Posts

Showing posts from March, 2011

Terima kasih buat teman sepejabat yang ringan mulutnya bertanya "masih marah lagi?"

Image
Sudah lama teringin membuat tajuk entri yang panjang lebar! Terima kasih buat teman sepejabat yang ringan mulutnya bertanya "masih marah lagi?", sama ada dia baru membaca entri 'pujuk hati' atau dia baru punya keberanian untuk bertanya kerana saya kelihatan manis berpakaian batik pada hari ini. Sekurang-kurangnya dia bertanya kan, "Oh tidak! saya sudah tidak marah", malah selepas menulis entri tersebut saya menjadi tenang- Setenang temanya yang kehijauan. Hampir seminggu saya bertungkus-lumus menyudahkan kerja yang bagaikan (memangpun!) tidak ada penyudahnya. Saya serakusnya menggunakan segala kepakaran dan keefektifan secara semaksimumnya! (ayat apa ni? pening!) tetapi saya memang berusaha walaupun amat sedar bahawa tidak akan siap sekurang-kurangnya saya puas hati ada sesuatu atau dua yang telah dibereskan. Sejujurnya saya akui kalau dibandingkan motivasi kerja kala saya bekerja di sektor swasta adalah sangat tinggi berbanding sekarang. Bukan tida

Teknologi yang hampir dilupakan

Image
Punyalah terkejut jumpa benda nie! (laksana terjumpa artifak sejarah) Saya sebenarnya sedang menyemak inventori stationary pejabat. Berkira-kira untuk membuat permohonan mana-mana bekalan yang berkurangan, masa tu lah saya terjumpa disket. Terus saya membuat tawaran kepada rakan-rakan sekerja sesiapa yang perlukannya tapi hampa tidak ada seorang pun yang berminat malah ada suara sumbang "Camana mau guna tu?" Samada dia berlawak atau memang maksudkannya (Maklumlah dia ni lahir dalam era 80an). Kemudian bagaikan mengejar deadline (tertekan dengan rakan-rakan blog yang lain sudah punya entri hari ini) sayapun membuat sedikit kajian tentang item ini mana tau ada perkara yang boleh dikongsikan bersama. Hampa! amat sedikit dan langsung tidak menarik minat akal minda. Saya yang memang sentimental (satu pengakuan-untuk rekod) merasa sebak betapa dulu ia amat berguna dan menjadi kesayangan ramai. Saya masih ingat betapa saya menjaga semua disket saya dengan rapi dan teratur. Te

Pujuk hati

Image
Saya sedang marah! Sesuatu yang paling saya benci. Faham-faham sajalah muka orang yang sedang marah macam mana. Saya suka merujuk muka orang yang sedang marah macam kena tampar syaitan! (hiks! betul kah begitu??) Walaupun 'marah' adalah sifat semulajadi manusia namun ia bukanlah suatu yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal. Saya teringat ada satu filem Inggeris (sudah lupa tajuknya) satu skrip yang agak terkesan buat diri saya. Ianya berbunyi : "No matter how good your idea when you are mad. That's not good!"

Ingin pergi

Image
betapa ingin pergi sejauh kejora seluas semesta selebar horizon ingin pasti akan damaikah di sana? tenangkah di sana? senangkah? akan jumpakah yang digali? di sini punya baki walau saki mual jemu tapi ada yang pasti juga sisa yakin masih ingin pergi rezki-Nya melata Hospital Nukleus Labuan (2.32pm)

Untukmu bumi!

Image
Kami sekeluarga memang tertunggu-tunggu kempen ini. Dan tepat pada masa yang ditetapkan kami menutup semua lampu dan tidur sehingga pagi. Punyalah kami menyokong penuh kempen ini. Bagaimana kami melakukannya? Pada siang harinya jadual kami padat dengan aktiviti itu dan ini, jadi pada malamnya tanpa disuruh-suruh mata terpejam. Alhamdulillah... Untukmu bumi!

anda yang bagaimana?

Image
A khirnya hari ini tiba! atau tibalah hari ini! Hari yang ditunggu-tunggu rasanya untuk semua orang. Yelah hari ini hari gaji buat penjawat awam tetapi secara tidak langsung mereka yang bekerja di sektor lain turut mendapat tempias bahana hari gaji. Oh ya.. akhirnya saya merupakan salah seorang yang berbaris mengambil upah gaji pada hari ini, bukanlah suatu yang kebiasaan bagi saya namun kerana ada keperluan penting saya mau tidak mahu terpaksalah juga berbaris panjang. (sangat panjang ok!) Sudah begitu, saya tanpa sedar membuat pemerhatian tentang gelagat mereka-mereka ini. Kebetulan saya di baris yang agak ke belakang maka sempatlah saya membuat perbandingan antara pengguna mesin ATM lelaki dan perempuan. Fokus kepada transaksi pengeluaran duit. Dengan penuh takzim dan hormatnya saya kongsikan bersama, bukan untuk mengutuk dan jauh sekali menghina tapi inilah yang berlaku. (Tapi tidak semua ... kebanyakannya) yang laki-laki (lelaki) 1. Buka dompet, Keluarkan kad bank (dilakuka

Jan tid jad!

Image
Salam, Baru sebentar tadi mendapat panggilan dari adik nun di Putrajaya. Ni adik bongsu saya, macamlah banyak adik dialah satu-satunya oii. Saya tidak pernah segan dan malu menunjukkan betapa saya sayangkannya, kami sangat rapat malah kalau baru berjumpa mesti berpelukan dan kami akan tidak henti-henti saling mengemaskini (update). Eh aku cerita apa pula nie?? "Jan tid jad!" (Jangan tidak jadi!) - Begitulah ungkapan terakhirnya. Yang sebenarnya itu adalah bahasa rahsia kami (kononnya) sedangkan ramai yang faham pun bahasa singkatan tu. Cumanya kerana sudah menjadi bahasa rasmi kami berdua maka, kami akan bercakap dengan laju dan kekadang menambah ungkapan ala cina "jan'tse tid'tse jad'tse" (jangan tidak jadi) . Pernah kami bercakap di LRT dan ada nyonya tu bertanya "Cina apa oO?" dan kami hanya menjawab "Cin'tse ses'tse" (Cina sesat). Bermulanya bahasa singkatan ini kami pelajari dari rakan-rakan sekolah. Seben

Menu

Image
Salam semua, Hari ini tidak bercadang untuk buat suspen atau nak joget lambak. Hari ini mau cerita yang ringan-ringan aja tak sampai 1/2kg tapi Cedappp!!! Ada satu barang baik punya namanya 'Sardin King Cup'. Sebenarnya rasa frust sangat! sebab semalam pergilah mencari sardin jenama tu, alahai pekedai tu cakap "teda sudah oO! brand lain ada ma" bengkak jer! bukan apa dah lama sangat tidak makan jadi teringin la pula. Kebetulan isteri baru sembuh dari gastrik dan tercari-cari makanan pembuka selera. Bagi saya itulah menu yang sangat sesuai untuk membangkitkan selera makan. Nak dijadikan cerita, Semasa kecil dulu kami sekeluarga amat mengemari 'Sardin' dan hanya jenama itulah yang dicari atau agaknya tidak banyak jenama masa tu, jadi King Cup menjadi pilihan. Emak saya sangat pandai berekperimentasi dengan masakan yang berasaskannya, dari Nasi goreng sardin, Roti bun cecah sardin, Sandwich sardin, Sayur tumis sardin dan sup sardin berhalia. Semuanya ak

Esah 50 sen

Image
Korang masih ingat Esah lima puluh sen?.. mesti dah ingat-ingat lupa yelah sekarang ni beralih ke "halimah jongang the series". Haha dulu saya punya sahabat baik namanya lebih kurang Esah lah jugak. Tiap kali nyanyi lagu tu mesti dia marah "kojaq hang!" Tapi... Cerita Esah 50 Sen ni ada unsur-unsur 18sx. Saya tukar topik la. Boleh kan? Penulis blog berhak menukar topik bila dirasakan perlu. Entri ini terilham semasa kunjungan saya ke sebuah pasaraya berdekatan taman perumahan pada sabtu yang lepas. Dan untuk mengaitkan tajuk entri dengan isi kandungannya adalah dengan menukar melodi lagu esah lima puluh sen kepada dua puluh sen. Ok selamat terhibur. Di peringkat Labuan, kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" telah dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) sejak 1 Januari lalu. Melalui tinjauan peribadi dalam beberapa minggu yang sudah semakin banyak pasaraya dan premis perniagaan yang mengambil bahagian dal

Tanda

Image
Salam, Hari ini tidak bercadang untuk membuat entri, hanya 'jalan-jalan cari blog' dan akhirnya saya ter-blogwalking ke satu blog yang mengamanatkan agar membuat hebahan. 9 tanda-tanda saat kematian 1) 100 hari , seluruh badan rasa bergegar 2) 60 hari , pusat rasa bergerak-gerak 3) 40 hari , daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginye sehingga saat kematiannya. kadang kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malalaikat maut tersebut dan orang tersebut kadang kadang kelihatan seperti runsing 4) 7 hari , mengidam makan 5) 5 hari , anak lidah bergerak-gerak 6) 3 hari , bahagian tengah dahi bergerak-gerak 7) 2 hari . seluruh dahi bergerak-gerak 8) 1 hari , terasa bahagian ubun ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar 9) Saat akhir , terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Secara peribadi saya selalu berhar

7

Image
Hari jadi mengingatkan detik kelahiran dan sudah sepatutnya ianya juga mengingatkan tempoh saat kematian yang semakin hampir. Buat pertama kalinya saya mencuba mengenali diri melalui pengiraan tarikh lahir. (Kredit : Barometer Personaliti Numerologi – Kajian Dr Mir Hazil ) 17 mac 1978/ 8 Rabiulakhir 1398H BAROMETER PERSONALITI NILAI = Angka 7 Seorang yang memiliki kemampuan untuk mengawal dan memelihara. Suka memberi dan bersifat pemurah. Mampu mencegah kejahatan dan meninggikan kedudukan demi keadilan. Seorang yang pemaaf. Memiliki kemampuan menjadi pentakbir yang cekap mengawasi dan memantau serta selalu dipercayai dan bertanggung-jawab. Bersikap suka memberi inspirasi, harapan, membina orang lain agar memiliki kemampuan untuk memajukan diri dan mampu mematikan fikiran negatif pada dirinya atau orang lain. Sering menjauhi keburukan dan bersifat dermawan. Mampu memilki kekayaan zahir dan batin (jiwa) serta dermawan. Juga memiliki kemampuan mewarisi dan mendeligasikan wawasan

GDL

Image
Tajuk Entri di atas adalah dirujuk: 1. Lesen G.D.L. (Goods Driver's License) 2. ke 'Golok Demi Love' 3. Geng Datang Lewat Salam buat pembaca yang budiman. Tajuk entri yang agak menyengalkan adalah disengajakan bertujuan untuk saling mengingatkan. Namun begitu saya hanya akan membuat kupasan pada perkara ketiga iaitu 'Geng Datang Lewat'. Sebelum itu sukalah saya menegaskan bahawa tidak ada sekelumit pun rasa bangga apatah lagi rasa megah dengan senario ini. Aduhai! rasanya ramai di antara kita berharap lima minit masa tambahan diberikan setiap kali bangun pagi. Adakalanya buat-buat lupa hukum alam tidak akan pernah sesaatpun terhenti, makanya tambahan masa lima minit bertambah ke sepuluh minit, setengah jam, satu jam? (dinasihatkan kalau dah sejam tu baik teruskan tidur). Biasanya kes terlajak tidur ni boleh diatasi dengan mengunci jam loceng ataupun gunakanlah telefon bimbit. Ada pula kalangan yang begitu berdisiplin sekali dengan rutin di rumahnya menyebabka