Pujuk hati

Saya sedang marah!
Sesuatu yang paling saya benci. Faham-faham sajalah muka orang yang sedang marah macam mana. Saya suka merujuk muka orang yang sedang marah macam kena tampar syaitan! (hiks! betul kah begitu??)


Walaupun 'marah' adalah sifat semulajadi manusia namun ia bukanlah suatu yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Saya teringat ada satu filem Inggeris (sudah lupa tajuknya) satu skrip yang agak terkesan buat diri saya. Ianya berbunyi : "No matter how good your idea when you are mad. That's not good!". Memang ada benarnya! malah saya mengalaminya sendiri, bertindak dalam keadaan yang marah dan akhirnya menyesalinya. Sungguh betapa yakinnya kita dengan keputusan yang diambil pada ketika itu adalah paling relevan, tetapi TIDAK! sedang masih banyak ruang dan jalan penyelesaian.

Alhamdulillah moga saja saya mampu memujuk hati ini. Di sini saya kongsikan bersama takzirah yang dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 22/05 buat panduan kita bersama. (kredit : www.sabah.org.my)

Mengatasi Marah

"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]


HURAIAN

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.


Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita
yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi. Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah
ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.


Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Agak sukar tetapi mari kita cuba praktikan!





Comments

lalink7 said…
perasaan marah nie ade link dgn entri sy..hehe =))
Adie Achim said…
Iya.. makasih atas perkongsian :)
Jankaulu said…
marah yg tak berkesudahan, kupendam saja.
Adie Achim said…
Sukiman- MOga2 masa dapat mengubat kedukaan/kelukaan.

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!