Posts

Showing posts from October, 2015

Separuh semangatku pergi..

Salam hormat buat pembaca budiman..Seolah-olahnya, separuh semangatku pergi. Seorang yang selalu memberiku semangat untuk terus menulis pergi buat selamanya.  Aku selalu menulis dengan harapan dia akan membacanya dan rupanya hampir semua entriku dibacanya namun jarang sekali meninggalkan komen.  Satu-satunya komen yang ditinggalkan.. panjang lebar ulasannya. Namun itulah satu-satunya. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh aku baca dan kenang penulisannya.Nama Penanya MISA dan beliau menulisku sebagai MOSA.Terima kasih buat abang. Atas apa jua perkongsian ilmu, nasihat akan kuingat sampai bila-bila.Al-fatihah buat Almarhum Mohd Iskandar bin Abdullah.Entri :Langkah mualaf
Komen dari 
misa said... DI MANAKAH KAMU SAUDARAKU SEPERTI DIBERITAHU ALLAH MEREKA ITU SAUDARAMU ?

Berkali aku cuba respond di tread ini, berkali itu juga keluh jemariku bak sebak, yang mungkin ianya terasa imbauan masa silam sebagai saudara baru yang pada ketika itu sejurus sahaja melafazkan kalimah syahadah, kit…