Posts

Showing posts from June, 2012

Doa yang termakbul

Beberapa bulan lamanya (hanya hari ini saya tersedar) saya menyesali sesuatu yang menimpa diri. Begitu banyak tekanan jiwa dan perasaan yang terpaksa ditanggung malah tidak cukup dengan itu turut mencalar prestasi dan menyebabkan pandangan buruk sangka (begitu ketara sekali ok).  Terus-terang saya menerimanya dengan perasaan yang begitu kesal kenapa saya harus melalui semua ini.  Ya saya telah secara lisan dan secara blog telah memaafkan namun saya tidak ikhlas (Saya masih berdendam). Kini saya bagaikan baru tersedar bahawasanya: itu antara doa yang termakbul! Dulu saya pernah berdoa bagaimana utnuk menghindar/mengelak/menolak pengaruh yang tidak baik.  Saya pernah cuba pelbagai cara namun gagal.  Kini doa saya dimakbulkan, saya tidak perlu menghindar/mengelak/menolak malah keadaan saya kini jauh  lebih baik.  Saya lupa ucap syukur dan lupa betapa Alhamdulillahnya keadaan saya sekarang ini. Doa kita dimakbulkan pelbagai cara. p.s: sudah lama teringin menulis entri yang ring

1 Liter of Tears

Image
W alau hanya dengan 11 episod, ia berjaya menyentuh jiwa (atau saya memang seorang yang berjiwa sensitif?).  Drama adaptasi dari kisah benar seorang gadis Jepun bernama Aya.  Dia hanya berumur 15 tahun ketika menghidap penyakit yang belum ada ubat dan penawar iaitu 'spinocerebellar degeneration'.  Drama itu diolah berdasarkan diari yang ditulis oleh Aya sehingga dia sudah tidak berupaya memegang pen untuk menulis.  Kecekalan hatinya untuk terus hidup dan menerima apa yang berlaku adalah satu hakikat dan badannya yang sakit itu adalah dirinya. Pada saya detik-detik mencemaskan apabila penyakit itu mula menyerang; sering jatuh, tidak boleh bergerak, tidak boleh menganggar kedudukan objek dan tidak boleh memegang.  Kemuncak ialah apabila dia tidak boleh berjalan, menulis, bercakap dan menghadapi kesukaran untuk makan. Aya hidup dalam keluarga yang sederhana dan keluarganya mengusahakan perniagaan membuat 'tofu