Banyak Sabar Nak!
BSN
Setelah berapa purnama tidak mengunjungi tempat ini, akhirnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan terpaksalah juga menapak masuk ke premis ini. Sungguh kelembapannya keklasikkannua tegar terpelihara. Tidak percaya? datanglah...
Aku sangat sayang bank yang satu ini sebabnya:
1. Inilah bank simpanan pertama yang ku buka dengan hanya RM2.00.
2. Buat pertama kalinya mempunyai kad ATM 'kad Giro' dengan nama bercetak di kad. bangga gilerr!
3. Bank inilah yang menghantar duit kiriman semasa duduk hostel.
Cerita dahulukala:
1. Seronok sangat tengok ramai orang dalam bank ini. Meriah! Dapat jumpa ramai orang, sembang-sembang, kenal-kenal.
2. Seronok lepak-lepak lama kat bank. Yelah bukan ada nak dikejar pun!
3. Sedap stay lama-lama. Almaklumlah jarang benar dapat rasa hawa dingin
Cerita masakini:
1. Rimas! ramainya orang!
2. Gelisah! Mak oi cepatlah.. banyak lagi kena buat nie!
3. Bengang! Pesal aircond tak rasa nie! (padahal dah sejuk tapi hati yang panas)
Walaubagiamanapun. Tolonglah pertingkatkan :
1. Produktiviti : Ni kaunter ada tiga tapi hanya satu dibuka.
2. Mutu kerja: Tak nampak efisyennya, sempat lagi sembang dengan rakan sekerja.
3. Kebajikan: Bukalah satu kaunter untuk OKU, warga emas, Wanita mengandung dan untuk urusan yang cepat contohnya; Urusan membeli PIN untuk PTPTN. Urusannya tak sampai 30 saat tapi kena tunggu 1 jam 15 minit. (Saya lah tu!)
Oleh itu, saranan saya semasa mengunjungi bank ini, ingat pesan orang tua:
1. Banyak
2. Sabar
3. Nak
Comments