Posts

Showing posts with the label spesel

Istiqamah Bahasa

Image
I stiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Saya dulunya hanya suka-suka menulis puisi.  Penghasilannya selalu mengikut mood yakni ketika hati berontak ingin melahirkan apa yang terbuku secara tersirat.  Kepuasannya berlainan sekali dengan menulis cerpen.   Akhirnya saya terjebak buat kedua kalinya; bersama-sama menghasilkan buku antologi puisi. Muka surat 199-208 (10 halaman) ISBN: 978-967-13893-0-0

REDHA

Assalamualaikum dan Salam hormat buat pembaca budiman.. Rasa bagai terlalu berat jari ini mengetik keyboard, bukannya kerana kurang cekap menaip tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan setelah sekian lama tidak berkarya. Disember tahun lepas AA mencari pelbagai bahan untuk dikongsikan namun berakhir di draft sahaja.  Pada awal Januari AA berazam untuk membuat comeback tetapi akhirnya terkandas walau untuk satu entri wajib ucapan Selamat Tahun Baru. Sebagai permulaan dengan ikhlas hati AA, berkongsi rasa tentang pemergian dua insan tersayang yang pergi buat selamanya. Al-Fatihah buat ; Almarhun Mohd Hakim bin Abdullah (Dady) kembali ke rahmatullah pada 29.12.2014 Almarhun Mohd Iskandar bin Moh Hakim (Abang) kembali ke rahmatullah pada 25.01.2015

Kembali MH370

Image
ISBN: 9789839960904 Salam hormat buat pembaca budiman, Antologi ini memuatkan karya penulis daripada 12 buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Jepun, Singapura, China, Perancis, Rusia, Brazil, Jerman dan Amerika Syarikat.  Antologi ini juga telah memuatkan 136 buah puisi yang dihasilkan dari 136 orang penulis termasuk Lim Swee Tin, Maharatu Rafidah Mohamad, Talib Samat. Zaiton Ajamain dan banyak lagi. Alhamdulillah dalam banyak-banyak ada jugalah menyelit; Adie Achim Muka surat 58 Mau kata apa lagi p.s: Inshallah saya juga akan kembali.  Rasa dahaga yang amat sangat untuk menulis. 

Tahun selamat

Image
Salaam buat pembaca budiman, Masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2014! Saya menyambutnya dengan menonton televisyen.  Walau bagaimanapun memori bersiraman di malam detik tahun baru sentiasa terimbau, itulah budaya yang wajib kami(merujuk kepada adik-beradik) lakukan dahulu.  Adik saya mengulas tahun 2013 merupakan tahun deritanya dan sebolehnya dia ingin lipat kemas segala peristiwa pahit dan saya hanya mengangguk walaupun dia tidak melihatnya dek perbualan melalui telefon. Saya angukkan kerana setuju dengan keputusannya untuk melupakan dan juga akui tahun tersebut memang mencabar.  Lantas saya pula berfikiran begini, tahun tersebut tidak akan saya lupakan, ia merupakan satu titik tolak; cabaran hidup yang menuntut kekuatan, kebijakan, ketabahan, kesabaran, keberanian dan yang lain-lain (ayat kegemaran masa buat karangan).    p.s: Apa-apapun dari kita saja bah tu (Jospeh Kajangan). Abg Jan pernah dengar lagu ni?

Perutusan Tahun Baru 2013

Image
T idak seperti pada tahun-tahun yang sudah-sudah (Sejak kebelakangan ini suka menggandakan ayat, mungkinkah satu petanda akan dilipat gandakan rezeki?) saya menyambut tahun baru dengan membeli sesuatu benda baru.  Saya tidak memerlukan baju, seluar, kasut atau beg baru namun saya hanya perlukan ini bagi meraikan semangat tahun baru.  Ianya adalah Book Planner, organizer atau ada juga yang mengayatnya begini "Ni.. kau punya diari tertinggal dalam kereta aku semalam". S aya akan membeli seminggu sebelum tahun baru dan akan mula memindahkan data penting ke dalamnya.  Terutama sekali akaun-akaun bank termasuklah kaum keluarga dan kawan-kawan yang selalu berurusan debit-kredit. Tarikh-tarikh penting akan saya kemaskini mengikut kalendar perancangan yang telah disediakan dan tidak dilupakan tarik-tarikh keramat ; ulangtahun perkahwinan, harijadi dan banyak lagi (ni ayat yang saya suka guna semasa buat karangan sekolah rendah).  I a juga berperanan sebagai buku...

Lapor terima: Mimie Nong Andy

Image
As salam, Dengan ini melaporkan telah menerima Kad Raya kiriman Mimie Nong Andy (berserta setem Murai 50sen) Terima kasih yang amat terhingga.  Sudah sekian lama tidak menerima kad.  InshAllah akan membalasnya dengan kadar segera.  Berpuasa kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ianya demi mencari keredhanNya... Beraya kita bukan sekadar merasa suka dan gembira, ianya demi mensyukuri nikmatNya.

Selamat.

Image
Dahulu berdua kini berlima, InshAllah lagi satu di bulan Septermber, Banyak usikan kita terima, Orang putih cakap 'the more the merrier. Yang manis dirasa bersama, Pahit diredah ambil iktibarnya, Semoga rukun dan seirama, Menempuh hidup penuh dugaannya. Adapun adat bersuami isteri, Susah dan senang sampai ke mati, Cerialah hidup seindah mentari, Biar kasih sayang terpatri di hati. Saban hari mabuk kepayang, Jagalah hatinya penuh cermat, Suami isteri berkasih sayang, Seperti nabi kasihkan umat. Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Isteri tercinta.  Terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran melayan kerenah Encik Suami (yang cerewet dan mengada-ngada).  Terima kasih menjadi ibu yang penyayang buat anak-anak. Untuk rekod; Majlis Akad Nikah : 26 Mei 2006 Majlis Persandingan : 27 Mei 2006 Majlis Resepsi : 30 Mei 2006 p.s: Ucapan Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan buat mumy dan dady yang juga berkongsi tarikh...

Ampun Tuanku!

Image
Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Pameran Yang di-Pertuan Agong terpaksa dibuka bagi memberi ruang untuk peperiksaan yang akan menjelang tiba.  Bagi pihak Pengarah Pameran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pameran ini.   p.s: Saya boleh berbangga dengan hasil usaha ini, dengan peruntukkan yang sangat terhad saya berjaya menukarnya menjadi lebih eksklusif.

Bukan senang!

Image
TAMBUNAN: 1 September -  Sambutan Aidilfitri pada tahun ini amat bermakna buat pasangan Encik Duakim@Joachim dan Puan Christina@Sabina Koroulu.  Apabila anak-anaknya seramai sembilan orang, sepakat untuk meraikan Majlis Ulangtahun  Perkahwinan yang ke-50 tahun. Majlis yang diadakan di Kampung Tanaki menerima kunjungan tetamu seramai lebih kurang 1500 orang dari seluruh pelusuk Sabah. Acara bermula pada  jam 4.30 petang, dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian menjamu selera.  Majlis dimeriahkan dengan sesi karaoke oleh para tetamu dengan lagu-lagu raya dan lagu terkini. Pada usia perkahwinan yang ke-50 tahun, mereka dikurniakan 44 orang cucu dan enam orang cicit.  Ditanya tentang harapan dan perasaan mereka berjaya mempertahankan perkahwinan hingga ke hari ini, mereka mengucap kesyukuran dan berharap agar anak-anak dan cucu-cicit berjaya dan bahagia dalam hidup. Encik Duakim merupakan pesara polis manakala Puan Christina adalah suri rum...

Penulis menulis tulisannya

Image
Mengimbas kembali tarikh 09.09.2009, penulis sebenarnya punyai empat blog pada ketika itu: myanak2ku, myimpian2ku, myjournal2ku dan myjalan2ku.  Mengapa banyak sekali? penulis pun sebenarnya tertanya begitu tetapi terjawab dengan sendirinya oleh seorang rakan (kredit) menyatakan "baguslah.. variasi!". Seminggu sebelum tarikh keramat itu (09.09.09), penulis mula berkira-kira untuk merancang sesuatu yang istimewa agar tarikh itu akan sentiasa dikenang.  Akhirnya penulis mengambil kata putus untuk membuat satu blog yang baru bagi menggabungkan semua blog-blog tersebut.  Namun atas kesilapan teknikal (sangat terkilan!) penulis telah terpadam tiga dari blog tersebut.  Bagi mengubat kekesalan, penulis masih mengekalkan blog myanak2ku . Blog Hikayat Adie Achim pada asalnya ialah Adie Achim, namun penulis tanpa sedar terpengaruh dengan Hikayat Putera Shazlan (sama ada benar atau tidak, hanya penulis yang tahu). Perubahan lain ialah template nya yang serba hijau ...

"Sir.. are you buying?

Image
Sepurnama lamanya (ayat sengaja diklasikkan bagi menguatkan elemen kelamaan) ... berkira-kira untuk beli kasut.  Dahulu  saya hanya pertimbangkan hati kata "yes" dan bajet kata "yes" maka ia akan terjadi pada kadar yang segera.  Sesegera Maggi Mee, dalam masa lima minit saya sudah memegang beg plastik berisi kasut.  Tapi sekarang saya sengaja melengahkan.   Mungkin berharap harga runtuh (70% + 30% ), atau mungkin untuk rasa terkilan kerana pada akhirnya kehabisan stok. Pernah berlaku kepada saya, tetapi cepat-cepat saya hindari perasaan frust tu dan mempositifkan situasi  "selamat duit!".  Tetapi pernah juga saya ubat perasaan kecewa itu dengan membeli yang lain dengan harga yang  'mahal oii!' (sangat tidak berbaloi!) Saya ada seorang rakan yang menjadi  marah kalau nak bandingkan kehidupan/kemewahan hidup di negara ini dengan di negara luar (Selalunya saya bagi contoh Afrika lah).  Rakan saya menjadi emosional, baginya 'l...

Happy Nurses Day

Image
Saya berani bertaruh dengan pendapat saya sendiri yang bahawasanya tidak semua orang boleh menjadi seorang jururawat.  Mereka bekerja umpama semut yang tidak pernah merungut bekerja walau apapun melanda, walau bekalan makanan dan cukup.  By the way, pernahkah anda lihat semut duduk lepak-lepak? Mereka amat komited dengan tugas dan kerjaya mereka, bukanlah hendak memuji isteri tetapi melalui hemat saya beliau begitu cemerlang dalam menjalankan perkhidmatannya.  Dia sebaik mungkin menyiapkan tugasannya seberes-beresnya malah sekiranya dia terlupa atau ada perkara yang memerlukannya dia tanpa membuang masa terus bergerak ke tempat kerja.(Walaupun belum tidur selepas syif malam) Satu yang paling saya kagumi sekiranya sedang cuti, isteri akan memastikan telefon bimbit sentiasa dalam keadaan yang boleh dihubungi kalau-kalau diperlukan malah sekiranya tidak sempat menyambut telefon dia akan segera menghubungi semula.  Kerapkali juga kami yang sedang berada di pasaraya...

Selamat Hari Ibu

Image
Di kala ku kehilangan Di dalam kegelapan Kau suluhkan sinar petunjuk Di kala ku kesedihan Kau ukirkan senyuman Dengan penuh sabar memujuk Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu Di kala aku tak pasti Kau tampil dengan berani Membimbing agar lebih yakin Dan bila hidup penuh soalan Kau berikan jawapan Melengkap semua kekurangan Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu Andai hari esok langit akan runtuh Tabahlah menjunjung bersamaku Andai hari esok dunia gelora Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu (kredit) Adira AF 8 Teristemewa buat insan yang melahirkan 9 zuriat : Pn. Christina K @ Siti Nurhana Abdullah Mama buat anak-anakku : Pn. Rashidah...