Posts

Topi koboi

Image
Ingatan khusus ini buat bapa saudara yang telah kembali ke rahmatullah pada 19.11.2009. Orang cakap sekiranya kita secara tiba-tiba teringatkan sesorang yang telah meninggal dunia itu bermakna kita dirindui jika benarlah, terima kasih bapa tua (panggilan saya kepadanya) saya juga merinduimu. Saya ingat lagi pada perbualan kami yang terakhir sekitar bulan Mac 2009: "Belikan bapa topi koboi, saya dengar ada tu jual di Labuan". - juga merupakan permintaannya yang terakhir buat saya. Terkilan sangat. Moga damailah engkau di sana Pa. Al-Fathihah.

tepuk dada tanya iman

Image
Terdorong untuk berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman hidup dan hasilan setelah kebas menjadi pemerhati. Juga disokong oleh perasaan sayangkan tanah air yang aman damai dan dikagumi oleh negara-negara luar. Maaf saya, tetapi setahu dan seingat-ingat saya penggunaan Allah telah lama digunakan oleh penganut agama Kristian. Bukan setahun, sedekad tapi berkurun-kurun lamanya. Memang ada tertulis dalam alkitab (versi bahasa Malaysia) penggunaan Allah dan mereka telah lama mempraktikannya dalam ajaran dan nyanyian keagamaan. Yang membezakan adalah cara penyebutan Allah yang telah dimaklumi umum. Sukalah saya menyuarakan pendapat dalam bentuk pertanyaan, "Apakah perasaan anda sekiranya sesuatu yang telah menjadi kebiasaan tiba-tiba dipersoalkan.. err.. diharamkan?" Anda punya jawapan itu kann.. bagaimana? Pada hakikatnya, tindakan membakar gereja adalah satu tindakan derhaka kepada negara. Hal ini hanya mengonar imej dan nama negara juga merosakkan kedamaian negara yang t...

Do you like to cook?

Image
Credit to the sexy chef ! I began to like cooking during my wife confinement. I'm kind a person who try to avoiding kitchen but now I advise people : Do Stop avoiding the kitchen! People, it doesn't have to be this way. There are so many people that never attempted to cook, let alone boil water. Cooking is a great form of art and very therapeutic. It is easy to cook and one can truly enjoy the joys of cooking. Scope out magazines and cookbooks. Find a recipe that appeals to you. It doesn't have to be elegant or top of the line, start with chilis, soups, and stews. Keep it simple. Once you find your recipe, go food shopping. Enjoy the smell of foods and the feel of fruits and vegetables. Take the time to find what you need and be creative. Try to buy fresh vegetables, chicken or beef stock, fresh garlic, and fresh herbs. When starting your meal, play soft music. Try listening to Kenny G, Mozart or listen...

Buang sial !

Image
Maaf pembaca sekalian tidak berniat untuk memulakan bicara tahun baru yang kurang molek tetapi itulah dia istilah Tahun Baru di daerah Keningau, Sabah tatkala menyambut tahun baru. Ayatnya berbunyi begini: "Di mana kita mau celebrate buang sial?" - merujuk kepada di mana tempat untuk merayakan tahun baru. Dan aku seperti terimbas kembali pada malam tahun baru (1997) kami sekeluarga menyambut di rumah, tepat pukul 12.00 malam semuanya bertempur dengan bersenjatakan air. Habis basah satu rumah! Aku melepaskan tahun 2009 dengan begitu mudah sekali malah agak rakus ingin meninggalkan tahun itu secepat mungkin. Mungkin saja ada begitu banyak memori yang layak dibungkus dengan kertas surat khabar dan dilumat buat bubuk. Mungkin juga begitu banyak azam yang jadi apam balik basi. Sungguh tidak berdaya untuk dilunaskan apatah lagi untuk mencanangkan "Aku berjaya" Persetan pada semua itu! aku masih layak untuk menganugerahkan mungkin sejemput penghargaan buat diri sendi...

Hukuman untuk yang datang awal!

Image
Terima kasih buat sahabatku Mr. Mahid yang membincangkan topik fashionably late dalam ruangan blognya. Apa yang akan saya hujahkan hanyalah satu perkongsian idea dan rasa, mungkin ini hanyalah salah satu contoh antara sebab-musabab bagaimana ia berlaku dan bagaimana masyarakat kita mempraktiskannya sebagai sesuatu yang kebiasaan. Sukalah saya memberikan tajuk ini sebagai “hukuman kerana datang awal” Ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Maaf ceritanya bukan bermula "Pada suatu hari" tetapi begini: Pagi yang cerah dan meriah, berpusu-pusu orang datang ke mesin Thumb-Print bagi mengesahkan kehadiran, tapi peliknya selepas mesin berbunyi 'Thank You" orang masih lagi tercegat di situ. Oh! rupanya ada notis pemberitahuan tentang sesi fotografi yang akan berlangsung esok hari. Tidak cukup dengan itu hebahan lisan melalui mereka yang mempunyai keprihatinan tentang: “You pakai baju apa masa sesi fotografi ekk?” Rasanya memadai da...

BENGANG

Image
"Woit.. boring la tengok muka peria ko nie!!!" Itulah sapaan buat diriku pada hari ini. Agak berkasar dengan diri sendiri tetapi buat masa ini aku perlukan sesuatu yang seperti itu untuk menyuntik kesedaranku. Sudah dua hari aku monyok! tak ubah seperti orang yang kehilangan pedoman hidup lagaknya. Salahnya aku punya rupa yang ada papan notis pada dahi, segala apa juga yang terbuku di hati akan tertulis di dahiku. Ada masanya aku bagai ternampak-nampak perkataan 'BENGANG' pada dahiku, agak keterlaluan bukan? Salahkan juga sikapku yang tidak suka bersembunyi. Apa jua yang ku rasa dan apa jua yang ku fikir aku tidak teragak-agak untuk mempaparkanya, walau ada masa dan ketika perangai ini memakan diri namun itulah aku. "What's up man?" Tiada apa, perkara kecil ja.. "Wei wei!" baik mengaku takkan nak menipu diri sendiri. Tertangkap sendiri! yalah siapa lagi yang berani nak cekup kalau bukan diri sendiri. Baiklah aku mengaku, memang ada yang ti...

Perkhabaran dari seberang.

Image
Pada tanggal ini merupakan detik penuh kelegaan, apabila anak dan isteriku akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Bayiku yang baru berusia sehari seakan mengerti dia begitu ceria di pangkuan mamanya. Tiba-tiba telefon bimbitku menerima satu mesej yang merubah mood kami berdua. - Utusan Malaysia - Utusan Malaysia Allahyarhamah Masnih Manan merupakan sepupu kepada abang ipar. Dia anak perempuan tunggal dan menjadi orang harapan serta kebanggaan keluarganya. Saya mengenalinya semenjak masih bersekolah menengah lagi. Secara peribadi saya melihatnya sebagai seorang yang berdikari, rajin, tidak kedekut dan patuh kepada kedua orang tuanya. Inalillah, Wainallilah Hirojiun .