Posts

Showing posts from December, 2009

Hukuman untuk yang datang awal!

Image
Terima kasih buat sahabatku Mr. Mahid yang membincangkan topik fashionably late dalam ruangan blognya. Apa yang akan saya hujahkan hanyalah satu perkongsian idea dan rasa, mungkin ini hanyalah salah satu contoh antara sebab-musabab bagaimana ia berlaku dan bagaimana masyarakat kita mempraktiskannya sebagai sesuatu yang kebiasaan. Sukalah saya memberikan tajuk ini sebagai “hukuman kerana datang awal” Ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Maaf ceritanya bukan bermula "Pada suatu hari" tetapi begini: Pagi yang cerah dan meriah, berpusu-pusu orang datang ke mesin Thumb-Print bagi mengesahkan kehadiran, tapi peliknya selepas mesin berbunyi 'Thank You" orang masih lagi tercegat di situ. Oh! rupanya ada notis pemberitahuan tentang sesi fotografi yang akan berlangsung esok hari. Tidak cukup dengan itu hebahan lisan melalui mereka yang mempunyai keprihatinan tentang: “You pakai baju apa masa sesi fotografi ekk?” Rasanya memadai da

BENGANG

Image
"Woit.. boring la tengok muka peria ko nie!!!" Itulah sapaan buat diriku pada hari ini. Agak berkasar dengan diri sendiri tetapi buat masa ini aku perlukan sesuatu yang seperti itu untuk menyuntik kesedaranku. Sudah dua hari aku monyok! tak ubah seperti orang yang kehilangan pedoman hidup lagaknya. Salahnya aku punya rupa yang ada papan notis pada dahi, segala apa juga yang terbuku di hati akan tertulis di dahiku. Ada masanya aku bagai ternampak-nampak perkataan 'BENGANG' pada dahiku, agak keterlaluan bukan? Salahkan juga sikapku yang tidak suka bersembunyi. Apa jua yang ku rasa dan apa jua yang ku fikir aku tidak teragak-agak untuk mempaparkanya, walau ada masa dan ketika perangai ini memakan diri namun itulah aku. "What's up man?" Tiada apa, perkara kecil ja.. "Wei wei!" baik mengaku takkan nak menipu diri sendiri. Tertangkap sendiri! yalah siapa lagi yang berani nak cekup kalau bukan diri sendiri. Baiklah aku mengaku, memang ada yang ti