Posts

Dia anakku!

Image
... P.s:  Entri ini dihasilkan sebagai satu tanda ingatan mimpi paling ngeri yang pernah saya alami.  Mimpi itu saya jelmakan dalam bentuk kispen (kispen =kisah pendek >tiru si Nong ).  Mimpi itu begitu nyata hingga terbawa-bawa ke alam nyata. Kispen ini dihasilkan dalam masa tempoh tiga jam.  Maaflah penulisan yang tergesa-gesa jadi banyaklah kurangnya.  Objektif untuk mengabdikan mimpi dan buat pengajaran buat semua.  

Sapaan yang terkesan

Image
Salam hormat buat pembaca budiman, Pagi ini saya disapa oleh kakak Cleaner, sapaannya ringkas bertanyakan khabar anak (akan saya ceritakan dalam blog myanak2ku).  "Batah nda jumpa.",  (lama tidak jumpa) "Pa kabar anakmu?",  (anak apa khabar?)  Tanpa sedar saya bercerita panjang mungkin didorong oleh naluri seorang ayah yang terkenangkan anak. Kemudian saya cuba mengingat-ingat kali terakhir disapa dan sangat terkesan di hati.  Saya jadi teringat kepada seorang Pegawai di Jabatan Pendaftaran, WP Labuan.  Sapaannya juga ringkas ketika saya membuat pendaftaran surat lahir anak namun hati saya berbunga-bunga dan penuh syukur. (juga akan saya kemaskini dalam blog myanak2ku) "Anak ke berapa encik?",  "Tahniah encik. Alhamdulillah, terbuka satu lagi pintu rezki buat encik sekeluarga".  Sapaan juga boleh jadi melalui pesanan teks ringkas (sms), lalu saya cuba selongkar dalam inbox telefon. " Hi.. heard gud newz. Congrats! A pro...

Sabar

Image
Salam buat pembaca sekalian, Saya ingin kongsikan sesuatu yang sangat saya perlukan pada ketika ini.  Dan ini kali kedua saya bermuhasabah tentang sabar.  Sungguh saya perlukan itu untuk berhadapan dengan manusia yang sungguh menyebabkan saya hampir hilang sabar.  Anggaplah entri ini sebagai berpesan-pesan dalam kebenaran.  kredit : lenggangkangkung-my.blogspot.com Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu". (Muhammad: 31) Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim) Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda,"Su...

Lapor terima : Jankaulu

Image
As salam, Buat teman maya Abang Jan.  kad raya baldu hitam telah selamat diterima.  Entah bagaimana saya juga awal-awal memilih tema kad yang sebegini.  Namun dek kesibukkan belum berpeluang untuk mengeposnya.  Akan pos walaupun akan sampai lewat ke tangan. Terima kasih banyak-banyak. 

Lapor terima: Mimie Nong Andy

Image
As salam, Dengan ini melaporkan telah menerima Kad Raya kiriman Mimie Nong Andy (berserta setem Murai 50sen) Terima kasih yang amat terhingga.  Sudah sekian lama tidak menerima kad.  InshAllah akan membalasnya dengan kadar segera.  Berpuasa kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ianya demi mencari keredhanNya... Beraya kita bukan sekadar merasa suka dan gembira, ianya demi mensyukuri nikmatNya.

Roh di Bulan Ramadhan

Image
   Google: Gambaran roh para Nabi dan Utusan ke Syurga Adnin Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan UNTUK RENUNGAN BERSAMA DI BULAN YANG BARKAH INI, TQ Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarokatuh : Roh di Bulan Ramadhan Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu me...

Tangisan pertama di bumi

Image
Perkongsian dari : Cinnamon.com Tangisan pertama di muka bumi adalah dilakukan oleh Nabi Adam as. kerana rasa sedihnya ketika dikeluarkan dari syurga dan mendapat kemurkaan Allah SWT . Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as.menangis selama tiga ratus tahun di bumi, dan tidak pernah mengangkat kepalanya ke langit kerana malu kepada Allah SWT . Nabi Adam bersujud di atas gunung Himalaya di India selama seratus tahun , maka dia menangis lagi hingga air matanya mengalir ke lembah Sarandip. Maka Allah menumbuhkan pohon-pohon kayu manis dan pohon- pohon cengkih di lembah itu dengan bersumberkan airmata Nabi Adam. Di samping tumbuh-tumbuhan , burung-burung juga menikmati airmata Nabi Adam. Burung-burung itu berkata : " Kami belum pernah meminum air yang lebih lazat daripada air ini . " Nabi Adam itu mengira burung itu mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah . Maka Allah SWT memberi wahyu kepadanya : " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah men...