Posts

Showing posts from November, 2013

Berkreatif

Image
Salam buat pembaca budiman,
Sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan saya ialah apabila berpeluang atau diberi peluang(samalah maksudnya kann?) untuk membuat satu inovasi kreatif.  Saya akan menjadi begitu obses untuk menyiapkannya, walau apa jua rintangan sekalipun (Pulak! macamlah nak berperang).  Tapi ada juga masa dan ketika terpaksa berperang dengan diri sendiri apabila idea dan material tidak seiring.  
Di bawah adalah buku pelawat bagi satu majlis perkahwinan antara dua doktor.  Semasa hendak menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel saya memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan.  Kedua-dua doktor tersebut bertugas di wad isteri dan lebih istimewa doktor lelaki tersebut merupakan pembaca blog AdieAchim.  Akhirnya saya menawarkan diri untuk membuat buku pelawat tersebut.  Sesuatu yang berguna pada majlis tersebut dan boleh dijadikan kenang-kenangan. 
Bagi tujuan ini keperluannya ialah album (self-adhesive), renda kain untuk hiasan depan album (yang terpakai.. kalau…

Hipokrit

Image
Salaam buat pembaca budiman,


Saya nak ucapkan selamat datang kepada dunia hipokrit kepada diri sendiri.  Tak gamak nak ucapkan kepada kalian semua, harapnya anda tidak perlu untuk dunia itu.  Saya masih ingat ketika di tingkatan 1 ada seorang rakan datang berjumpa bertanyakan apakah maksud 'hipokrit' dan kalau tak silap menjawabnya lebih kurang begini "orang yang berpura-pura baik".  Ketika itu kami baru saja memulakan persekolahan setelah balik bercuti dan dia menceritakan tentang pergaduhan antara ibu dan kekasih ayahnya yang bertengkar sehingga menyebut perkataan tersebut.
Kini, saya menghadapi perkataan itu lagi.  Bukanlah melalui pertanyaan tetapi berhadapan secara realiti malah menuntut untuk menjadi begitu.  Normalnya saya bukanlah sebegitu malah sering didesak oleh orang-orang yang rapat untuk berpura-pura baik.  Sedari saya seorang yang spontan dan mengekspresikan rasa hati melalui muka. Namun, akhirnya terpaksa beralah untuk sesuatu demi kebaikan. Oh.. Benar…

Doa akhir tahun dan awal tahun.

DOA 1 (Akhir Tahun) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَام…