Posts

Showing posts from June, 2010

Mesti tebus!

Image
Entahlah.. akukah yang terlewat atau waktu yang tercepat?

Bagaikan tersentak apabila ada orang ingatkan sekarang sudah masuk pertengahan tahun. benarkah? benarkah? yang benerrr??

Punyalah aku menyumpah dan menyeranah pada seorang yang telah buat aku lupa nikmat kerja. Ya aku hampir lupa rasa itu.. mungkin saja rasa itu telah pergi..

Tidak.. aku tidak akan mengalah dan tunduk pada kemalasan yang bermaharajalela ini. Sungguh aku bukanlah orangnya ya. Moga saja semangat yang hilang itu kembali.

Nanti apa akan aku tulis dalam laporan pencapaian.. nanti apa aku akan jawab pada upah yang dibayar tepat pada masanya?

Harus tebus itu!