Posts

Showing posts from May, 2013

You're fired!

Image
Salam hormat buat pembaca budiman. Tidak sabar rasanya untuk menonton siapa yang bakal dituding oleh Tony Fernandes untuk dipecat pada malam ini. Pada episod lepas merupakan sesuatu yang gila apabila tidak semena-mena Nash (Nazril Idrus -Malaysia) dan Alex (China) diheret oleh Hendy (Indonesia) masuk ke dalam boardroom untuk sesi pemecatan.  Sungguh ketika Hendy menegaskan pendiriannya untuk membawa kedua orang tersebut, saya terlopong dan tak semena-mena juga terlafaz "what on earth?!".   Apa yang difikirannya apabila begitu pasti dengan keputusannya setelah Tony Fernandez sendiri mengingatkan dia septutnya membawa dua orang yang paling lemah dalam pasukannya.  Sama ada Hendy terlalu bijak untuk bertindak awal supaya ahli pasukan yang kuat patut disingkirkan dahulu atau dia ingin berlagak hebat untuk berdebat dengan Nash yang begitu karisma dan bijak bercakap.  Entahlah! Tapi ada satu blogger menyatakan Hendy sengaja membawa kedua mereka ke dalam boardroom agar d

Innalillahi wa innailaihi raji’uun..

Image
Saya thumb-in lewat ke pejabat hari ini.  Sesuatu yang menganggu konsentrasi pemanduan.  Dalam perjalanan menerima teks pesanan ringkas : "Salam ini isteri Saiful... suami saya telah kembali ke rahmatullah smlm". Saya memberhentikan kereta di tepi jalan dan mengamati teks dan rasanya cuba untuk menerima khabar ini.  Saya memang ada mendengar arwah dimasukkan ke ICU namun tidak menyangka pemergiannaya begitu cepat.  Saya memandu dengan kelajuan yang perlahan, hati sebak dan kenangan bersama arwah semasa di Sekolah Berasrama Penuh Tenom seolah ditayangkan semula. Kali terakhir berjumpanya dua tahun yang lepas di Gunung Emas (Sabah), kemesraan kami masih utuh seperti zaman persekolahan dahulu.  Arwah memang seorang yang periang dan mudah tersenyum.  Takziah buat isteri dan keluarganya.   Innalillahi wa innailaihi raji’uun..  “  Semoga Allah merahmatimu dan memberimu pahala” [Hadits Riwayat Tirmidizi 4/60] Al-Fatihah. Paling atas- kedua dari kiri