Posts

Showing posts with the label movie

Bintang Kejora

Image
Akhirnya setelah 77 episod, berakhirlah Sinetron Kejora dan Bintang. Syukurlah ia mengubat jutaan hati semua orang yang menonton setelah ia berakhir 'happy ending'. Saya hanya berkesempatan menonton lebih kurang tujuh episod dan pada kebiasaannya tidak akan menonton keseluruhan drama tersebut kerana terlalu banyak elemen meruntun perasaan. Semalam buat pertama kalinya saya menontonnya sehingga habis. Walaupun banyak yang boleh dipertikaikan tentang 'logik' cerita ini namun saya anggap ia drama yang berjaya mendapat tempat di hati para penonton dengan babak-babak mencemaskan dan penuh emosi. Jadi persetan dengan isu logika! Rindu 1/2 mati

Kah kah kah!

Image
Sudah dua hari menyimpan niat untuk menulis preview ni, tetapi tidak berupaya kerana cerita ini amat KELAKAR! Untuk diceritakan secara bertulis adalah kurang afdal (boleh?) Begini-lah.. TENGOK SENDIRI dan buatlah penilaian selepas habis senak perut!

The MALAY chronicles

Image
Saya yang kebetulan sedang makan kat Food court (KLCC) terkejut gaban apabila ada sekumpulan remaja menjerit sakan apabila salah seorang rakan menunjukkan tiket wayang yang baru dibelinya. Keterujaan mereka membangkitkan rasa 'pingin tau' gerangan apakah yang best sangat tu? Dan akhirnya melalui perbualan taulah mereka akan menonton 'Hikayat Merong Mahawangsa'. Hebat sangatkah? Syabas buat tiga beradik KRU dan tidak salah rasanya kalau ucapan itu buat kejayaan menghasilkan filem yang bermutu dan boleh dibanggakan. Saya yang kata OK! orang lain tidak tahu. Pada hemat saya selaku penonton yang bercitarasa biasa, filem ini amat berjaya dari sudut penceritaan cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Saya memang agak kritikal kala membahaskan konsep logik di dalam sebuah filem (Selalu gaduh dengan adik). Saya secerewetnya mencari segala sudut logik contohnya, saya akan memastikan tidak ada pergerakan atau pernafasan pada mayat d...