Posts

Showing posts from March, 2013

Pelaminan

Image
" Tipah mana butang baju melayu aku?" Rasanya dialog Tan Sri PRamlee dalam Madu Tiga boleh dijadikan ayat kiasan buat si suami kalau berniat untuk bermadu.  Tapi saya tidak sesekali mengesyorkan okey dan entri ini bukan bercakap pasal poligami. Adus! gambar ini boleh buat jantung saya "Dap Dip Dup" bukannya kerana nak kahwen lagi tetapi mengenang kembali detik-detik penghasilan pelamin ini.  Antara percaya dan tidak percaya saya telah menghasilkan pelamin ini.. betulkah??  (Semasa menulis ini pun saya masih bertanya betulkah?)  Entah bagaimana tercetusnya idea si pengantin lelaki bertanyakan kalau saya boleh buatkan pelamin untuk majlis perkahwinanya.  Seingat-ingat, pernahlah saya membuat gubahan barang hantaran semasa majlis pertunangannya dan itu saya lakukan sekadar suka-suka.  Rasanya saya dalam keadaan separuh waras ketika menyanggupinya. Mungkin juga didorong oleh keterujaan ingin mencuba sejauh mana saya boleh bermain dengan kreativiti.   De

Celoteh karat

Image
Salam hormat, J adinya saya hanya merenung kosong pada ruangan entri tanpa punya sebarang idea untuk ditulis (Saya terhidu bau karat).  Kalaulah benar blog boleh bersawang sudah tentu ada juga kerja membersihkan yang boleh dibuat.  Akhirnya saya putuskan untuk membaca balik entri laris dan membetulkan mana-mana kesalahan ejaan, frasa dan mana-mana tanda yang sesuai dan kurang sesuai digunakan.  Maklum dengan stail penulisan saya yang selalu terburu untuk siapkan hasilnya.  Pernah terjadi oleh kerana terlalu ghairah hendak klik 'publish' maka saya tersiar bahan yang belum dimurnikan, jadinya saya yang menulisnya pun pening lalat untuk memahami apa yang ditulis apatah lagi pembaca.  Lalu saya jadi kesal bukannya senang untuk mendapatkan satu atau minit masa dari pembaca untuk menatap blog yang hanya pada akhirnya hanya membuang masa.  Contoh terbaik yang boleh saya tunjukkan ialah seperti sekarang ini dari tadi saya hanya bercakap kosong tanpa motif yang jelas.  Untuk itu say

Elegi esok pagi.

Image
Salam seemua, Ketika ini sangat dahaga untuk menulis sesuatu namun masa begitu cemburu untuk memberi ruang itu. Akan kembali untuk berkarya dan berkongsi rasa. Lagu lama namun sentiasa segar di ingatan.  Semoga terhibur!