Posts

7 purnama

Salam bahagia, Sudah tujuh purnama tidak menulis apa-apa.. yang sebenarnya seorang rakan yang suka baca blog tetapi tiada blog meminta saya untuk kemaskini entri.  Saya cuma ada tidak kurang 10 minit untuk mencoret sesuatu. Lalu teringat kepada suatu rutin yang agak baru buat saya. Bersenam dan mengingini tubuh badan yang cantik.  Pada asalnya saya bawa isteri untuk bersenam bagi tujuan kesihatan tetapi akhirnya baru saya sedari, ianya adalah kemahuan dari diri saya sendiri.   Dahulu, saya tidak memikirkan sangat perut buncit. Anggapan bahawa itu sudah lumrah bagi lelaki berkahwin dan memang sukar untuk dielak.  Kini, saya sudah tidak selesa dengan perut boroi. Pelbagai usaha saya lakukan untuk mensusutkan lemak pada perut. Saya ingin mengecilkan tanpa menggunakan produk kerana rasa lebih berbaloi. Saya ada tujuh purnama lagi untuk ke arah itu.. Itu sasaran saya. Saya ingin kelihatan segak pada usia saya memasuki 40 tahun. 

A smooth sea never made a skillfull sailor

Image
Selamat tahun baru buat semua pembaca budiman, Moga pengalaman melayari bahtera kehidupan di tahun 2016, dijadikan pedoman dan iktibar untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. InshAllah.. p.s: T.kasih Abg. Jan, gambar blogmu sungguh dalam maksudnya.. lalu saya meminjamnya..

Main tapuk-tapuk

Image
"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.. Sudahkah!!!" tu lah ayat wajib tatacara kami bermain sembunyi-sembunyi suatu masa dahulu.  Masih terasa sakitnya hati apabila terpaksa menjadi tukang cari. Masa tu rasa tidak sabar-sabar nak habiskan kiraan 1 hingga 10. Pertanyaan 'sudahkah!!!' merujuk kepada dah siap sembunyi yang sudah tentunya tidak disahut dan penggunaan tanda seru sengaja digunakan bagi menunjukkan tersiratnya nada kuat dek geram. Strategi persembunyian bergantung kepada tahap kekreatifan dan kearifan di mana lokasi permainan berlangsung. Sekiranya ia dilangsungkan di rumah agak kurang mencabarnya kerana masing-masing dah arif dengan susur semak rumah tetapi agak bias sekiranya anak jiran turut sama bermain jenuhlah mereka tak jumpa cari.  Paling seronok apabila acaranya di luar, peraturan terpaksa ditetapkan untuk menghadkan keluasan lingkungan jarak persembunyiaan.  Peraturan ini terpaksa kami buat ekoran ada seorang anak jiran yang balik ke rumah kerana lapar nak ...

Pisces.. itu aku

Image
As salam buat pembaca budiman, Sepanjang atau sependek-pendek ingatan, saya mula tahu saya berbintang Pisces ketika berumur 12 tahun.. dari detik itu saya mula membaca ramalan horoscope di akhbar inggeris (dan itu juga satu-satunya laman yang saya baca).  Pada ketika itu terlalu obses bagaimana ramalan itu menjadi benar dan apabila ianya tidak berlaku  maka saya abaikan saja.  Sudah terlalu lama saya tidak membaca tentang horoskop.. Tetapi saya adakalanya dapat menghidu mereka-mereka yang sebintang dengan saya (baunya agak hamis.. hehehhh).   Lihat kebetulannya yang mengena pada diri saya.   Personaliti Pisces (19 Feb - 20 Mac) Personaliti Pisces pisces memang terkenal dengan sifat ringan tulang Kadang-kadang orang jadi pelik dan ingat ada udang di sebalik mee.. tapi sebenarnya tidak.. saya bantu dengan ikhlas hati dan slalunya atas sebab saya memang lapang masa dan lapang hati. penuh tanggungjawab dan tidak mengharapkan sebarang bala...

Bicara Langit Kepada Awan

Image
As salam dan salam hormat buat pembaca budiman, Alhamdulillah.. Terselit satu karya hasil cetusan idea ketika menunggu kereta dibasuh. Car Wash, Labuan 24 Oktober 2015 (10.52am) * Boleh dapatkan di kedai-kedai buku

Istiqamah Bahasa

Image
I stiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Saya dulunya hanya suka-suka menulis puisi.  Penghasilannya selalu mengikut mood yakni ketika hati berontak ingin melahirkan apa yang terbuku secara tersirat.  Kepuasannya berlainan sekali dengan menulis cerpen.   Akhirnya saya terjebak buat kedua kalinya; bersama-sama menghasilkan buku antologi puisi. Muka surat 199-208 (10 halaman) ISBN: 978-967-13893-0-0

Pergi tanpa pamit

Image
Kini, 'buat baik dibalas baik', menjadi kurang relevan bagi saya.  Menjadi antara penyumbang statistik; Pembantu Rumah Lari, memberikan kesan yang begitu mendalam.  Pergi tanpa pesan atau mereka kata begini "pergi tanpa pamit", yang sebenarnya kalau ada hal kecemasan pangkat moyang punya cemas pun.. beritahulah.  Bermula dari episod tidak datang kerja, pergi cari ke rumah (dahlah rumahnya nun jauh dalam semak hutan) sehingga mendapat berita dari rakan-rakan senegaranya 'telah pergi' cukup memeritkan.  Episod duka lagi traumatik apabila dimaklumkan oleh pihak Imigresen majikan hendaklah melaporkan kepada pihak polis berkenaan hal tersebut dan datang semula ke Imigresen bersama Surat Pembatalan Pas Pekerja Pembantu Rumah Asing serta menjelaskan bayaran penalti sekiranya masih memerlukan khidmat pembantu rumah yang baru juga bagi mengelakkan disenarai hitamkan. (Semput tak baca dengan ayat yang panjang tanpa koma? dan begitulah juga yang kami rasakan ketika i...

Separuh semangatku pergi..

Salam hormat buat pembaca budiman..     Seolah-olahnya, separuh semangatku pergi.  Seorang yang selalu memberiku semangat untuk terus menulis pergi buat selamanya.   Aku selalu menulis dengan harapan dia akan membacanya dan rupanya hampir semua entriku dibacanya namun jarang sekali meninggalkan komen.   Satu-satunya komen yang ditinggalkan.. panjang lebar ulasannya.  Namun itulah satu-satunya. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh aku baca dan kenang penulisannya. Nama Penanya MISA dan beliau menulisku sebagai MOSA. Terima kasih buat abang. Atas apa jua perkongsian ilmu, nasihat akan kuingat sampai bila-bila.   Al-fatihah buat Almarhum Mohd Iskandar bin Abdullah.   Entri : Langkah mualaf Komen dari  misa said... DI MANAKAH KAMU SAUDARAKU SEPERTI DIBERITAHU ALLAH MEREKA ITU SAUDARAMU ? Berkali aku cuba respond di tread ini, berkali itu juga keluh jemariku bak sebak, yang mungkin ianya terasa imbauan masa ...

I beg to differ..

Image
Assalam dan salam hormat buat pembaca budiman, . Amboi bukan main lagi tajuk entri, entahlah apakah akan relevan dengan apa yang AA perkatakan, ko ada entri tajuk omputeh? . Cuma sekadar perkongsian buat mereka yang adakalanya tidak sedar atau mungkin sedar tapi malas nak ambil pusing.  Kejadian ini sering kali berlaku, ok anda ke pasaraya dan cashier /pembantu cashier memasukkan barang-barang belian main sumbat jer.. mentang-mentanglah minyak rambut tu kecil lalu dimasukkan dalam beg plastik yang berisi snek atau apa jua item yang bukan sewaktu dengannya.  Itu hanya satu contoh, malah saya pernah ada pengalaman semua barangan disumbat dalam satu plastik besar; dengan bawang, kentang, susu tin, syampu, ubat gigi dan yang paling sadis serbuk pencuci kain! Nasib baiklah telur itu dah siap diikat untuk dijinjing kalau tidak mau disumbat semuanya. AA tidak akan biarkan perkara itu berlaku, biasanya akan menegur dengan cara elok, "miss/kak/dek boleh asingkan plastik?...

Beluncas

Image
Begitu hampir AA memadam blog ini, namun ada getar pada jari yang tentunya datang dari hati yang ketar.  Yang benar tidak ada salahnya pada blog ini, malah niat yang disimbolikan pada tarikh 09.09.09 bertiangkan nawaitu yang baik belaka.  Salahnya, AA kadang-kadang punya emosi yang bukan sahaja dipamerkan dalam alam nyata namun begitu juga dalam maya.  AA memang begitu, lebih suka untuk mengekpresikan diri sebenar. Namun ada tanggungjawab yang dipikul di balik penghasilan entri melalui bait-bait yang kurang disadur oleh akal . Maunya AA tidak dipersoalkan di sana nanti, apabila ada tertulis kisah (walaupun tidak disebutkan nama) yang buruk-buruk belaka.  Tak kurang hebatnya kata nista dan angkuhnya berbicara laksana Maharaja yang tidak betah memohon kemaafan.  Memangnya AA jua akui menulis mengikut suka dan pernah suatu ketika dek hati merajai akal telah menyiapkan entri sehingga kesiangan.. Hasilnya begitu berbaloi sehingga ada hati yang terluka, ada rakan yan...

REDHA

Assalamualaikum dan Salam hormat buat pembaca budiman.. Rasa bagai terlalu berat jari ini mengetik keyboard, bukannya kerana kurang cekap menaip tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan setelah sekian lama tidak berkarya. Disember tahun lepas AA mencari pelbagai bahan untuk dikongsikan namun berakhir di draft sahaja.  Pada awal Januari AA berazam untuk membuat comeback tetapi akhirnya terkandas walau untuk satu entri wajib ucapan Selamat Tahun Baru. Sebagai permulaan dengan ikhlas hati AA, berkongsi rasa tentang pemergian dua insan tersayang yang pergi buat selamanya. Al-Fatihah buat ; Almarhun Mohd Hakim bin Abdullah (Dady) kembali ke rahmatullah pada 29.12.2014 Almarhun Mohd Iskandar bin Moh Hakim (Abang) kembali ke rahmatullah pada 25.01.2015

Sahabat yang hilang

Image
Salam hormat buat pembaca budiman, P ada asalnya tajuk entri ialah 'Lost and found' tapi akhirnya diubah.  Sedikit masa dulu AA pernah menulis entri bertajuk Sekolah yang hilang kini AA menemukan sahabat yang hilang juga dari kalangan bekas sekolah dalam entri tersebut.  Berbalik kepada kisah sahabat yang hilang baru ditemukan membuatkan hati AA berbaur sedih dan gembira.  Sedih kerana kehilangannya selama ini adalah kemahuannya sendiri dan gembira kerana akhirnya kami dipertemukan juga walaupun masih di alam maya. AA sempat mengkhabarkan tentang pemergian salah seorang teman rapat semasa zaman sekolah dahulu dalam entri Innalillahi .  Sebenarnya antara sebab lain AA khabarkan ialah untuk berkongsi rasa, itulah pengalaman pertama AA kehilangan seorang rakan rapat.  Sejak itu ingatan AA kepada sahabat yang hilang ini dan semalam sebelum tidur semua kenangan pahit-manis terimbau.  Betapa masa berputar laju.   Alhamdulillah sahabat yang hi...

Kembali MH370

Image
ISBN: 9789839960904 Salam hormat buat pembaca budiman, Antologi ini memuatkan karya penulis daripada 12 buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Jepun, Singapura, China, Perancis, Rusia, Brazil, Jerman dan Amerika Syarikat.  Antologi ini juga telah memuatkan 136 buah puisi yang dihasilkan dari 136 orang penulis termasuk Lim Swee Tin, Maharatu Rafidah Mohamad, Talib Samat. Zaiton Ajamain dan banyak lagi. Alhamdulillah dalam banyak-banyak ada jugalah menyelit; Adie Achim Muka surat 58 Mau kata apa lagi p.s: Inshallah saya juga akan kembali.  Rasa dahaga yang amat sangat untuk menulis. 

Panduan mendidik anak mengikut Islam

Kredit 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 5) Berikan anak anda pelukkan setiap har...

Penafian

Salam hormat Pembaca Budiman, Pada ketika saya berkira-kira untuk membahaskan tajuk seperti tersebut di atas saya mula was-was mungkinkah apa yang akan saya tuliskan adalah sama seperti yang pernah rakan blog saya entrikan dalam blognya.  Maka itu saya buat sedikit kajian (hanya taip jer pun) dan setelah membaca semula entri beliau saya pasti kecenderungan untuk menulis hal yang sama.  Saya memang meminati gaya penulisan beliau yang bersahaja.  Celotehnya ringan namun berisi dan walaupun beliau seorang pensyarah ekonomi penulisannya begitu ringkas.  Buktinya dalam penulisan ini dia bercerita tentang 'penafian' dan bukannya 'kos lepas'.  Hampir terlupa, entri ini bukanlah bercakap pasal sahabat blog tetapi berkaitan dengan konteks 'Penafian'.  Mohon izin (belum diizinkan pun) untuk dikongsikan.  Harap pembaca dapat manfaatnya mengikut cedukkan masing-masing. Kesulitan untuk menerima realiti Penafian diri adalah suatu penyakit yang amat seri...

Tahun selamat

Image
Salaam buat pembaca budiman, Masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2014! Saya menyambutnya dengan menonton televisyen.  Walau bagaimanapun memori bersiraman di malam detik tahun baru sentiasa terimbau, itulah budaya yang wajib kami(merujuk kepada adik-beradik) lakukan dahulu.  Adik saya mengulas tahun 2013 merupakan tahun deritanya dan sebolehnya dia ingin lipat kemas segala peristiwa pahit dan saya hanya mengangguk walaupun dia tidak melihatnya dek perbualan melalui telefon. Saya angukkan kerana setuju dengan keputusannya untuk melupakan dan juga akui tahun tersebut memang mencabar.  Lantas saya pula berfikiran begini, tahun tersebut tidak akan saya lupakan, ia merupakan satu titik tolak; cabaran hidup yang menuntut kekuatan, kebijakan, ketabahan, kesabaran, keberanian dan yang lain-lain (ayat kegemaran masa buat karangan).    p.s: Apa-apapun dari kita saja bah tu (Jospeh Kajangan). Abg Jan pernah dengar lagu ni?

Berkreatif

Image
Salam buat pembaca budiman, Sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan saya ialah apabila berpeluang atau diberi peluang(samalah maksudnya kann?) untuk membuat satu inovasi kreatif.  Saya akan menjadi begitu obses untuk menyiapkannya, walau apa jua rintangan sekalipun (Pulak! macamlah nak berperang).  Tapi ada juga masa dan ketika terpaksa berperang dengan diri sendiri apabila idea dan material tidak seiring.   Di bawah adalah buku pelawat bagi satu majlis perkahwinan antara dua doktor.  Semasa hendak menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel saya memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan.  Kedua-dua doktor tersebut bertugas di wad isteri dan lebih istimewa doktor lelaki tersebut merupakan pembaca blog AdieAchim .  Akhirnya saya menawarkan diri untuk membuat buku pelawat tersebut.  Sesuatu yang berguna pada majlis tersebut dan boleh dijadikan kenang-kenangan.  Bagi tujuan ini keperluannya ialah al...

Hipokrit

Image
Salaam buat pembaca budiman, Saya nak ucapkan selamat datang kepada dunia hipokrit kepada diri sendiri.  Tak gamak nak ucapkan kepada kalian semua, harapnya anda tidak perlu untuk dunia itu.  Saya masih ingat ketika di tingkatan 1 ada seorang rakan datang berjumpa bertanyakan apakah maksud 'hipokrit' dan kalau tak silap menjawabnya lebih kurang begini "orang yang berpura-pura baik".  Ketika itu kami baru saja memulakan persekolahan setelah balik bercuti dan dia menceritakan tentang pergaduhan antara ibu dan kekasih ayahnya yang bertengkar sehingga menyebut perkataan tersebut. Kini, saya menghadapi perkataan itu lagi.  Bukanlah melalui pertanyaan tetapi berhadapan secara realiti malah menuntut untuk menjadi begitu.  Normalnya saya bukanlah sebegitu malah sering didesak oleh orang-orang yang rapat untuk berpura-pura baik.  Sedari saya seorang yang spontan dan mengekspresikan rasa hati melalui muka. Namun, akhirnya terpaksa beralah untuk sesuatu dem...

Doa akhir tahun dan awal tahun.

DOA 1 (Akhir Tahun) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ ...

Warna syurga.

Image
Salam buat pembaca budiman, Secara kebetulan terserempak dengan seorang ustaz, biasalah harus perbualan menjadi begitu berhati-hati dan menjurus kepada islamik.Selalunya begitulah kita bereaksi dengan orang yang alim kan, bertuahnya mereka! Bukanlah berniat untuk menimbulkan isu warna hijau yang amat disukainya namun melihat pada motorsikalnya, begnya, bajunya malah beliau sendiri menambah rumahnya juga berwarna hijau.   Si Ustaz hanya tersenyum dan berkata " Hijau ialah warna syurga malah penghuni Jannah memakai perhiasan dan pakaian berwarna hijau '.  Saya mengaku buat pertama kalinya mengetahui hal sedemikian dan membuat sedikit rujukan di internet.  Antaranya ialah; Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya...