Posts

Hukuman untuk yang datang awal!

Image
Terima kasih buat sahabatku Mr. Mahid yang membincangkan topik fashionably late dalam ruangan blognya. Apa yang akan saya hujahkan hanyalah satu perkongsian idea dan rasa, mungkin ini hanyalah salah satu contoh antara sebab-musabab bagaimana ia berlaku dan bagaimana masyarakat kita mempraktiskannya sebagai sesuatu yang kebiasaan. Sukalah saya memberikan tajuk ini sebagai “hukuman kerana datang awal” Ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Maaf ceritanya bukan bermula "Pada suatu hari" tetapi begini: Pagi yang cerah dan meriah, berpusu-pusu orang datang ke mesin Thumb-Print bagi mengesahkan kehadiran, tapi peliknya selepas mesin berbunyi 'Thank You" orang masih lagi tercegat di situ. Oh! rupanya ada notis pemberitahuan tentang sesi fotografi yang akan berlangsung esok hari. Tidak cukup dengan itu hebahan lisan melalui mereka yang mempunyai keprihatinan tentang: “You pakai baju apa masa sesi fotografi ekk?” Rasanya memadai da...

BENGANG

Image
"Woit.. boring la tengok muka peria ko nie!!!" Itulah sapaan buat diriku pada hari ini. Agak berkasar dengan diri sendiri tetapi buat masa ini aku perlukan sesuatu yang seperti itu untuk menyuntik kesedaranku. Sudah dua hari aku monyok! tak ubah seperti orang yang kehilangan pedoman hidup lagaknya. Salahnya aku punya rupa yang ada papan notis pada dahi, segala apa juga yang terbuku di hati akan tertulis di dahiku. Ada masanya aku bagai ternampak-nampak perkataan 'BENGANG' pada dahiku, agak keterlaluan bukan? Salahkan juga sikapku yang tidak suka bersembunyi. Apa jua yang ku rasa dan apa jua yang ku fikir aku tidak teragak-agak untuk mempaparkanya, walau ada masa dan ketika perangai ini memakan diri namun itulah aku. "What's up man?" Tiada apa, perkara kecil ja.. "Wei wei!" baik mengaku takkan nak menipu diri sendiri. Tertangkap sendiri! yalah siapa lagi yang berani nak cekup kalau bukan diri sendiri. Baiklah aku mengaku, memang ada yang ti...

Perkhabaran dari seberang.

Image
Pada tanggal ini merupakan detik penuh kelegaan, apabila anak dan isteriku akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Bayiku yang baru berusia sehari seakan mengerti dia begitu ceria di pangkuan mamanya. Tiba-tiba telefon bimbitku menerima satu mesej yang merubah mood kami berdua. - Utusan Malaysia - Utusan Malaysia Allahyarhamah Masnih Manan merupakan sepupu kepada abang ipar. Dia anak perempuan tunggal dan menjadi orang harapan serta kebanggaan keluarganya. Saya mengenalinya semenjak masih bersekolah menengah lagi. Secara peribadi saya melihatnya sebagai seorang yang berdikari, rajin, tidak kedekut dan patuh kepada kedua orang tuanya. Inalillah, Wainallilah Hirojiun .

Burpsday!

Image
5 'S' buat mama! Senyum - Semoga bahagia dan senyum selalu di samping papa dan si tiga serangkai 'Do Re Mi' Sihat - Semoga cepat pulih dan kembali cergas seperti dulu... Senang hati - Semoga hari-hari yang mendatang memberi seribu keceriaan! Slim - Semoga kembali slim seperti dulu hee ee e :) Sorry - No cake! tunggu pas mama abis pantang ok! 'SAYANG MAMA' Muaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh... - Abang, Kakak, Dedek & Papa

Welcome the new arrival!

Image
NAME: SITI FATHIYAH NICK NAME: DEDEK DOB : NOV, 20TH 09 POB : HOSPITAL NUKLEUS, LABUAN WEIGHT: 3.4 KG just just delivered!

Seloka untuk dunia

Image
Gambar: www.geocomm.com Dunia oh dunia! penuh dengan orang, orang putih, hitam, sawo matang, orang-orang, orang sakit? dunia oh dunia! menjerit rasa sakit, sakit kusta, berjangkit, keturunan, kemalangan, sakit hati? dunia oh dunia! ingin jaga hati, hati busuk, dengki, riak, bengkak, hati pendam? dunia oh dunia! terlalu banyak pendam pendam rahsia, sejarah, kejatuhan, kegemilangan, harta-karun, pendam perasaan? dunia oh dunia! bermain dengan perasaan, perasaan gembira, sedih, angkuh, simpati, perasaan drama? dunia oh dunia! bagai satu drama drama the nanny , kantonis, hindi, swasta, drama-drama cereka? dunia oh dunia! hanyalah satu cereka cereka sains, sastera, filem, teater, cereka yang penuh fahaman? dunia oh dunia! bijak oleh fahaman, fahaman komunis, feudal, republik, kuku besi, demokrasi, fahaman untuk disokong? dunia oh dunia! perlu ada sokong, sokong kerajaan, pembangkang, kempen, sokong sepenuh rasa? dunia oh dunia! punya banyak rasa, rasa masin, manis, pahit, pedas, payau, ...

10 tahun

Tanggal 16 Nov. 1999 merupakan detik sejarah apabila buat pertama kalinya memijak tanah di Labuan. Bumi ini seakan bergegar tatkala memijaknya agaknya enggan menerima kehadiran, "kutukan apakah ini?" dan belum sempat aku bermonolog dalaman akhirnya segala yang terisi dalam perut pagi tadi terkeluar bagai disula-sula (maaf perkataan agak melampau) itulah juga pengalaman mabuk laut buat pertama kalinya!!! Dengan langkah Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean , cuba untuk mengatur cat-walk sebaik mungkin. Umpama satu blind-date yang diatur saya akan dijemput dengan seorang yang tidak pernah dikenali apatah lagi berjumpa. Entah mana logik fikiran pada masa kakak memberitahu bahawa birasnya akan datang menjemput saya hanya mengangguk bodoh. Tapi tahu kebolehan diri ini (ayat riak!) tapi sekali pandang saja sudah tahu siapakah orangnya... dan tak syak lagi! Berteka-teki "betulkah aku sampai di Labuan ini?" bagaikan rusa zoo masuk kampung begitu sinis s...