Posts

Sesat

Image
Sesat L angkahku tersasar.. Sesat di hutan belantara yang berbatu pejal Terkeliru untuk beberapa kali.. Jalannya membingungkan.. aku alpa Dan menangis… tapi sesekali tertawa teruja.. Hutan ini penuh warna warni.. Indah tapi merbahaya.. Dari liku-likunya Aku temui.. Yang berbau wangi.. Dan yang berupa hodoh.. Yang bertopeng manusia.. Dan kecantikan sang rubah.. Tapi isinya melukakan hati.. Atau kemilau permata yang ku sangkakan kaca! Dari sini aku temui.. Onak duri yang mengigit betisku.. Adakalanya menjadi luka Bengkak dan bernanah.. Perit.. sakit! Tapi kesakitan itu membuatku lebih peka.. Tersilap langkah ini.. Tapi tak mengapa.. Hidupku tak seindah hidupmu.. Namun aku masih rasa bahagia! Mungkin dunia kita tak sama.. Cerita kita di jalanan yang berbeza.. Walau sedikit cemburu padamu.. Keletihan masih jua milikku Tak kira sebesar mana aku cemburu padamu! Rentak langkahku mungkin amat perlahan Tapi aku senyum lebih manis dari senyumanmu.. ...

Tidur sehotel dengan Datuk Siti

Image
Pada hujung minggu yang lepas (ayat favorite masa buat karangan darjah 4) saya berkursus di Novotel Hotel, Kota Kinabalu.  Nak dipendekkan cerita kebetulan Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan di One Borneo dan menginap di hotel yang sama.  Yang sebenarnya saya nak cerita betapa terkilannya tak dapat jumpa Datuk, saya hanya sempat melihat dari jauh semasa persembahannya, itupun hanya sekejap kerana baru habis mesyuarat. Rasa-rasanya kalau jumpa Datuk camana nak mula perbualan?? paling-paling saya akan bertanya; "Datuk K tak ikut sama? ataupun "Datuk bila sampai?" ataupun "Datuk berapa hari stay sini?" Aduhai Datuk Siti! rupanya kita pernah tidur sehotel cuma berlainan bilik...

yang biasa-biasa aja

Image
Dulu gue pernah janji ngan istriku, enggak akan minta yang lebih-lebih kalau loannya approve tapi kini gue punya macam-macam ingin untuk rumah yang bakal didiami.  Teringat kata-kata E yang dalam Unggu Violet.  Nonton enggak movie tu? Eyang (nenek) bilang " Enggak usah janji , nanti jadi beban".   Jadinya, untuk meja makan gue hanya mau yang biasa-biasa aja.

SANGAT MENGHARGAI

Image
TERIMA KASIH ATAS KESABARAN ANDA.

Akan kembali...

Image
Salam buat semua pembaca budiman, Saya mohon ampun dan maaf kerana kurang aktif sejak kebelakangan ini.  Saya sedang membereskan perkara mustahak (yang tidak perlu saya ceritakan, hanyalah membebankan anda).  InshAllah saya akan kembali semula setelah semuanya selesai. Terimalah... alunan piano winter sonata. Wassalam.

walau dalam mimpi cuma

Image
Salam buat pembaca yang budiman, Sebenarnya baru beberapa jam saya membuat sticky post yang kononnya akan bersiaran semula pada 5 Disember 2012 namun akhirnya akur, bahawa saya harus menulis entri ini.  Saya ingin ianya menjadi suatu yang saya akan ingat sampai bila-bila, mungkin ia adalah antara jawapan kepada persoalan yang selalu saya tanyakan (yang kini saya baru sedar) mungkin inilah.. saya ingin yakin bahawa inilah jawapan kepastian yang saya cari. Ok.. saya mulakan begini:  Beberapa  minggu yang lepas, saya mendapat perkhabaran dari seorang rakan baik bernama Zaharin Z (nama betul) bahawa salah seorang juga rakan rapat bernama Gar (bukan nama penuh, nama panggilannya) telah meninggal dunia pada tahun lepas.  Saya masih ingat pada ketika saya menerima pesanan teks darinya saya hanya bereaksi biasa sahaja dan hanya membuat panggilan susulan sehari selepas.  Ini kerana agak sukar untuk saya mempercayainya, memandangkan saya pernah menyatakan "manalah kaw...

wordless: tenanglah...

Image
tenanglah wahai hati yang gelora... jangan dengar dulu: buka tab yang baru  taip rainy mood (youtube) pasang dua web ini serentak enjoy! p.s: Yang sebenarnya saya perlu menenangkan diri saya, agar tidak panik dan gelabah.Semoga akan berakhir dengan baik.  Moga hati ini tenang..