Posts

Pelaminan

Image
" Tipah mana butang baju melayu aku?" Rasanya dialog Tan Sri PRamlee dalam Madu Tiga boleh dijadikan ayat kiasan buat si suami kalau berniat untuk bermadu.  Tapi saya tidak sesekali mengesyorkan okey dan entri ini bukan bercakap pasal poligami. Adus! gambar ini boleh buat jantung saya "Dap Dip Dup" bukannya kerana nak kahwen lagi tetapi mengenang kembali detik-detik penghasilan pelamin ini.  Antara percaya dan tidak percaya saya telah menghasilkan pelamin ini.. betulkah??  (Semasa menulis ini pun saya masih bertanya betulkah?)  Entah bagaimana tercetusnya idea si pengantin lelaki bertanyakan kalau saya boleh buatkan pelamin untuk majlis perkahwinanya.  Seingat-ingat, pernahlah saya membuat gubahan barang hantaran semasa majlis pertunangannya dan itu saya lakukan sekadar suka-suka.  Rasanya saya dalam keadaan separuh waras ketika menyanggupinya. Mungkin juga didorong oleh keterujaan ingin mencuba sejauh mana saya boleh bermain dengan kreativiti....

Celoteh karat

Image
Salam hormat, J adinya saya hanya merenung kosong pada ruangan entri tanpa punya sebarang idea untuk ditulis (Saya terhidu bau karat).  Kalaulah benar blog boleh bersawang sudah tentu ada juga kerja membersihkan yang boleh dibuat.  Akhirnya saya putuskan untuk membaca balik entri laris dan membetulkan mana-mana kesalahan ejaan, frasa dan mana-mana tanda yang sesuai dan kurang sesuai digunakan.  Maklum dengan stail penulisan saya yang selalu terburu untuk siapkan hasilnya.  Pernah terjadi oleh kerana terlalu ghairah hendak klik 'publish' maka saya tersiar bahan yang belum dimurnikan, jadinya saya yang menulisnya pun pening lalat untuk memahami apa yang ditulis apatah lagi pembaca.  Lalu saya jadi kesal bukannya senang untuk mendapatkan satu atau minit masa dari pembaca untuk menatap blog yang hanya pada akhirnya hanya membuang masa.  Contoh terbaik yang boleh saya tunjukkan ialah seperti sekarang ini dari tadi saya hanya bercakap kosong tanpa motif yang ...

Elegi esok pagi.

Image
Salam seemua, Ketika ini sangat dahaga untuk menulis sesuatu namun masa begitu cemburu untuk memberi ruang itu. Akan kembali untuk berkarya dan berkongsi rasa. Lagu lama namun sentiasa segar di ingatan.  Semoga terhibur!

Berita Pada Kawan

Image
Lagu ini ditujukan buat rakan blog yang melawat blog saya.  Mohon maaf atas kesibukan yang melampau segala aktiviti pengisahan terpaksa ditangguhkan.  Sehingga kembali!

Have a nice day! (ii)

Image
Beginilah laluan ulang-alik ke tempat kerja. Perjalanan memakan masa lebih kurang lima belas minit.  Tanpa rintangan lampu trafik.  Perjalanan ini turut menyusuri pesisiran pantai memutih dengan pemandangan laut biru saujana mata memandang.  Sedikit masa lalu saya hampir bepindah kerana dinaikkan pangkat.  Namun saya menolaknya atas sebab-sebab yang sehingga kini saya tidak menyesal.  Laluan ini turut menguatkan semangat semasa membuat keputusan itu.  Alhamdulillah syukur nikmat! Gambar ini pernah saya gunakan sedikit masa lalu untuk menggambarkan laluan ke tempat kerja.  Jauh bezanya namun kehijauan tetap sama. HAVE A NICE DAY!

Ada berani bawa hutang ke liang lahad?

Image
Bab hutang boleh menyebabkan saya hilang selera makan kalau teringatkan.  Apatah lagi sekiranya si Polan yang memberi hutang duduk berdekatan (contoh kes).  Saya seorang yang amat mudah memberi pinjam kepada orang namun untuk menuntut semula bayaran sesukar untuk mencium dahi sendiri (contoh mengada).  Tahun ini saya akan pastikan segala hutang (pinjaman) diinsuranskan bagi mengelakkan beban sekiranya berlaku apa-apa.  Saya juga seboleh mungkin akan maklumkan si isteri (takkan nak mengadu kat ibu) sekiranya berhutang.  Dan saya belajar untuk tidak memberi hutang kepada sesiapa (kecuali yang mempunyai keboleh-percayaan yang tinggi untuk membayarnya) bagi mengelakkannya menanggung hutang serta azab! p.s: Saya bukanlah seorang yang mudah untuk menghalalkan (terutama dengan orang-orang yang mencari sengketa) .  Sebabnya, kalaupun benar saya hendak  halalkan biarlah dengan hati ikhlas dan bukan terpaksa-paksa. Adat berhutang wajiblah dibayar!(Bukan beg...

Perutusan Tahun Baru 2013

Image
T idak seperti pada tahun-tahun yang sudah-sudah (Sejak kebelakangan ini suka menggandakan ayat, mungkinkah satu petanda akan dilipat gandakan rezeki?) saya menyambut tahun baru dengan membeli sesuatu benda baru.  Saya tidak memerlukan baju, seluar, kasut atau beg baru namun saya hanya perlukan ini bagi meraikan semangat tahun baru.  Ianya adalah Book Planner, organizer atau ada juga yang mengayatnya begini "Ni.. kau punya diari tertinggal dalam kereta aku semalam". S aya akan membeli seminggu sebelum tahun baru dan akan mula memindahkan data penting ke dalamnya.  Terutama sekali akaun-akaun bank termasuklah kaum keluarga dan kawan-kawan yang selalu berurusan debit-kredit. Tarikh-tarikh penting akan saya kemaskini mengikut kalendar perancangan yang telah disediakan dan tidak dilupakan tarik-tarikh keramat ; ulangtahun perkahwinan, harijadi dan banyak lagi (ni ayat yang saya suka guna semasa buat karangan sekolah rendah).  I a juga berperanan sebagai buku...