Posts

Showing posts from May, 2011

GBM

Image
Salam buat Pembaca budiman,

GBM adalah singkatan yang saya pandai-pandai reka sendiri, ia membawa maksud 'Geng Buku Merah.' Kenapa buku merah dan bukan purple, bukan pink, bukan warna kegemaran Dato' Siti, bukan dan bukan yerr.. ini ialah standard buat semua penderma darah, mereka dibekalkan satu buku merah bersaiz mini.  Sangat comel dan boleh disimpan di dalam dompet (sayalah tu).  Sebab warna merah? agak-agaknya?
Untungnya saya punya GBM di kalangan rakan sekerja yang sangat prihatin tentang tanggungjawab sosial ini, cukup masa kami akan saling mengingatkan.  Masa apa? Masa untuk menderma hanya dibenarkan setiap tiga bulan sekali.  Kalau datang sehari awal pun tidak akan dilayan oleh pegawai kesihatan, bukan mereka sombong atau kacang lupakan kulit tetapi mereka amat menjaga kebajikan , keselamatan dan kesihatan para pendermanya.  
Baiklah... di bawah ini saya berikan panduan berguna dalam bentuk leteran manja 'point' yang mudah ditakul oleh minda sekalian (termasu…

Ikhlas

Image
"Ikhlas ialah rahsia antara Allah dan hambanya yang tidak diketahui oleh malaikat untuk menulisnya, tidak syaitan untuk merosakkannya dan tidak pula hawa nafsu untuk menggodanya," Terdetik hati untuk berkongsi tentang pernyataan yang diucapkan oleh Imam al-Junaid r.a. Saya terbaca pada halaman muka surat pertama buku bertajuk "Penyucian hati", malangnya saya hanya sempat membaca beberapa helaian namun saya hafal betul halaman pertama.  Oleh kerana saya ada terniat untuk berkongsi dalam blog maka saya buat sedikit penyelidikan tentang "ikhlas".  Kebanyakkannya saya copy-paste saja kerana takut menyimpang pula maksudnya. 
Pernahkah anda melafazkan "Ikhlas.." tetapi di hati tergaru-garu betulkah ikhlas nie?".  Saya kerap kali membetulkan niat bahawa saya memang ikhlas tetapi tau sajalah si Iblis masih membisikkan keraguan "betulkah ikhlas???" Sabda rasul SAW tentang para mukhlis (orang yang ikhlas) yang bermaksud. "Semua man…

Happy Nurses Day

Image
Saya berani bertaruh dengan pendapat saya sendiri yang bahawasanya tidak semua orang boleh menjadi seorang jururawat.  Mereka bekerja umpama semut yang tidak pernah merungut bekerja walau apapun melanda, walau bekalan makanan dan cukup.  By the way, pernahkah anda lihat semut duduk lepak-lepak?

Mereka amat komited dengan tugas dan kerjaya mereka, bukanlah hendak memuji isteri tetapi melalui hemat saya beliau begitu cemerlang dalam menjalankan perkhidmatannya.  Dia sebaik mungkin menyiapkan tugasannya seberes-beresnya malah sekiranya dia terlupa atau ada perkara yang memerlukannya dia tanpa membuang masa terus bergerak ke tempat kerja.(Walaupun belum tidur selepas syif malam)
Satu yang paling saya kagumi sekiranya sedang cuti, isteri akan memastikan telefon bimbit sentiasa dalam keadaan yang boleh dihubungi kalau-kalau diperlukan malah sekiranya tidak sempat menyambut telefon dia akan segera menghubungi semula.  Kerapkali juga kami yang sedang berada di pasaraya terpaksa balik segera s…

For more information

Image
P.S: Rasanya dah banyak maklumat... kan.. Saya punya adik-beradik, sanak-saudara dan rakan-taulan yang masih merokok. Saya sayang kalian! dan anda punya orang yang menyayangi dan disayangi anda.  USAHAKANLAH! untuk berhenti.

Selamat Hari Ibu

Image
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti

Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


(kredit) Adira AF 8


Teristemewa buat insan yang melahirkan 9 zuriat : Pn. Christina K @ Siti Nurhana Abdullah
Mama buat anak-anakku : Pn. Rashidah binti Juslin
Semua yang bergelar ibu/mama/u…

Banyak Sabar Nak!

Image
BSN Setelah berapa purnama tidak mengunjungi tempat ini, akhirnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksalah juga menapak masuk ke premis ini.  Sungguh kelembapannya keklasikkannua tegar terpelihara. Tidak percaya? datanglah...

Aku sangat sayang bank yang satu ini sebabnya: 1.  Inilah bank simpanan pertama yang ku buka dengan hanya RM2.00. 2.  Buat pertama kalinya mempunyai kad ATM 'kad Giro'  dengan nama bercetak di kad. bangga gilerr! 3.  Bank inilah yang menghantar duit kiriman semasa duduk hostel.
Cerita dahulukala: 1. Seronok sangat tengok ramai orang dalam bank ini.  Meriah! Dapat jumpa ramai orang, sembang-sembang, kenal-kenal. 2. Seronok lepak-lepak lama kat bank.  Yelah bukan ada nak dikejar pun! 3. Sedap stay lama-lama.  Almaklumlah jarang benar dapat rasa hawa dingin
Cerita masakini: 1.  Rimas! ramainya orang! 2.  Gelisah! Mak oi cepatlah.. banyak lagi kena buat nie! 3.  Bengang! Pesal aircond tak rasa nie! (padahal dah sejuk tapi hati yang panas)
Walaubagiamanapun…

Bintang Kejora

Image
Akhirnya setelah 77 episod, berakhirlah Sinetron Kejora dan Bintang. Syukurlah ia mengubat jutaan hati semua orang yang menonton setelah ia berakhir 'happy ending'.

Saya hanya berkesempatan menonton lebih kurang tujuh episod dan pada kebiasaannya tidak akan menonton keseluruhan drama tersebut kerana terlalu banyak elemen meruntun perasaan. Semalam buat pertama kalinya saya menontonnya sehingga habis.

Walaupun banyak yang boleh dipertikaikan tentang 'logik' cerita ini namun saya anggap ia drama yang berjaya mendapat tempat di hati para penonton dengan babak-babak mencemaskan dan penuh emosi. Jadi persetan dengan isu logika!




Rindu 1/2 mati