Posts

Showing posts from October, 2012

Sapaan yang terkesan

Image
Salam hormat buat pembaca budiman,


Pagi ini saya disapa oleh kakak Cleaner, sapaannya ringkas bertanyakan khabar anak (akan saya ceritakan dalam blog myanak2ku). 

"Batah nda jumpa.",  (lama tidak jumpa)
"Pa kabar anakmu?",  (anak apa khabar?)

 Tanpa sedar saya bercerita panjang mungkin didorong oleh naluri seorang ayah yang terkenangkan anak.

Kemudian saya cuba mengingat-ingat kali terakhir disapa dan sangat terkesan di hati. 

Saya jadi teringat kepada seorang Pegawai di Jabatan Pendaftaran, WP Labuan.  Sapaannya juga ringkas ketika saya membuat pendaftaran surat lahir anak namun hati saya berbunga-bunga dan penuh syukur. (juga akan saya kemaskini dalam blog myanak2ku)

"Anak ke berapa encik?", 
"Tahniah encik. Alhamdulillah, terbuka satu lagi pintu rezki buat encik sekeluarga".

 Sapaan juga boleh jadi melalui pesanan teks ringkas (sms), lalu saya cuba selongkar dalam inbox telefon.

" Hi.. heard gud newz. Congrats! A proud father again.  Enjoy the mom…