Terimbau kisah si Lima Puluh
Penceritaan ini haruslah secara dramatik kerana ia bukanlah suatu cerita retorik tetapi benar belaka. Si Lima Puluh begitu melekat di hati malah sehingga ke hari ini memberikan kesan yang teramat-amatlah amat. "Boleh kah camtu?", "bulih bah kalau kau...", "ceh!". Pada suatu maghrib sekitar tahun 1998 di daerah yang bernama Keningau. Kelihatan si ibu memberikan satu keping note $50 kepada anaknya yang berumur 10 tahun, turut disertakan sehelai kertas yang dicarik dari halaman tengah buku latihan. Tercatat senarai barang keperluan yang perlu dibeli. Si anak hanya mengangguk bangga punyai kepercayaan penuh oleh ibunya dan penuh cermat memasukkan dalam kocek seluar. Perjalanan ke pekan Keningau menaiki kenderaan pick-up yang dipandu oleh abangnya, tidak sampai lima minit pun.. menuju ke kedai A****h Trading. Nama kedai terpaksa dirahsiakan kerana pernah heboh kononnya kedai itu ada toyol yang merayau mencuri duit. Entahlah sejauh mana kebenarannya tetap...