Posts

Showing posts with the label info

I beg to differ..

Image
Assalam dan salam hormat buat pembaca budiman, . Amboi bukan main lagi tajuk entri, entahlah apakah akan relevan dengan apa yang AA perkatakan, ko ada entri tajuk omputeh? . Cuma sekadar perkongsian buat mereka yang adakalanya tidak sedar atau mungkin sedar tapi malas nak ambil pusing.  Kejadian ini sering kali berlaku, ok anda ke pasaraya dan cashier /pembantu cashier memasukkan barang-barang belian main sumbat jer.. mentang-mentanglah minyak rambut tu kecil lalu dimasukkan dalam beg plastik yang berisi snek atau apa jua item yang bukan sewaktu dengannya.  Itu hanya satu contoh, malah saya pernah ada pengalaman semua barangan disumbat dalam satu plastik besar; dengan bawang, kentang, susu tin, syampu, ubat gigi dan yang paling sadis serbuk pencuci kain! Nasib baiklah telur itu dah siap diikat untuk dijinjing kalau tidak mau disumbat semuanya. AA tidak akan biarkan perkara itu berlaku, biasanya akan menegur dengan cara elok, "miss/kak/dek boleh asingkan plastik?...

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Image
Yang dihargai para pengikut setia, (teruskan setia) Yang dihormati para pembaca budiman. (teruskan baca) Tidak sesekali bermaksud untuk menimbulkan provokasi kepada bro. Ben sekadar ingin menarik perhatian beliau.  Memang mudah untuk menjadi antara 17,000 follower  (sekadar klik pada butang 'follow'), cuma untuk menjadi yang terpilih untuk dilawat adalah kebarangkalian yang begitu tipis.  Saya yakin betul beliau akan membaca entri ini, Terima kasih untuk itu dan entri ini juga buat tatapan umum, saya ingin anda turut terCABAR! Berapa orang di luar sana yang berpeluang melihat kelahiran bayi secara langsung? live! Ya, saya amat percaya bilangannya amat sedikit.  Malah tanpa bertanyakan pada dady (panggilan buat ayah saya) saya amat yakin beliau tidak punya satu kalipun peluang melihat bagaimana proses kelahiran lima orang anak perempuan dan empat orang anak lelakinya.  Bukan salah beliaupun! Cuma pada masa itu tidak ada polisi yang membenarkan si...

Kad V V V I P yang penuh nikmat!

Image
Salam semua... dah makan? dah minum? dah ke bank? Semalam saya ke bank, fulamak! ramainya manusia dan yang pasti semua atas perkaitan yang sama yakni 'duit'. Ya lorr 'tanpa duit siapalah bank' atau boleh juga 'tanpa bank siapalah duit'.  Saya dalam keadaan yang kurang upaya masa tu, sakit kaki! Maka terjungkit-jungkit la ceritanya. Sukar untuk saya terima, tetapi sejarah keluarga membuktikan uric-acid sangat akrab dengan kami, hampir keseluruhan keluarga saya mempunyai 'gout' cuma kami amat bersyukur (Nauzubillah..) atas penjagaan makanan kami dapat mengawalnya dengan baik dan masih di peringkat yang terkawal(alhamdulillah..).   Bukan penyakit 'gout' atau kisah terjungkit-jungkit yang cuba saya kongsikan tetapi al-kisah betapa powerful nya kuasa kad yang satu ini.  Kad ini dipanggil 'Prime' lebih kurang ketua kepada segala kad-kad di bank CIMB.  Power tak power ? Dengan hanya menunjukkan kad ini anda akan diberikan satu nombor khas ...

Karipap oh karipap!

Image
S emalam isteri saya berkongsi ilmu mengenai kursus yang baru disertainya dua hari yang lepas. "Papa... untuk membakar kalori sebiji karipap ialah bersamaan menyapu selama 28 minit tanpa henti..". Sajer bagi contoh kuih kegemaran! hehe.. "baiklah mama!". T idak mahu berleter pasal kesihatan, sebab semua dah sedar dan tahu betapa pentingnya kesihatan. Semuanya terpulang kepada tuan/puan punya diri. Oleh itu saya kongsikan bersama tips atau panduan menjadi sihat dalam bentuk yang tidak berleter. Formula untuk sihat : Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan) Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin Mulakan bersenam Kuatkan pegangan rohani (keagamaan) B etapa selama ini kita bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dileng...