Posts

Terimbau kisah si Lima Puluh

Penceritaan ini haruslah secara dramatik kerana ia bukanlah suatu cerita retorik tetapi benar belaka. Si Lima Puluh begitu melekat di hati malah sehingga ke hari ini memberikan kesan yang teramat-amatlah amat. "Boleh kah camtu?", "bulih bah kalau kau...", "ceh!". Pada suatu maghrib sekitar tahun 1998 di daerah yang bernama Keningau. Kelihatan si ibu memberikan satu keping note $50 kepada anaknya yang berumur 10 tahun, turut disertakan sehelai kertas yang dicarik dari halaman tengah buku latihan. Tercatat senarai barang keperluan yang perlu dibeli. Si anak hanya mengangguk bangga punyai kepercayaan penuh oleh ibunya dan penuh cermat memasukkan dalam kocek seluar. Perjalanan ke pekan Keningau menaiki kenderaan pick-up yang dipandu oleh abangnya, tidak sampai lima minit pun.. menuju ke kedai A****h Trading. Nama kedai terpaksa dirahsiakan kerana pernah heboh kononnya kedai itu ada toyol yang merayau mencuri duit. Entahlah sejauh mana kebenarannya tetap...

ruang getir

Image
................................ pada ruang itu aku meraba lagak buta mengukur dan meneroka siapa dalam dirimu ada pada waktunya hampir kelewatan kembali ke batasan ............................... pada ruang itu banyak terhutang tatkala hukum alam menidakkan ia memungkinkan segalanya untuk dikutip sisa rasa buat diabdi dalam arca terindah tidak akan pernah memadai ................................ pada ruang itu ku himpun kenangan manis madu ku susun episod satu persatu ku titip rindu angin bayu ku doa tulus kudus syahdu ku redha inilah saatnya berlalu ku luah hiba sendu pada ruang itu ..............................

Your Horoscope April 1, 2010

Your Daily Horoscope: April 1, 2010 Pisces Feb. 19 - Mar 20 Your personal concerns will be focused on long-term plans today, Pisces, but you need to either bring other people in on them, or coordinate with friends on organizing some kind of group effort. It's possible that you're involved in plans that involve a number of people, because your enthusiasm is high and this is a team effort. You don't want to go along with the crowd just to keep from seeming different. Today is not financially favorable: don't let this Fool's day make you the one who is parted from their money. Kadang-kadang pelik juga ramalan tu benar belaka. Kebetulan hari ni gatal... tergaru-garu nak cuba baca horoskop... Terkejut juga! emm bolehlah... yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

mari mengukur tinggi langit dan bumi.

"Adoi larr!!!" Tertekan dengan pernyataan tersebut di atas?? hikhik releks lah.. cuba buat air kopi dan sambil-sambil tu dengarlah lagu nyanyian Hetty Koes Endang - Demi cinta Ni.. Ye.. " Dari dulu dalam sejarah asmara Paling sulit mengukur dalamnya cinta" Hah yang ni, korang suka lah yerr! ku dongak ke langit "fuhh!!!" ku tunduk ke bumi "hmm" Betullah lah tu.. sesekali kita kena juga mengukur di mana kedudukan kita dalam masyarakat, kedudukan dalam organisasi, kedudukan dalam kampung (kalau relevan) takpun kedudukan kita dalam keluarga kita sendiri. Kerana dengan itu kita boleh mengetahui sejauh mana peri pentingnya kita dan lebih bagus lagi, perelokkan serta permolekkan mana yang kurang dan lemah. Pinjam motto melodi "Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi" bolehlah.. Tetapi ini tidaklah bermaksud mereka yang kedudukannya agak rendah kurang memainkan peranan, haruslah diingat dan beringat dan saling mengingatkan bahawasanya me...

Hadiah dari mumy!

Malam menjelang harijadi saya menghubungi mumy nun jauh di sana. Sengaja mendail nombor abang yang tinggal bersama dengan penuh keyakinan dia yang akan menyambutnya. dan... "Hello..." apalagi yang perlu dibuktikan? Malam itu kami bersembang semahu-mahunya dan bagaikan acara wajib saya akan minta diceritakan detik-detik kelahiran. Dia mengimbas kisah 32 tahun yang lampau.. Semuanya tentang yang indah dan baik-baik belaka, tidak ada satupun menyebut tentang kepayahan dan kesukaran. Itulah hadiah harijadi yang tidak ternilai harganya. Sungguh dia hanya biasa, asal kejadian yang sama, namun dia punya, hati yang luar biasa baiknya, tidak tertanding, begitu luhur.. begitu ikhlas.. sedang aku yang tidak akan terbalas budinya, terima kasih bukanlah nilainya.

Topi koboi

Image
Ingatan khusus ini buat bapa saudara yang telah kembali ke rahmatullah pada 19.11.2009. Orang cakap sekiranya kita secara tiba-tiba teringatkan sesorang yang telah meninggal dunia itu bermakna kita dirindui jika benarlah, terima kasih bapa tua (panggilan saya kepadanya) saya juga merinduimu. Saya ingat lagi pada perbualan kami yang terakhir sekitar bulan Mac 2009: "Belikan bapa topi koboi, saya dengar ada tu jual di Labuan". - juga merupakan permintaannya yang terakhir buat saya. Terkilan sangat. Moga damailah engkau di sana Pa. Al-Fathihah.

tepuk dada tanya iman

Image
Terdorong untuk berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman hidup dan hasilan setelah kebas menjadi pemerhati. Juga disokong oleh perasaan sayangkan tanah air yang aman damai dan dikagumi oleh negara-negara luar. Maaf saya, tetapi setahu dan seingat-ingat saya penggunaan Allah telah lama digunakan oleh penganut agama Kristian. Bukan setahun, sedekad tapi berkurun-kurun lamanya. Memang ada tertulis dalam alkitab (versi bahasa Malaysia) penggunaan Allah dan mereka telah lama mempraktikannya dalam ajaran dan nyanyian keagamaan. Yang membezakan adalah cara penyebutan Allah yang telah dimaklumi umum. Sukalah saya menyuarakan pendapat dalam bentuk pertanyaan, "Apakah perasaan anda sekiranya sesuatu yang telah menjadi kebiasaan tiba-tiba dipersoalkan.. err.. diharamkan?" Anda punya jawapan itu kann.. bagaimana? Pada hakikatnya, tindakan membakar gereja adalah satu tindakan derhaka kepada negara. Hal ini hanya mengonar imej dan nama negara juga merosakkan kedamaian negara yang t...