Pergi tanpa pamit

Kini, 'buat baik dibalas baik', menjadi kurang relevan bagi saya.  Menjadi antara penyumbang statistik; Pembantu Rumah Lari, memberikan kesan yang begitu mendalam.  Pergi tanpa pesan atau mereka kata begini "pergi tanpa pamit", yang sebenarnya kalau ada hal kecemasan pangkat moyang punya cemas pun.. beritahulah.  Bermula dari episod tidak datang kerja, pergi cari ke rumah (dahlah rumahnya nun jauh dalam semak hutan) sehingga mendapat berita dari rakan-rakan senegaranya 'telah pergi' cukup memeritkan. 

Episod duka lagi traumatik apabila dimaklumkan oleh pihak Imigresen majikan hendaklah melaporkan kepada pihak polis berkenaan hal tersebut dan datang semula ke Imigresen bersama Surat Pembatalan Pas Pekerja Pembantu Rumah Asing serta menjelaskan bayaran penalti sekiranya masih memerlukan khidmat pembantu rumah yang baru juga bagi mengelakkan disenarai hitamkan. (Semput tak baca dengan ayat yang panjang tanpa koma? dan begitulah juga yang kami rasakan ketika itu).  Sekiranya lah dapat dipancarkan semula riak wajah ketika hendak menjamin dan dibandingkan semula riak wajah ketika dimaklumkan untuk membayar kompaun.. Aduhai rasanya bagaikan langit dan bumi. 

Dalam keletihan memikirkan nasib diri, tanpa sedar terungkit lah segala kebaikan yang pernah diberikan.  Tidak pernah sekalipun meninggikan suara semasa memberikan arahan, kerja-kerja yang tidak beres kami diamkan saja malah kami sentiasa berfikiran positif mungkin kurang sihat atau penat.  Upah gaji dibayar sama dengan hari gaji kakitangan kerajaan, kalau pun lewat mungkin hanya sehari dua.  Mungkinkah kerana semua kebaikan itu menyebabkan naiknya tocang? Semua yang kami lakukan itu atas landasan kemanusiaan.  Lalu salahkah kami?

Demikian begitu, kami tetap perlukan Pembantu Rumah. Kami yakin Allah maha melihat, mungkin Allah hendak beri Pembantu Rumah yang lebih baik.. InshaAllah..Aminkan ya.



Comments

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!