
Assalam dan salam hormat buat pembaca budiman, . Amboi bukan main lagi tajuk entri, entahlah apakah akan relevan dengan apa yang AA perkatakan, ko ada entri tajuk omputeh? . Cuma sekadar perkongsian buat mereka yang adakalanya tidak sedar atau mungkin sedar tapi malas nak ambil pusing.  Kejadian ini sering kali berlaku, ok anda ke pasaraya dan cashier /pembantu cashier memasukkan barang-barang belian main sumbat jer.. mentang-mentanglah minyak rambut tu kecil lalu dimasukkan dalam beg plastik yang berisi snek atau apa jua item yang bukan sewaktu dengannya.  Itu hanya satu contoh, malah saya pernah ada pengalaman semua barangan disumbat dalam satu plastik besar; dengan bawang, kentang, susu tin, syampu, ubat gigi dan yang paling sadis serbuk pencuci kain! Nasib baiklah telur itu dah siap diikat untuk dijinjing kalau tidak mau disumbat semuanya. AA tidak akan biarkan perkara itu berlaku, biasanya akan menegur dengan cara elok, "miss/kak/dek boleh asingkan plastik?...

pilih-pilih

Image
Salam buat pembaca budiman, Buat ke sekian kalinya saya ke kafe untuk membeli makanan buat sarapan pagi.  Buat pertama kalinya ter'perasan' agak ramai yang memilih menu kahwin (bukan merujuk kepada menu untuk pengantin) tapi makanan yang dicampurkan. Akhirnya saya putuskan dengan mengahwinkan bihun goreng dan mee goreng. Google : sekadar hiasan Saya mula terfikir dengan keputusan itu, mungkinkah? i. Adakah saya terpengaruh dengan mereka? ii.  Adakah kerana kedua-duanya nampak sedap? iii. Adakah kerana risau salah satu tidak sedap? iv. Adakah kerana tamak ingin merasai kedua-duanya? v. Adakah saya mengalami kecelaruan untuk membuat keputusan? vi. Adakah saya kurang yakin dengan pilihan sendiri? vii. Adakah saya menjadi sangat malas untuk membuat pilihan? viii. Adakah saya  'play safe' supaya tidak menyesal?  Jawapan itu sebenarnya ada pada saya (ngada-ngada betul! macamlah orang nak tau sangat) malah ketika melihat pilihan kemungkinan itu say...

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Image
Yang dihargai para pengikut setia, (teruskan setia) Yang dihormati para pembaca budiman. (teruskan baca) Tidak sesekali bermaksud untuk menimbulkan provokasi kepada bro. Ben sekadar ingin menarik perhatian beliau.  Memang mudah untuk menjadi antara 17,000 follower  (sekadar klik pada butang 'follow'), cuma untuk menjadi yang terpilih untuk dilawat adalah kebarangkalian yang begitu tipis.  Saya yakin betul beliau akan membaca entri ini, Terima kasih untuk itu dan entri ini juga buat tatapan umum, saya ingin anda turut terCABAR! Berapa orang di luar sana yang berpeluang melihat kelahiran bayi secara langsung? live! Ya, saya amat percaya bilangannya amat sedikit.  Malah tanpa bertanyakan pada dady (panggilan buat ayah saya) saya amat yakin beliau tidak punya satu kalipun peluang melihat bagaimana proses kelahiran lima orang anak perempuan dan empat orang anak lelakinya.  Bukan salah beliaupun! Cuma pada masa itu tidak ada polisi yang membenarkan si...

Yang klise tentang duit

Image
Yang sebenarnya saya secara tidak sengaja tersampuk/termenyampuk dalam perbualan antara rakan sekerja yang berdialog tentang "duit adalah segalanya"  dan saya memang suka mencabar sesuatu pernyataan yang klise, kawan saya menguatkan hujahannya dengan menyatakan "kebahagian tidak boleh dibeli dengan duit".  Bukanlah hendak menafikan bahawa terdapat pro dan kontra di situ, tetapi mau atau tidak di dunia yang kita pijak sekarang ini, kita sebenarnya terperangkap dengan "segalanya adalah duit". Yang berlaku sekarang ini ialah kita semua (kecuali para jutawan dan billionaire, duit yang bekerja untuk mereka) perlu bekerja untuk mendapatkan duit atau lebih mudah begini "kita bekerja kerana hendakkan duit" memanglah kita sertakan niat untuk mencari nafkah buat keluarga tetapi subjek matter nya ialah 'duit'.  Jadinya, kita perlukan duit buat menampung (isteri, anak dan kedua orang tua kita) mereka-mereka ini.  Saya minta anda tahan nafas dalam li...

Esah 50 sen

Image
Korang masih ingat Esah lima puluh sen?.. mesti dah ingat-ingat lupa yelah sekarang ni beralih ke "halimah jongang the series". Haha dulu saya punya sahabat baik namanya lebih kurang Esah lah jugak. Tiap kali nyanyi lagu tu mesti dia marah "kojaq hang!" Tapi... Cerita Esah 50 Sen ni ada unsur-unsur 18sx. Saya tukar topik la. Boleh kan? Penulis blog berhak menukar topik bila dirasakan perlu. Entri ini terilham semasa kunjungan saya ke sebuah pasaraya berdekatan taman perumahan pada sabtu yang lepas. Dan untuk mengaitkan tajuk entri dengan isi kandungannya adalah dengan menukar melodi lagu esah lima puluh sen kepada dua puluh sen. Ok selamat terhibur. Di peringkat Labuan, kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" telah dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) sejak 1 Januari lalu. Melalui tinjauan peribadi dalam beberapa minggu yang sudah semakin banyak pasaraya dan premis perniagaan yang mengambil bahagian dal...