Hipokrit

Salaam buat pembaca budiman,


Saya nak ucapkan selamat datang kepada dunia hipokrit kepada diri sendiri.  Tak gamak nak ucapkan kepada kalian semua, harapnya anda tidak perlu untuk dunia itu.  Saya masih ingat ketika di tingkatan 1 ada seorang rakan datang berjumpa bertanyakan apakah maksud 'hipokrit' dan kalau tak silap menjawabnya lebih kurang begini "orang yang berpura-pura baik".  Ketika itu kami baru saja memulakan persekolahan setelah balik bercuti dan dia menceritakan tentang pergaduhan antara ibu dan kekasih ayahnya yang bertengkar sehingga menyebut perkataan tersebut.

Kini, saya menghadapi perkataan itu lagi.  Bukanlah melalui pertanyaan tetapi berhadapan secara realiti malah menuntut untuk menjadi begitu.  Normalnya saya bukanlah sebegitu malah sering didesak oleh orang-orang yang rapat untuk berpura-pura baik.  Sedari saya seorang yang spontan dan mengekspresikan rasa hati melalui muka. Namun, akhirnya terpaksa beralah untuk sesuatu demi kebaikan. Oh.. Benarkah begitu? Seperti tidak percaya. Saya tidak ada jawapan untuk Itu.  Mungkin ia satu pengorbanan...  Ironik kan? Saya tidak bangga untuk itu malah tidak layak untuk satu penghargaan pun.

Fitrahnya kita sebagai manusia, pada asalnya putih-bersih malah kita sentiasa cuba untuk menjadi baik atau lebih baik malah sentiasa mengharapkan ganjaran syurga pada akhirnya (walaupun tak layak!).  Selagi boleh saya bertahan namun jauh di sudut hati berdoa moga tidak perlu melakukannya malah menghindarinya selagi boleh.  Allah lebih mengetahui.

P.s: Penulisan ini didorong oleh hati yang berkecamuk dan Abg Jan yang berpesan 'tulislah walau sedikit'. 

Comments

Knor said…
kejap ada kejap tak ada ye...takpe..knor tetap jadi pembaca setia..

dah namanya kita ni hamba..dh tentu semua org ada baik buruknya..hamba tu di sisi Allah sgt hina..maka jadilah org yng Allah sayangi tidak bt perkara yg Allah benci.ikut semua suruhan tinggal segala larangan.kalau ada pun sifat buruk itulah lumrah hidup berwarna warni..kalau putih sgt nti bosan...istigfar selalu semoga hati suci bersih..takut nak bt perkara yg tidak baik..dan hipokrit tu.ustaz don selalu berdoa..'Ya Allah jadikan seluruh hidupku hanya kebaikan.dan knor selalu berdoa Ya Allah Engkau jadikan anak-anakku tunduk hanya untuk mencari ilmuMU yang bermanfaat.

tq dgn ucapan tahniah kpd muhammad,muhammad baru nak bertunas,jadi mulakan dgn pujian utk dia.anakanda iman soffea juga mendapat anugerah tokoh pelajar berwibawa..dpt pujian juga..

tahniah bt anak adie kerana berjaya mendidik anak hingga menjadi cmerlang..doa ibu tiada hijab tau,doa dan terus berdoa..

knor ni biasa2 je..org susah,tapi Allah bg rezeki anak2 yg sehat sempurna.
Anonymous said…
Memang ada ketikanya kita terpaksa berbaik baik.. dan berpura pura baik.. sebab keadaan.

Macam saya kan adie, kalau depan HR kami di opis yg macam singa garang.. yg kuasanya macam god of the company. Terpaksa la berbaik baik dgn dia sebab kalau silap langkah.. opis tu rasa mcm neraka jadinya utk kami. Sebab kalau sesiapa yg guris hatinya akan di gali sedalam dalamnya kesalahan.. kiranya opis politik lah..

Jadi cara selamat. Bermuka manis .. dan bersabar.. dan berbaik baik lah dgn dia hehehe.. kalau begitu. Mungkin dia akan 'gigit' sekali sekala saja.. bukan gigit terus terusan hahaha..

Apa pun kita manusia biasa.. begitu juga dia. Kita semua x terlepas dari kesilapan..

Nong andy
Adie Achim said…
Knor:
InshAllah akan cuba praktikan. Kalau dah berpura2/dibuat2 jadi tak ikhlaslah. Saya jadi kurang selesa dengan sikap ini. Namun begitu mudah-mudahan ia menjadi satu latihan untuk saya belajar menerima perangai orang dan tidak perlu berpura lagi.

Saya inginkan kejayaan untuk anak2 kekadang menjadi terlalu tegas dan memaksa. Kak Nor janganlah jemu kongsi ilmu mendidik anak.

Terima Kasih.
Adie Achim said…
Nong Andy:
Nong ko macam tau2 ja :)
Itulah kan.. Nda tau knapa sy jadi meluat tgk kawan2 yg bleh berpura2 baik dan sy anggap bodek. Mungkin diorg tidak begitu bah kann.. Saya ja yang prasangka buruk.

Bermuka manislah yang paling susah mau buat. Rasa ketat sangat otot muka. Bah saya banyakkan latihan.

Trimas.
Nong Andy said…
Adie,

Aku pun hadapi situasi tu. Dulu mula2 masuk kerja.. aku mcm ko juga. Lurus saja.. akibatnya. Memang byk kali la di 'gigit'

Tapi alah bisa tegal biasa. Lama2 tahu mcm mana mau kurangkan bisa gigitan makluk bengis macam tu. Sekarang masih juga kena gigit sekali sekala.. tapi makin kurang. Sebab berkat sabar.. dan myb bermuka manis.. hahaha.

Apa pun cuba fahami kenapa nature org tu jadi macam tu.. bila fikir balik.. ya. Kalau kita nda boleh ubah sikap org tu.. (yg buruk, bias, suka marah nda tentu pasal, tuduh sebarangan atau ikut suka hati ya, nda professional) mmg nda boleh ubah perangai org tu. Face it!

Jadi paling nda ubah diri kita sajalah. Myb mcm hiprokrik. Apa kan daya. Dia org atasan. Jgn sampai terlebih 'kipas' sudah la. Bermuka manis supaya nda selalu kena GIGIT ja hehehe.. tapi jgn la pula terlebih manis. Asal buat dia rasa segan mau gigit kita sudah la. Tapi spesis kalajengking ni.. sudah nature dia gigit org hahaha.. sekali sekala tu mmg kena juga adie haha..

Aku nda sure story ko mcm mana. Tapi selagi kedudukan org tu nda boleh buat ko rasa mau berhenti kerja. Ko boleh jadi diri sendiri.. nda best bah pura pura ni. Fake..
Adie Achim said…
Nong Andy:
Yup.. Aku faham dan stuju dengan 'menerima hakikat orang yang sebegitu'.

Situasi aku plak, dsebabkan terlalu perfectionist dan lebih menonjol menyebabkan dia terancam. Selagi boleh semua dibangkangnya tapi by the end ppl can see who right and wrong. Cmana sembunyi skali pun org bleh tau sapa yag buat keja tu.

Apa yg aku buat skrg nie, apa jua keja dan projek aku buat the best, bukan untuk nak puaskan hati dia tapi untuk kepuasan diri sendiri.

Thanx Nong.
sukiman said…
Adie,
seorang org hipokrit telah pernah membuatkan saya menitis air mata...

kalau berhadapan dgn manusia saya rasa lemah sangat..
sukiman said…
tapi saya juga hipokrit... kalau hipokrit tu adalah menipu.

Cuma mungkin kadar hipokrit tu rendah sikit.he he tetapi tetap hipokrit...

saya pernah beritahu mak saya kelihatan ok semasa dia sakit. Tapi saya tahu dia kelihatan lesu, berlebihan berat badan, berkedut sana sini...
Adie Achim said…
Sukiman:
Bagaimana kita me'normal'kan hipokrit dalam kehidupan. Untuk sedapkan hati kita katakan itu bohong sunat. Mungkin hipokrit itu adalah perlu dalam situasi tertentu seperti kes Abg.Jan menipu emak.

Termia kasih.

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Esah 50 sen

Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan