Posts

Warna syurga.

Image
Salam buat pembaca budiman, Secara kebetulan terserempak dengan seorang ustaz, biasalah harus perbualan menjadi begitu berhati-hati dan menjurus kepada islamik.Selalunya begitulah kita bereaksi dengan orang yang alim kan, bertuahnya mereka! Bukanlah berniat untuk menimbulkan isu warna hijau yang amat disukainya namun melihat pada motorsikalnya, begnya, bajunya malah beliau sendiri menambah rumahnya juga berwarna hijau.   Si Ustaz hanya tersenyum dan berkata " Hijau ialah warna syurga malah penghuni Jannah memakai perhiasan dan pakaian berwarna hijau '.  Saya mengaku buat pertama kalinya mengetahui hal sedemikian dan membuat sedikit rujukan di internet.  Antaranya ialah; Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya...

Ulang tahun ke-4

Image
Salam buat semua pembaca budiman, Dengan penuh rasa rendah diri dan tak malunya mengumumkan hari ini genaplah empat tahun umur blog ini dilancarkan.  Pencapaian yang kurang memberangsangkan.  Namun itulah hidup, utamakan urusan duniawi (alasan untuk dibaling mangkuk) Walaubagaimanapun, akan sentiasa untuk terus berblog. p.s:  Ada lagi kah orang yang nak menjenguk blog nie?

Maafkan Papa

Image
Salam hormat buat pembaca budiman. Mempunyai anak lingkungan umur 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun dan 8 bulan bukanlah sesuatu yang mudah.  Kadang-kadang tanpa sedar saya mengeluh betapa sukar untuk membesarkan dan mengasuh mereka.  Selalu membandingkan dengan anak orang lain yang lebih tertib dan kelihatan mudah bagi ibu bapa mereka.  Kerap memarahi mereka atas alasan untuk mendisiplinkan tetapi melalui pendekatan dan cara yang kurang sesuai.  Saya pernah mengelak untuk membawa mereka ke pasaraya kerana kehadiran kami selalu menjadi tumpuan malah cukup dikenali. Kerap kali cashier bertanya 'mana anak-anak?'.  Mungkin jarak umur antara mereka menyebabkan mereka begitu seronok bermain tidak kira di  manapun berada. Secara peribadi saya selalu inginkan mereka dalam keadaan yang sentiasa bersih, kemas, teratur dan tertib.  Namun saya lupa mereka masih kecil dan sedang belajar memahami hidup malah yang lebih tepat saya sendiri yang belajar tentang hidup melal...

You're fired!

Image
Salam hormat buat pembaca budiman. Tidak sabar rasanya untuk menonton siapa yang bakal dituding oleh Tony Fernandes untuk dipecat pada malam ini. Pada episod lepas merupakan sesuatu yang gila apabila tidak semena-mena Nash (Nazril Idrus -Malaysia) dan Alex (China) diheret oleh Hendy (Indonesia) masuk ke dalam boardroom untuk sesi pemecatan.  Sungguh ketika Hendy menegaskan pendiriannya untuk membawa kedua orang tersebut, saya terlopong dan tak semena-mena juga terlafaz "what on earth?!".   Apa yang difikirannya apabila begitu pasti dengan keputusannya setelah Tony Fernandez sendiri mengingatkan dia septutnya membawa dua orang yang paling lemah dalam pasukannya.  Sama ada Hendy terlalu bijak untuk bertindak awal supaya ahli pasukan yang kuat patut disingkirkan dahulu atau dia ingin berlagak hebat untuk berdebat dengan Nash yang begitu karisma dan bijak bercakap.  Entahlah! Tapi ada satu blogger menyatakan Hendy sengaja membawa kedua mereka ke dalam boa...

Innalillahi wa innailaihi raji’uun..

Image
Saya thumb-in lewat ke pejabat hari ini.  Sesuatu yang menganggu konsentrasi pemanduan.  Dalam perjalanan menerima teks pesanan ringkas : "Salam ini isteri Saiful... suami saya telah kembali ke rahmatullah smlm". Saya memberhentikan kereta di tepi jalan dan mengamati teks dan rasanya cuba untuk menerima khabar ini.  Saya memang ada mendengar arwah dimasukkan ke ICU namun tidak menyangka pemergiannaya begitu cepat.  Saya memandu dengan kelajuan yang perlahan, hati sebak dan kenangan bersama arwah semasa di Sekolah Berasrama Penuh Tenom seolah ditayangkan semula. Kali terakhir berjumpanya dua tahun yang lepas di Gunung Emas (Sabah), kemesraan kami masih utuh seperti zaman persekolahan dahulu.  Arwah memang seorang yang periang dan mudah tersenyum.  Takziah buat isteri dan keluarganya.   Innalillahi wa innailaihi raji’uun..  “  Semoga Allah merahmatimu dan memberimu pahala” [Hadits Riwayat Tirmidizi 4/60] Al-Fatihah. ...

Pelaminan

Image
" Tipah mana butang baju melayu aku?" Rasanya dialog Tan Sri PRamlee dalam Madu Tiga boleh dijadikan ayat kiasan buat si suami kalau berniat untuk bermadu.  Tapi saya tidak sesekali mengesyorkan okey dan entri ini bukan bercakap pasal poligami. Adus! gambar ini boleh buat jantung saya "Dap Dip Dup" bukannya kerana nak kahwen lagi tetapi mengenang kembali detik-detik penghasilan pelamin ini.  Antara percaya dan tidak percaya saya telah menghasilkan pelamin ini.. betulkah??  (Semasa menulis ini pun saya masih bertanya betulkah?)  Entah bagaimana tercetusnya idea si pengantin lelaki bertanyakan kalau saya boleh buatkan pelamin untuk majlis perkahwinanya.  Seingat-ingat, pernahlah saya membuat gubahan barang hantaran semasa majlis pertunangannya dan itu saya lakukan sekadar suka-suka.  Rasanya saya dalam keadaan separuh waras ketika menyanggupinya. Mungkin juga didorong oleh keterujaan ingin mencuba sejauh mana saya boleh bermain dengan kreativiti....

Celoteh karat

Image
Salam hormat, J adinya saya hanya merenung kosong pada ruangan entri tanpa punya sebarang idea untuk ditulis (Saya terhidu bau karat).  Kalaulah benar blog boleh bersawang sudah tentu ada juga kerja membersihkan yang boleh dibuat.  Akhirnya saya putuskan untuk membaca balik entri laris dan membetulkan mana-mana kesalahan ejaan, frasa dan mana-mana tanda yang sesuai dan kurang sesuai digunakan.  Maklum dengan stail penulisan saya yang selalu terburu untuk siapkan hasilnya.  Pernah terjadi oleh kerana terlalu ghairah hendak klik 'publish' maka saya tersiar bahan yang belum dimurnikan, jadinya saya yang menulisnya pun pening lalat untuk memahami apa yang ditulis apatah lagi pembaca.  Lalu saya jadi kesal bukannya senang untuk mendapatkan satu atau minit masa dari pembaca untuk menatap blog yang hanya pada akhirnya hanya membuang masa.  Contoh terbaik yang boleh saya tunjukkan ialah seperti sekarang ini dari tadi saya hanya bercakap kosong tanpa motif yang ...