Posts

Showing posts with the label kisah benar

Main tapuk-tapuk

Image
"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.. Sudahkah!!!" tu lah ayat wajib tatacara kami bermain sembunyi-sembunyi suatu masa dahulu.  Masih terasa sakitnya hati apabila terpaksa menjadi tukang cari. Masa tu rasa tidak sabar-sabar nak habiskan kiraan 1 hingga 10. Pertanyaan 'sudahkah!!!' merujuk kepada dah siap sembunyi yang sudah tentunya tidak disahut dan penggunaan tanda seru sengaja digunakan bagi menunjukkan tersiratnya nada kuat dek geram. Strategi persembunyian bergantung kepada tahap kekreatifan dan kearifan di mana lokasi permainan berlangsung. Sekiranya ia dilangsungkan di rumah agak kurang mencabarnya kerana masing-masing dah arif dengan susur semak rumah tetapi agak bias sekiranya anak jiran turut sama bermain jenuhlah mereka tak jumpa cari.  Paling seronok apabila acaranya di luar, peraturan terpaksa ditetapkan untuk menghadkan keluasan lingkungan jarak persembunyiaan.  Peraturan ini terpaksa kami buat ekoran ada seorang anak jiran yang balik ke rumah kerana lapar nak ...

pilih-pilih

Image
Salam buat pembaca budiman, Buat ke sekian kalinya saya ke kafe untuk membeli makanan buat sarapan pagi.  Buat pertama kalinya ter'perasan' agak ramai yang memilih menu kahwin (bukan merujuk kepada menu untuk pengantin) tapi makanan yang dicampurkan. Akhirnya saya putuskan dengan mengahwinkan bihun goreng dan mee goreng. Google : sekadar hiasan Saya mula terfikir dengan keputusan itu, mungkinkah? i. Adakah saya terpengaruh dengan mereka? ii.  Adakah kerana kedua-duanya nampak sedap? iii. Adakah kerana risau salah satu tidak sedap? iv. Adakah kerana tamak ingin merasai kedua-duanya? v. Adakah saya mengalami kecelaruan untuk membuat keputusan? vi. Adakah saya kurang yakin dengan pilihan sendiri? vii. Adakah saya menjadi sangat malas untuk membuat pilihan? viii. Adakah saya  'play safe' supaya tidak menyesal?  Jawapan itu sebenarnya ada pada saya (ngada-ngada betul! macamlah orang nak tau sangat) malah ketika melihat pilihan kemungkinan itu say...

Harapan di hari isnin.

Image
Salam buat semua pembaca budiman. Hari ini hari isnin. (Orang Sabah panggil hari satu) saya suka hari ini. (Tau ramai yang tak suka) Sebab saya akan pakai baju putih.(Saya wajibkan pakai pada hari isnin) Putih itu adalah lambang kebersihan.(Saja nak bagi diri tu rasa suci walaupun berdebu!)

Langkah mualaf

Image
Berikut ialah antara petikan dari blog Ben Ashaari (salah siapa jika mereka MURTAD) Apakah peranan kita ? Sapakah yang amik kesempatan di kala mereka susah ? Sekuat mana iman mereka sedangkan mereka baru peluk Islam ? Di zaman nabi s.a.w , bagaimana mereka melayan saudara baru ? Di zaman ini , kita layan mereka camana pulak ? ....................................................................................................... Salam, Berkali-kali saya pertimbangkan entri ini, berkali-kali saya fikirkan buruk-baiknya, berkali-kali akal saya mengatakan ini untuk satu perkongsian.  Ini kisah benar yang berlaku dalam hidup saya dan belum pernah dikongsi umum.  Moga saja niat baik ini tidak disalaherti dan buat pembaca yang beragama lain, saya rasa kita ambil maklum tentang konsep demokrasi beragama namun tetap mengutamakan agama Islam yakni agama rasmi negara kita - Malaysia. Saya memeluk agama Islam secara rasmi pada bulan Januari tahun 1996.  Alhamdulillah... saya se...

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Image
Yang dihargai para pengikut setia, (teruskan setia) Yang dihormati para pembaca budiman. (teruskan baca) Tidak sesekali bermaksud untuk menimbulkan provokasi kepada bro. Ben sekadar ingin menarik perhatian beliau.  Memang mudah untuk menjadi antara 17,000 follower  (sekadar klik pada butang 'follow'), cuma untuk menjadi yang terpilih untuk dilawat adalah kebarangkalian yang begitu tipis.  Saya yakin betul beliau akan membaca entri ini, Terima kasih untuk itu dan entri ini juga buat tatapan umum, saya ingin anda turut terCABAR! Berapa orang di luar sana yang berpeluang melihat kelahiran bayi secara langsung? live! Ya, saya amat percaya bilangannya amat sedikit.  Malah tanpa bertanyakan pada dady (panggilan buat ayah saya) saya amat yakin beliau tidak punya satu kalipun peluang melihat bagaimana proses kelahiran lima orang anak perempuan dan empat orang anak lelakinya.  Bukan salah beliaupun! Cuma pada masa itu tidak ada polisi yang membenarkan si...

Kad V V V I P yang penuh nikmat!

Image
Salam semua... dah makan? dah minum? dah ke bank? Semalam saya ke bank, fulamak! ramainya manusia dan yang pasti semua atas perkaitan yang sama yakni 'duit'. Ya lorr 'tanpa duit siapalah bank' atau boleh juga 'tanpa bank siapalah duit'.  Saya dalam keadaan yang kurang upaya masa tu, sakit kaki! Maka terjungkit-jungkit la ceritanya. Sukar untuk saya terima, tetapi sejarah keluarga membuktikan uric-acid sangat akrab dengan kami, hampir keseluruhan keluarga saya mempunyai 'gout' cuma kami amat bersyukur (Nauzubillah..) atas penjagaan makanan kami dapat mengawalnya dengan baik dan masih di peringkat yang terkawal(alhamdulillah..).   Bukan penyakit 'gout' atau kisah terjungkit-jungkit yang cuba saya kongsikan tetapi al-kisah betapa powerful nya kuasa kad yang satu ini.  Kad ini dipanggil 'Prime' lebih kurang ketua kepada segala kad-kad di bank CIMB.  Power tak power ? Dengan hanya menunjukkan kad ini anda akan diberikan satu nombor khas ...

Banyak Sabar Nak!

Image
BSN S etelah berapa purnama tidak mengunjungi tempat ini, akhirnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksalah juga menapak masuk ke premis ini.  Sungguh kelembapannya keklasikkannua tegar terpelihara. Tidak percaya? datanglah... Aku sangat sayang bank yang satu ini sebabnya: 1.  Inilah bank simpanan pertama yang ku buka dengan hanya RM2.00. 2.  Buat pertama kalinya mempunyai kad ATM 'kad Giro'  dengan nama bercetak di kad. bangga gilerr! 3.  Bank inilah yang menghantar duit kiriman semasa duduk hostel.   Cerita dahulukala: 1. Seronok sangat tengok ramai orang dalam bank ini.  Meriah! Dapat jumpa ramai orang, sembang-sembang, kenal-kenal. 2. Seronok lepak-lepak lama kat bank.  Yelah bukan ada nak dikejar pun! 3. Sedap stay lama-lama.  Almaklumlah jarang benar dapat rasa hawa dingin Cerita masakini: 1.  Rimas! ramainya orang! 2.  Gelisah! Mak oi cepatlah.. banyak lagi kena buat nie! 3.  Bengang! Pesal aircond ta...

Ada apa dengan ia (ii)

Image
Salam buat semua! Saya sebenarnya tidak merancang untuk membuat sequel bagi entri ini tetapi ada kejadian yang menarik untuk dikongsikan bersama. Perihal 'mereka' benar-benar membuatkan saya terfikir mungkin saja dunia akhir zaman ini perlu contoh dan teladan melalui binatang. Harus kita sebagai makhluk yang diberikan darjat tertinggi haruslah menggunakan otak untuk berfikir sewaras-warasnya apa wajarkahkah tindakan kita? Ada seekor kucing siam yang kerap datang ke rumah, atas sebab mengapa kurang pasti la pula tapi ia selalu datang tepat pada waktu makan kucing parsi, jadinya ia sangat beruntung kerana turut mendapat habuan makanan mewah. Saya tidak berkira sangat lagipun ia sedang sarat mengandung malah sempat saya bisikkan padanya "ada anak nanti bagi saya oke" . Sungguh, saya sebenarnya tidak bergurau. Begitulah perangainya selepas kenyang ia akan pergi... ke mana? kami tidak pernah tahu. Hinggalah suatu petang balik dari kerja, pembantu rumah bercerita tent...

Terimbau kisah si Lima Puluh

Penceritaan ini haruslah secara dramatik kerana ia bukanlah suatu cerita retorik tetapi benar belaka. Si Lima Puluh begitu melekat di hati malah sehingga ke hari ini memberikan kesan yang teramat-amatlah amat. "Boleh kah camtu?", "bulih bah kalau kau...", "ceh!". Pada suatu maghrib sekitar tahun 1998 di daerah yang bernama Keningau. Kelihatan si ibu memberikan satu keping note $50 kepada anaknya yang berumur 10 tahun, turut disertakan sehelai kertas yang dicarik dari halaman tengah buku latihan. Tercatat senarai barang keperluan yang perlu dibeli. Si anak hanya mengangguk bangga punyai kepercayaan penuh oleh ibunya dan penuh cermat memasukkan dalam kocek seluar. Perjalanan ke pekan Keningau menaiki kenderaan pick-up yang dipandu oleh abangnya, tidak sampai lima minit pun.. menuju ke kedai A****h Trading. Nama kedai terpaksa dirahsiakan kerana pernah heboh kononnya kedai itu ada toyol yang merayau mencuri duit. Entahlah sejauh mana kebenarannya tetap...

Your Horoscope April 1, 2010

Your Daily Horoscope: April 1, 2010 Pisces Feb. 19 - Mar 20 Your personal concerns will be focused on long-term plans today, Pisces, but you need to either bring other people in on them, or coordinate with friends on organizing some kind of group effort. It's possible that you're involved in plans that involve a number of people, because your enthusiasm is high and this is a team effort. You don't want to go along with the crowd just to keep from seeming different. Today is not financially favorable: don't let this Fool's day make you the one who is parted from their money. Kadang-kadang pelik juga ramalan tu benar belaka. Kebetulan hari ni gatal... tergaru-garu nak cuba baca horoskop... Terkejut juga! emm bolehlah... yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

mari mengukur tinggi langit dan bumi.

"Adoi larr!!!" Tertekan dengan pernyataan tersebut di atas?? hikhik releks lah.. cuba buat air kopi dan sambil-sambil tu dengarlah lagu nyanyian Hetty Koes Endang - Demi cinta Ni.. Ye.. " Dari dulu dalam sejarah asmara Paling sulit mengukur dalamnya cinta" Hah yang ni, korang suka lah yerr! ku dongak ke langit "fuhh!!!" ku tunduk ke bumi "hmm" Betullah lah tu.. sesekali kita kena juga mengukur di mana kedudukan kita dalam masyarakat, kedudukan dalam organisasi, kedudukan dalam kampung (kalau relevan) takpun kedudukan kita dalam keluarga kita sendiri. Kerana dengan itu kita boleh mengetahui sejauh mana peri pentingnya kita dan lebih bagus lagi, perelokkan serta permolekkan mana yang kurang dan lemah. Pinjam motto melodi "Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi" bolehlah.. Tetapi ini tidaklah bermaksud mereka yang kedudukannya agak rendah kurang memainkan peranan, haruslah diingat dan beringat dan saling mengingatkan bahawasanya me...

Hadiah dari mumy!

Malam menjelang harijadi saya menghubungi mumy nun jauh di sana. Sengaja mendail nombor abang yang tinggal bersama dengan penuh keyakinan dia yang akan menyambutnya. dan... "Hello..." apalagi yang perlu dibuktikan? Malam itu kami bersembang semahu-mahunya dan bagaikan acara wajib saya akan minta diceritakan detik-detik kelahiran. Dia mengimbas kisah 32 tahun yang lampau.. Semuanya tentang yang indah dan baik-baik belaka, tidak ada satupun menyebut tentang kepayahan dan kesukaran. Itulah hadiah harijadi yang tidak ternilai harganya. Sungguh dia hanya biasa, asal kejadian yang sama, namun dia punya, hati yang luar biasa baiknya, tidak tertanding, begitu luhur.. begitu ikhlas.. sedang aku yang tidak akan terbalas budinya, terima kasih bukanlah nilainya.

Topi koboi

Image
Ingatan khusus ini buat bapa saudara yang telah kembali ke rahmatullah pada 19.11.2009. Orang cakap sekiranya kita secara tiba-tiba teringatkan sesorang yang telah meninggal dunia itu bermakna kita dirindui jika benarlah, terima kasih bapa tua (panggilan saya kepadanya) saya juga merinduimu. Saya ingat lagi pada perbualan kami yang terakhir sekitar bulan Mac 2009: "Belikan bapa topi koboi, saya dengar ada tu jual di Labuan". - juga merupakan permintaannya yang terakhir buat saya. Terkilan sangat. Moga damailah engkau di sana Pa. Al-Fathihah.

Do you like to cook?

Image
Credit to the sexy chef ! I began to like cooking during my wife confinement. I'm kind a person who try to avoiding kitchen but now I advise people : Do Stop avoiding the kitchen! People, it doesn't have to be this way. There are so many people that never attempted to cook, let alone boil water. Cooking is a great form of art and very therapeutic. It is easy to cook and one can truly enjoy the joys of cooking. Scope out magazines and cookbooks. Find a recipe that appeals to you. It doesn't have to be elegant or top of the line, start with chilis, soups, and stews. Keep it simple. Once you find your recipe, go food shopping. Enjoy the smell of foods and the feel of fruits and vegetables. Take the time to find what you need and be creative. Try to buy fresh vegetables, chicken or beef stock, fresh garlic, and fresh herbs. When starting your meal, play soft music. Try listening to Kenny G, Mozart or listen...

Buang sial !

Image
Maaf pembaca sekalian tidak berniat untuk memulakan bicara tahun baru yang kurang molek tetapi itulah dia istilah Tahun Baru di daerah Keningau, Sabah tatkala menyambut tahun baru. Ayatnya berbunyi begini: "Di mana kita mau celebrate buang sial?" - merujuk kepada di mana tempat untuk merayakan tahun baru. Dan aku seperti terimbas kembali pada malam tahun baru (1997) kami sekeluarga menyambut di rumah, tepat pukul 12.00 malam semuanya bertempur dengan bersenjatakan air. Habis basah satu rumah! Aku melepaskan tahun 2009 dengan begitu mudah sekali malah agak rakus ingin meninggalkan tahun itu secepat mungkin. Mungkin saja ada begitu banyak memori yang layak dibungkus dengan kertas surat khabar dan dilumat buat bubuk. Mungkin juga begitu banyak azam yang jadi apam balik basi. Sungguh tidak berdaya untuk dilunaskan apatah lagi untuk mencanangkan "Aku berjaya" Persetan pada semua itu! aku masih layak untuk menganugerahkan mungkin sejemput penghargaan buat diri sendi...

Hukuman untuk yang datang awal!

Image
Terima kasih buat sahabatku Mr. Mahid yang membincangkan topik fashionably late dalam ruangan blognya. Apa yang akan saya hujahkan hanyalah satu perkongsian idea dan rasa, mungkin ini hanyalah salah satu contoh antara sebab-musabab bagaimana ia berlaku dan bagaimana masyarakat kita mempraktiskannya sebagai sesuatu yang kebiasaan. Sukalah saya memberikan tajuk ini sebagai “hukuman kerana datang awal” Ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Maaf ceritanya bukan bermula "Pada suatu hari" tetapi begini: Pagi yang cerah dan meriah, berpusu-pusu orang datang ke mesin Thumb-Print bagi mengesahkan kehadiran, tapi peliknya selepas mesin berbunyi 'Thank You" orang masih lagi tercegat di situ. Oh! rupanya ada notis pemberitahuan tentang sesi fotografi yang akan berlangsung esok hari. Tidak cukup dengan itu hebahan lisan melalui mereka yang mempunyai keprihatinan tentang: “You pakai baju apa masa sesi fotografi ekk?” Rasanya memadai da...

BENGANG

Image
"Woit.. boring la tengok muka peria ko nie!!!" Itulah sapaan buat diriku pada hari ini. Agak berkasar dengan diri sendiri tetapi buat masa ini aku perlukan sesuatu yang seperti itu untuk menyuntik kesedaranku. Sudah dua hari aku monyok! tak ubah seperti orang yang kehilangan pedoman hidup lagaknya. Salahnya aku punya rupa yang ada papan notis pada dahi, segala apa juga yang terbuku di hati akan tertulis di dahiku. Ada masanya aku bagai ternampak-nampak perkataan 'BENGANG' pada dahiku, agak keterlaluan bukan? Salahkan juga sikapku yang tidak suka bersembunyi. Apa jua yang ku rasa dan apa jua yang ku fikir aku tidak teragak-agak untuk mempaparkanya, walau ada masa dan ketika perangai ini memakan diri namun itulah aku. "What's up man?" Tiada apa, perkara kecil ja.. "Wei wei!" baik mengaku takkan nak menipu diri sendiri. Tertangkap sendiri! yalah siapa lagi yang berani nak cekup kalau bukan diri sendiri. Baiklah aku mengaku, memang ada yang ti...

Perkhabaran dari seberang.

Image
Pada tanggal ini merupakan detik penuh kelegaan, apabila anak dan isteriku akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Bayiku yang baru berusia sehari seakan mengerti dia begitu ceria di pangkuan mamanya. Tiba-tiba telefon bimbitku menerima satu mesej yang merubah mood kami berdua. - Utusan Malaysia - Utusan Malaysia Allahyarhamah Masnih Manan merupakan sepupu kepada abang ipar. Dia anak perempuan tunggal dan menjadi orang harapan serta kebanggaan keluarganya. Saya mengenalinya semenjak masih bersekolah menengah lagi. Secara peribadi saya melihatnya sebagai seorang yang berdikari, rajin, tidak kedekut dan patuh kepada kedua orang tuanya. Inalillah, Wainallilah Hirojiun .

10 tahun

Tanggal 16 Nov. 1999 merupakan detik sejarah apabila buat pertama kalinya memijak tanah di Labuan. Bumi ini seakan bergegar tatkala memijaknya agaknya enggan menerima kehadiran, "kutukan apakah ini?" dan belum sempat aku bermonolog dalaman akhirnya segala yang terisi dalam perut pagi tadi terkeluar bagai disula-sula (maaf perkataan agak melampau) itulah juga pengalaman mabuk laut buat pertama kalinya!!! Dengan langkah Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean , cuba untuk mengatur cat-walk sebaik mungkin. Umpama satu blind-date yang diatur saya akan dijemput dengan seorang yang tidak pernah dikenali apatah lagi berjumpa. Entah mana logik fikiran pada masa kakak memberitahu bahawa birasnya akan datang menjemput saya hanya mengangguk bodoh. Tapi tahu kebolehan diri ini (ayat riak!) tapi sekali pandang saja sudah tahu siapakah orangnya... dan tak syak lagi! Berteka-teki "betulkah aku sampai di Labuan ini?" bagaikan rusa zoo masuk kampung begitu sinis s...

Sesalanku

Image
Dari semalam aku sudah berkira-kira, hmm.. perlu kah aku kongsi cerita ini, pengalaman ini, kisah ini. Mau saja ku tanyakan pada isteri minta hematnya tapi dia terlalu letih. Ku timbang-timbang dan ku congak-congak mungkin tidak keterlaluan. Alkisahnya:- Dek terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan menjelang cuti sempena isteriku yang akan bersalin, maka aku putuskan untuk tidak balik ke rumah seperti pada kebiasaannya. Ada sedikit rasa kesal kerana mengingkar janji dengan anakku untuk pergi solat jumaat bersama. "Maafkan papa abang.." Aku menapak saja ke masjid dengan harapan pahala yang mungkin boleh menutup dosa-dosa kecil. "Alhamdulillah... warga amat memahsyurkan masjid ini" hatiku berdetik kesyukuran. " Usalli fardhaz Juma'ati raka'ataini adaan makmuman lillahi ta'ala" . Selesai memberi salam terakhir tanpa ragu aku menghulur tangan pada orang di sebelah kananku dan kemudian beralih ke sebelah kiriku. Kami ham...