Pelaminan


" Tipah mana butang baju melayu aku?"
Rasanya dialog Tan Sri PRamlee dalam Madu Tiga boleh dijadikan ayat kiasan buat si suami kalau berniat untuk bermadu.  Tapi saya tidak sesekali mengesyorkan okey dan entri ini bukan bercakap pasal poligami.

Adus! gambar ini boleh buat jantung saya "Dap Dip Dup" bukannya kerana nak kahwen lagi tetapi mengenang kembali detik-detik penghasilan pelamin ini.  Antara percaya dan tidak percaya saya telah menghasilkan pelamin ini.. betulkah??  (Semasa menulis ini pun saya masih bertanya betulkah?)  Entah bagaimana tercetusnya idea si pengantin lelaki bertanyakan kalau saya boleh buatkan pelamin untuk majlis perkahwinanya.  Seingat-ingat, pernahlah saya membuat gubahan barang hantaran semasa majlis pertunangannya dan itu saya lakukan sekadar suka-suka.  Rasanya saya dalam keadaan separuh waras ketika menyanggupinya. Mungkin juga didorong oleh keterujaan ingin mencuba sejauh mana saya boleh bermain dengan kreativiti.  

Dekorasi background pelamin terpengaruh dengan design pada tahun itu (2011) Saya ingin menonjolkan pelamin yang mulus dengan konsep taman secara sederhana.  Asalnya saya ingin memilih satu jenis bunga namun saya masih perlukan warna-warni bagi membangkitkan ceria dan kesegaran.  Warna purple dipilih atas permintaan pihak pengantin.  Saya mengambil kesempatan pada kesempitan ruang untuk menambah unsur romantik dengan kain see-through di sekeliling pelamin. Ia berjaya menarik perhatian tetamu yang teruja untuk melihatnya kerana dari jauh ia kelihatan seolah pelamin yang diselubung kelambu.  Ada tetamu yang sempat melihat pembikinan pelamin ini menyatakan ada elemen hotelier pada pasu bunga yang dibalut dengan kain satin dan dijalin dengan kain organza. (Yang itu idea saya sendiri, jadi terima kasih atas komen itu).

Saya amat berterima-kasih atas bantuan 'helper' yang bersama tidak tidur semalaman (termasuk pengantin lelaki).  Ini adalah kelemahan dalam pengurusan masa, sesungguhnya saya sendiri tidak  menyangka idea yang difikirkan begitu sukar untuk dilaksanakan. Namun pada akhirnya terhasil pelamin yang tidaklah segah pelamin Siti Nurhaliza tetapi cukup gagah untuk dinikmati oleh kedua mempelai dan tetamu yang hadir.

p.s: Sekadar perkongsian.

Comments

Nong Andy said…
wah.. adie. nda sangka ko ni berbakat buat pelamin rupanya...

boleh tahan jugalah adie
hikhik tq.. cukuplah sekali aku buat. Jarih eh!
Knor said…
wah cantiknya..sgt tak sangka..berseni orgnya..
Adie Achim said…
Knor:
Terima kasih kaka, saya memang minat apa jua yang boleh mencabar kreativiti. Seronok bermain dengan imaginasi dan merealitikannya.
sukiman said…
saya tak sangka pula adie ada bakat terpendam... lawa dan kemas.
Adie Achim said…
Abg Jan:
Suka-suka.. bermain dengan kreativiti :)

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Esah 50 sen

Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan