Tidur sehotel dengan Datuk Siti
Pada hujung minggu yang lepas (ayat favorite masa buat karangan darjah 4) saya berkursus di Novotel Hotel, Kota Kinabalu. Nak dipendekkan cerita kebetulan Datuk Siti Nurhaliza membuat persembahan di One Borneo dan menginap di hotel yang sama. Yang sebenarnya saya nak cerita betapa terkilannya tak dapat jumpa Datuk, saya hanya sempat melihat dari jauh semasa persembahannya, itupun hanya sekejap kerana baru habis mesyuarat. Rasa-rasanya kalau jumpa Datuk camana nak mula perbualan?? paling-paling saya akan bertanya; "Datuk K tak ikut sama? ataupun "Datuk bila sampai?" ataupun "Datuk berapa hari stay sini?" Aduhai Datuk Siti! rupanya kita pernah tidur sehotel cuma berlainan bilik...