Posts

Showing posts from April, 2011

Kursus Aplikasi &Teknikal KML - Hari Kedua

Image
PHOTOSHOP WEBS Syabas dan Terima Kasih buat Unit ICT KML

Kursus Aplikasi &Teknikal KML - Hari Pertama

Image
Penceramah oleh Encik Riedznan Sutrisno memberikan komen positif untuk gambar ini. Gambar terbaik - TERIMA KASIH! (10 PRINCIPLES in Photography) Rule of Thirds Imagine that your image is divided into nine equal segments by two vertical and two horizontal lines. Try to position the most important elements in your scene along these lines, or at the points where they intersect. Doing so will add balance and interest to your photo. Some cameras even offer an option to superimpose a rule of thirds grid over the LCD screen, making it even easier to use. Notice how the building and horizon are aligned along rule-of-thirds lines. Image by Trey Ratcliff . Balancing Elements Placing your main subject off-centre, as with the rule of thirds, creates a more interesting photo, but it can leave a void in the scene which can make it feel empty. You should balance the 'weight' of your subject by including another object of lesser importance to fill the space. Here, th

Ada apa dengan ia (ii)

Image
Salam buat semua! Saya sebenarnya tidak merancang untuk membuat sequel bagi entri ini tetapi ada kejadian yang menarik untuk dikongsikan bersama. Perihal 'mereka' benar-benar membuatkan saya terfikir mungkin saja dunia akhir zaman ini perlu contoh dan teladan melalui binatang. Harus kita sebagai makhluk yang diberikan darjat tertinggi haruslah menggunakan otak untuk berfikir sewaras-warasnya apa wajarkahkah tindakan kita? Ada seekor kucing siam yang kerap datang ke rumah, atas sebab mengapa kurang pasti la pula tapi ia selalu datang tepat pada waktu makan kucing parsi, jadinya ia sangat beruntung kerana turut mendapat habuan makanan mewah. Saya tidak berkira sangat lagipun ia sedang sarat mengandung malah sempat saya bisikkan padanya "ada anak nanti bagi saya oke" . Sungguh, saya sebenarnya tidak bergurau. Begitulah perangainya selepas kenyang ia akan pergi... ke mana? kami tidak pernah tahu. Hinggalah suatu petang balik dari kerja, pembantu rumah bercerita tent

The Reunion of SBPT ( 1 )

Image
Salam buat ex-SBPTian sekalian! Mohon ampun dan maaf banyak-banyak atas kelewatan laporan Perjumpaan Kali Pertama Bekas Guru dan Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Tenom. masih terbayang-bayang wajah awet muda ceria Tuan Mansor masih terakam kemas butir perbualan dengan si cantik Carolyn masih teringat si Dr Donny yang begitu sporting masih terngiang-ngiang suara macho Halwi Mapa mengacara majlis masih terdengar-dengar 'buzz buzz buzz sok sek' semua yang hadir dengan cerita masing-masing! masih ingat lagi semuanya hijau-hijau belaka? Aduhai malam tu betul-betul seperti mimpi. THE REUNION OF SBP TENOM MARCH 13TH 2011 SUTERA HARBOR Maka dengan itu, inilah senarai yang hadir mengikut buku pelawat: Marina William (1991-1993) Ibrahem Bin Mohd Suffian (1991-1993) Azmi Alias (1986-1988) Wilson Mier (1986-1988) Bibiana Paulus (1986-1988) Jennifer Makulin (1986-1988) Anderson Sappal (1986-1988) Syukri Hj. Sanali (1989-1991) Steven Udan (1990-1992) Shamsul Samit (1992-1994) Norjaip Ag.Da

Ada apa pada ia...

Image
"Ia ditakdirkan sebagai peneman manusia yang setia, dengan kecomelan, kelincahan, keceriaan dan sifat manja semulajadinya" . Ia yang dimaksudkan ialah kucing (Selepas ini disebut sebagai - ia/mereka). Seingat-ingat saya, kami punyai beberapa generasi kucing yang tinggal bersama di rumah semenjak saya kecil. Terlalu banyak! faham sajalah mereka antara binatang yang cepat membiak. Kehadiran mereka dengan pelbagai cara; dikutip, perantau, bertandang dan ada juga yang dibawa oleh awek/boifren(samada secara suka atau paksa rela kami kurang periksa). Saya masih terasa-rasa keseronokkan memberikan nama setiap kali ada yang baru melahirkan anak dan biasanya ia dinamakan berdasarkan warna dan corak pada bulunya. Oh ya! ada satu bernama "Sang" singkatan kepada songsang. Ini kerana ia lahir secara songsang dan ibunya datang kepada kami dengan keadaan kritikal seolah-olah meminta tolong. Antara percaya dengan tidak saya dan adik membantu kelahirannya! Alhamdulillah kami b

Senaman buat blogger sekalian. Enjoy!

Image

Karipap oh karipap!

Image
S emalam isteri saya berkongsi ilmu mengenai kursus yang baru disertainya dua hari yang lepas. "Papa... untuk membakar kalori sebiji karipap ialah bersamaan menyapu selama 28 minit tanpa henti..". Sajer bagi contoh kuih kegemaran! hehe.. "baiklah mama!". T idak mahu berleter pasal kesihatan, sebab semua dah sedar dan tahu betapa pentingnya kesihatan. Semuanya terpulang kepada tuan/puan punya diri. Oleh itu saya kongsikan bersama tips atau panduan menjadi sihat dalam bentuk yang tidak berleter. Formula untuk sihat : Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan) Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin Mulakan bersenam Kuatkan pegangan rohani (keagamaan) B etapa selama ini kita bangga dengan budaya menjamu yang semakin kukuh dalam masyarakat kita. Dalam sebarang aktiviti, termasuk perjumpaan mahu pun mesyuarat kecil, pasti dileng

Kah kah kah!

Image
Sudah dua hari menyimpan niat untuk menulis preview ni, tetapi tidak berupaya kerana cerita ini amat KELAKAR! Untuk diceritakan secara bertulis adalah kurang afdal (boleh?) Begini-lah.. TENGOK SENDIRI dan buatlah penilaian selepas habis senak perut!

Hujan harapan

Image
' "Tik..tik..tik". Hujan pagi di labuan... walaupun sedikit sebanyak menganggu kelancaran lalulintas, namun ramai yang mengambil kesempatan berdoa agar ini hujan rahmat yang akan menjauhi segala petaka dan rusuh di jiwa. "Tik..tik..tik ". Betapa banyak jiwa di luar sana simpan harapan agar hujan ini bawa makna, bawa rindu, bawa senang, bawa ceria, bawa tuah, bawa khabar gembira.. Yakni hanya yang baik-baik belaka. Ya..ini hujan harapan buat semua! Keroncong hujan - Inom Yon and Ahmad Hashim Me ga mendung di angkasa Hembusan bayu dingin terasa gerimis berderai di merata bagai mutiara Rahmat dibawa bersama Limpahannya meresap dijiwa adakala bahgia terasa meskipun duka nestapa Tika hujan turun sayup mendayu lagu keroncong merdu irama dialun bersenandung Hujan membasahi bumi melahirkan keluhuran budi mengeratkan perpaduan suci kasih sayang abadi Syukur Alhamdulillah...

The MALAY chronicles

Image
Saya yang kebetulan sedang makan kat Food court (KLCC) terkejut gaban apabila ada sekumpulan remaja menjerit sakan apabila salah seorang rakan menunjukkan tiket wayang yang baru dibelinya. Keterujaan mereka membangkitkan rasa 'pingin tau' gerangan apakah yang best sangat tu? Dan akhirnya melalui perbualan taulah mereka akan menonton 'Hikayat Merong Mahawangsa'. Hebat sangatkah? Syabas buat tiga beradik KRU dan tidak salah rasanya kalau ucapan itu buat kejayaan menghasilkan filem yang bermutu dan boleh dibanggakan. Saya yang kata OK! orang lain tidak tahu. Pada hemat saya selaku penonton yang bercitarasa biasa, filem ini amat berjaya dari sudut penceritaan cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Saya memang agak kritikal kala membahaskan konsep logik di dalam sebuah filem (Selalu gaduh dengan adik). Saya secerewetnya mencari segala sudut logik contohnya, saya akan memastikan tidak ada pergerakan atau pernafasan pada mayat d