BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sekapur sireh, seulas pinang...

Beliau memilih 'Adie Achim' sebagai nama penanya semasa berkarya, sudah terlalu lama bersembunyi di balik karya-karya 'syok sendiri.' Akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi hasil nukilannya melalui blog.

Beliau adalah dalam keadaan yang amat sedar dan berpijak di bumi yang nyata, bahawa penulisannya amatlah kurang nilai mutu dan terlalu daif ilmu mengarang. Sungguhpun demikian demi minat beliau berusaha untuk memperbaiki kelemahan.

Beliau amat bersyukur kerana kerjayanya amat mendokong ke arah itu: ibarat semut bermandikan gula. Semua bentuk aksesan amat membantu dan memungkinkan untuk memperoleh segala maklumat yang diperlukan.

Beliau ingin bebas berkarya tentang apa jua bentuk penulisan dan sekali-sekala cuba untuk berkongsi pengalaman hidup serta melontarkan pendapat peribadi tentang isu semasa. Moga mendapat manfaat dan silalah tunjuk 'budak yang baru belajar'

TERIMA KASIH

Monday, January 18, 2010

Topi koboi

Ingatan khusus ini buat bapa saudara yang telah kembali ke rahmatullah pada 19.11.2009. Orang cakap sekiranya kita secara tiba-tiba teringatkan sesorang yang telah meninggal dunia itu bermakna kita dirindui jika benarlah, terima kasih bapa tua (panggilan saya kepadanya) saya juga merinduimu.

Saya ingat lagi pada perbualan kami yang terakhir sekitar bulan Mac 2009:

"Belikan bapa topi koboi, saya dengar ada tu jual di Labuan".
-
juga merupakan permintaannya yang terakhir buat saya.

Terkilan sangat.
Moga damailah engkau di sana Pa.
Al-Fathihah.

tepuk dada tanya iman



Terdorong untuk berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman hidup dan hasilan setelah kebas menjadi pemerhati. Juga disokong oleh perasaan sayangkan tanah air yang aman damai dan dikagumi oleh negara-negara luar.

Maaf saya, tetapi setahu dan seingat-ingat saya penggunaan Allah telah lama digunakan oleh penganut agama Kristian. Bukan setahun, sedekad tapi berkurun-kurun lamanya. Memang ada tertulis dalam alkitab (versi bahasa Malaysia) penggunaan Allah dan mereka telah lama mempraktikannya dalam ajaran dan nyanyian keagamaan. Yang membezakan adalah cara penyebutan Allah yang telah dimaklumi umum. Sukalah saya menyuarakan pendapat dalam bentuk pertanyaan, "Apakah perasaan anda sekiranya sesuatu yang telah menjadi kebiasaan tiba-tiba dipersoalkan.. err.. diharamkan?" Anda punya jawapan itu kann.. bagaimana?

Pada hakikatnya, tindakan membakar gereja adalah satu tindakan derhaka kepada negara. Hal ini hanya mengonar imej dan nama negara juga merosakkan kedamaian negara yang telah lama kita nikmati . Pada mereka yang menganggap perkara ini adalah betul, saya pelawa dengan senang hati mari kita tepuk dada dan tanya iman. Adakah anda merasakan tindakan ini wajar?

Persoalan asas dalam perkara ini ialah sejauh mana kita berjaya menerapkan nilai-nilai Islam yang kuat dalam masyarakat kita... atau... diri kita sendiri. Jika kita bertuhankan ALLAH yang satu, tidak timbul soal tersesat, tersasul, terpesong atau apa sahaja istilah yang memungkinkan kita bertuhankan ALLAH yang lain. Tindakan sesetengah pihak melarang sesetengah pihak menggunakan kalimah ini adalah suatu pendapat yang dangkal, paling baik ialah kita perhebatkan syiar Islam terutama kepada generasi muda agar mereka mempunyai jatidiri Islam yang sebenar.

Apa lagi selepas ini? Isu Amin/Amen...

Thursday, January 14, 2010

Do you like to cook?


Credit to the sexy chef!

I began to like cooking during my wife confinement. I'm kind a person who try to avoiding kitchen but now I advise people :Do Stop avoiding the kitchen! People, it doesn't have to be this way. There are so many people that never attempted to cook, let alone boil water. Cooking is a great form of art and very therapeutic. It is easy to cook and one can truly enjoy the joys of cooking.

  1. Scope out magazines and cookbooks. Find a recipe that appeals to you. It doesn't have to be elegant or top of the line, start with chilis, soups, and stews. Keep it simple.

  2. Once you find your recipe, go food shopping. Enjoy the smell of foods and the feel of fruits and vegetables. Take the time to find what you need and be creative. Try to buy fresh vegetables, chicken or beef stock, fresh garlic, and fresh herbs.

  3. When starting your meal, play soft music. Try listening to Kenny G, Mozart or listen to what you find relaxing and soothing. Light a candle near your working area, pour a glass of your favorite drinks, and enjoy the comfort of your home.

  4. Depending on your recipe, chop your herbs and vegetables first. Follow your recipe and work on each step slowly. Take your time and don't get nervous. We all make mistakes and you must remember that it is just food. Always cook on a medium to low heat...never cook your food on a high flame. Enjoy the work of cooking, be proud of your creation and share your dish with others.

  5. When you taste your creation for the first time, you will learn how to make your own recipes. Once you get used to the tools of cooking - everything else will come easy. Save the recipes that you like and overtime dock it up. Change it around a bit, add your own personal touch.

Soon you will be an amazing chef!

Friday, January 1, 2010

Buang sial !



Maaf pembaca sekalian tidak berniat untuk memulakan bicara tahun baru yang kurang molek tetapi itulah dia istilah Tahun Baru di daerah Keningau, Sabah tatkala menyambut tahun baru. Ayatnya berbunyi begini: "Di mana kita mau celebrate buang sial?" - merujuk kepada di mana tempat untuk merayakan tahun baru. Dan aku seperti terimbas kembali pada malam tahun baru (1997) kami sekeluarga menyambut di rumah, tepat pukul 12.00 malam semuanya bertempur dengan bersenjatakan air. Habis basah satu rumah!

Aku melepaskan tahun 2009 dengan begitu mudah sekali malah agak rakus ingin meninggalkan tahun itu secepat mungkin. Mungkin saja ada begitu banyak memori yang layak dibungkus dengan kertas surat khabar dan dilumat buat bubuk. Mungkin juga begitu banyak azam yang jadi apam balik basi. Sungguh tidak berdaya untuk dilunaskan apatah lagi untuk mencanangkan "Aku berjaya"

Persetan pada semua itu! aku masih layak untuk menganugerahkan mungkin sejemput penghargaan buat diri sendiri atas usaha yang akhirnya berbaloi untuk diraikan tetapi bukan untuk diriakkan! Rasa syukur yang tidak terhingga apabila akhirnya berjaya menyiapkan rumah setelah begitu lama memendam hajat dan setelah begitu banyak dugaan yang mendatang. Aku takkan pernah lupa atas semua itu atas izinNYa!

Tahun lepas isteriku yang jelita bertanya "apa azam papa?" dan aku bagi jawapan objektif yang paling mudah "Mau kaya" dan rasanya azam itu sangat berjaya dalam kiraan 'kaya hutang.' Tahun ini pertanyaan yang sama juga oleh isteriku yang masih jelita cuma kali ini aku membisu. Bukannya aku tidak punya jawapan cumanya perutku memohon simpati takut dicubit seperti tahun yang sudah. Biarlah jawapan itu ditelan sendiri.


Secara jujurnya, aku suka melihat tahun ini sebagai tahun "correction" yang mana satu tahun yang tulus untuk memperbaiki segala bentuk kelemahan, kecacatan dan kekurangan pada apa jua yang berlaku pada tahun sebelumnya. Dan agak sombong bunyinya jika diizinkNya aku ingin menunjukkan potensi diri yang selama ini kusimpan (rugi bukan?)


Buat keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali (mekirayaou!- bahasa dusun yang membawa maksud minta puji/mengada-ngada) Ucapan selamat Tahun Baru 2010 jangan lupa alukan kedatangannya dan jangan alpa kedatangannya bersama harapan baru! (Deep breath)

Tuesday, December 15, 2009

Hukuman untuk yang datang awal!


Terima kasih buat sahabatku Mr. Mahid yang membincangkan topik fashionably late dalam ruangan blognya. Apa yang akan saya hujahkan hanyalah satu perkongsian idea dan rasa, mungkin ini hanyalah salah satu contoh antara sebab-musabab bagaimana ia berlaku dan bagaimana masyarakat kita mempraktiskannya sebagai sesuatu yang kebiasaan.

Sukalah saya memberikan tajuk ini sebagai “hukuman kerana datang awal” Ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Maaf ceritanya bukan bermula "Pada suatu hari" tetapi begini:

Pagi yang cerah dan meriah, berpusu-pusu orang datang ke mesin Thumb-Print bagi mengesahkan kehadiran, tapi peliknya selepas mesin berbunyi 'Thank You" orang masih lagi tercegat di situ. Oh! rupanya ada notis pemberitahuan tentang sesi fotografi yang akan berlangsung esok hari.

Tidak cukup dengan itu hebahan lisan melalui mereka yang mempunyai keprihatinan tentang:

“You pakai baju apa masa sesi fotografi ekk?”

Rasanya memadai dan cukup membantu sebagai satu sebaran yang tidak kurang efektifnya.

Tidak diketahui dan kurang jelas sebabnya, samada berlaku kesilapan pemilihan masa atau mengikut teori dalam fotografi, sesi dijalankan pada suatu petang yang sangat terik (3.00pm). Ramai yang datang lebih awal dan tepat pada masa yang dijanjikan. Hari itu hukum alam menjanjikan cuaca yang panas membahang, ramai yang berdoa agar sesi itu selesai dengan kadar yang SEGERA!

Dimulakan dengan acara menyusun kedudukan mengikut ketinggian, agak lancar tetapi kerap kali terganggu setiap kali ada yang baru sampai, kedudukan terpaksa dirombak semula. Baru saja sesi fotografi hendak dimulakan ada lagi kelibat yang baru sampai dan anda mungkin boleh jangka betapa manisnya senyuman yang diberikan seolah-olah mengatakan:

"Common.. biasalah lewat, tak pernah buat??".

"Yang korang datang awal kenapa?"

"Releklah saya bukannya sengaja pun"

“Maaflah saya ada hal penting tadi”


Maka tidak hairanlah selesai sahaja acara tersebut kedengaran suara-suara parau dan tidak ketinggalan suara-suara ayu merintih secara terang-terangan :

"Nyesal datang awal, tengok habis sunburn”

“Next time datang lewat, selamat dari jadi ikan kering”

"Ish.. serik la kalau begini! headache! migrain!"

“Seronok juga datang lewat, bijak aku nie! hee ee”

Akhirnya semua orang beransur-ansur balik dengan perasaan gembira dan tidak sabar melihat hasilnya kelak. Malang kepada pihak yang menganjur kerana dipersalahkan atas semua permasalahan.

Napa tidak puas hati dengan endingnya? tapi itulah dia kerana masing-masing menyemat perasaan tidak akan datang awal pada sesi fotografi yang akan datang, manakala mereka yang memang punya prinsip datang awal bersedia untuk hukuman itu.

Saya tegaskan di sini ini tidaklah bermakna bahawa bagi mengelakkan hukuman itu kita pro kepada budaya datang lewat untuk selamat dari hukuman. Saya ulang sekali lagi “sama sekali tidak!”

Kita punyai pelbagai teknologi hebat yang boleh membantu dalam memberi peringatan.

Makanya kita kena memikirkan secara lebih kritis dan kreatif bagaimana menukar tajuk ini menjadi “Hukuman kepada yang datang lewat.”

Wednesday, December 2, 2009

BENGANG

"Woit.. boring la tengok muka peria ko nie!!!"
Itulah sapaan buat diriku pada hari ini.
Agak berkasar dengan diri sendiri tetapi buat masa ini aku perlukan sesuatu yang seperti itu untuk menyuntik kesedaranku. Sudah dua hari aku monyok! tak ubah seperti orang yang kehilangan pedoman hidup lagaknya. Salahnya aku punya rupa yang ada papan notis pada dahi, segala apa juga yang terbuku di hati akan tertulis di dahiku. Ada masanya aku bagai ternampak-nampak perkataan 'BENGANG' pada dahiku, agak keterlaluan bukan? Salahkan juga sikapku yang tidak suka bersembunyi. Apa jua yang ku rasa dan apa jua yang ku fikir aku tidak teragak-agak untuk mempaparkanya, walau ada masa dan ketika perangai ini memakan diri namun itulah aku.


"What's up man?"
Tiada apa, perkara kecil ja.. "Wei wei!" baik mengaku takkan nak menipu diri sendiri. Tertangkap sendiri! yalah siapa lagi yang berani nak cekup kalau bukan diri sendiri. Baiklah aku mengaku, memang ada yang tidak kena. Semuanya bermula apabila mendapat tahu sesuatu yang amat menganggu perasaan. Perasaan tidak puas hati, kecewa, geram,sakit hati, marah: Segalanya menyatu membentuk satu pakatan yang sangat kuat dan cuba menceroboh dinding kesabaranku. Syukur saja aku masih sebolehnya mempertahankan benteng itu. Caranya, aku terpaksa memaksa diri untuk mengelak mana-mana objek yang bersangkutan dan boleh mengundang kemarahanku.


"Common! kenapa tida berdepan?"
"Kenapa tanya begitu?" aku makin geram dengan diriku sendiri, saja nak mencabar! Aku bukanlah pengecut dan hakikatnya aku sudah berdepan pun, sudah ku huraikan segala bentuk penjelasan dan contoh yang relevan. Mungkin kurang jelas atau mungkin juga kurang tepat tetapi pada akhirnya aku dapat rasakan segalanya sia-sia sahaja kerana kemungkinan atau keberangkalian untuk sebarang negotasi adalah sifar dan hampir tiada. Aku bukanlah manusia yang pendesak maka aku diamkan sahaja. Aku pergi dengan kesal dan hampa. Tapi yang pasti aku pergi dengan bermaruah bahawa apa yang ku tegaskan adalah yang sebenarnya dan HAK!

"Sorry to hear that..."
Apa ni aku tidak perlu simpati la beb,
"Sudah-sudahlah tu, jangan diikutkan perasaan"
Memang aku dalam keadaan 'sudah-sudahlah tu' kalau tidak teruk juga jadinya, dalam hal ini aku sedar siapalah aku untuk memberontak dengan apa jua keputusan lagi muktamad. Tapi sebagai seorang yang telah melakukan sehabis baik dan telah berusaha memperbaiki mana juga aspek kelemahan, serius aku betul-betul terpukul dan terkilan. Lagi best 'tertampar' dengan penilaian yang betul-betul tidak berbaloi. Senang cerita dan ikut logik kalau ada kerja yang terbengkalai selama lima tahun untuk dibereskan dan akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh tidak sampai satu tahun. Bagaimana tu? bukannya ada Superman, Ultraman, Batman atau Spider man yang datang tolong. Cuma 'Aku man'

"Bro.. aku tahu apa sebenarnya, tapi dah alang-alang cerita dalam blog ni, bagitaulah apa yang buat dahi tu ada perkataan 'bengang'"
* Maaf ya penulis enggan meneceritakan dengan lebih lanjut, mungkin tidak ingin meperbesar-besarkan dan mungkin saja nak buat pembaca pun turut sama bengang!


Saturday, November 21, 2009

Perkhabaran dari seberang.

Pada tanggal ini merupakan detik penuh kelegaan, apabila anak dan isteriku akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Bayiku yang baru berusia sehari seakan mengerti dia begitu ceria di pangkuan mamanya. Tiba-tiba telefon bimbitku menerima satu mesej yang merubah mood kami berdua.


- Utusan Malaysia


- Utusan Malaysia

Allahyarhamah Masnih Manan merupakan sepupu kepada abang ipar. Dia anak perempuan tunggal dan menjadi orang harapan serta kebanggaan keluarganya. Saya mengenalinya semenjak masih bersekolah menengah lagi. Secara peribadi saya melihatnya sebagai seorang yang berdikari, rajin, tidak kedekut dan patuh kepada kedua orang tuanya.

Inalillah, Wainallilah Hirojiun
.