Posts

Showing posts from March, 2014

Penafian

Salam hormat Pembaca Budiman,
Pada ketika saya berkira-kira untuk membahaskan tajuk seperti tersebut di atas saya mula was-was mungkinkah apa yang akan saya tuliskan adalah sama seperti yang pernah rakan blog saya entrikan dalam blognya.  Maka itu saya buat sedikit kajian (hanya taip jer pun) dan setelah membaca semula entri beliau saya pasti kecenderungan untuk menulis hal yang sama.  Saya memang meminati gaya penulisan beliau yang bersahaja.  Celotehnya ringan namun berisi dan walaupun beliau seorang pensyarah ekonomi penulisannya begitu ringkas.  Buktinya dalam penulisan ini dia bercerita tentang 'penafian' dan bukannya 'kos lepas'.  Hampir terlupa, entri ini bukanlah bercakap pasal sahabat blog tetapi berkaitan dengan konteks 'Penafian'.  Mohon izin (belum diizinkan pun) untuk dikongsikan.  Harap pembaca dapat manfaatnya mengikut cedukkan masing-masing.
Kesulitan untuk menerima realitiPenafian diri adalah suatu penyakit yang amat serius. Ia berkaitan dengan e…