Terima Kasih.

Yang dihargai!

Penghikayat

Blog Archive

28.5.13

You're fired!

Salam hormat buat pembaca budiman.


Tidak sabar rasanya untuk menonton siapa yang bakal dituding oleh Tony Fernandes untuk dipecat pada malam ini. Pada episod lepas merupakan sesuatu yang gila apabila tidak semena-mena Nash (Nazril Idrus -Malaysia) dan Alex (China) diheret oleh Hendy (Indonesia) masuk ke dalam boardroom untuk sesi pemecatan.  Sungguh ketika Hendy menegaskan pendiriannya untuk membawa kedua orang tersebut, saya terlopong dan tak semena-mena juga terlafaz "what on earth?!".  

Apa yang difikirannya apabila begitu pasti dengan keputusannya setelah Tony Fernandez sendiri mengingatkan dia septutnya membawa dua orang yang paling lemah dalam pasukannya.  Sama ada Hendy terlalu bijak untuk bertindak awal supaya ahli pasukan yang kuat patut disingkirkan dahulu atau dia ingin berlagak hebat untuk berdebat dengan Nash yang begitu karisma dan bijak bercakap.  Entahlah! Tapi ada satu blogger menyatakan Hendy sengaja membawa kedua mereka ke dalam boardroom agar dirinya dipecat bagi menyelamatkan ahli pasukan lain.  

Saya berpendapat Hendy ada masalah dengan Nash, awal-awal lagi ketika Nash memberi cadangan nama pasukan dia telah menolaknya dengan mengaitkannya kepada sesuatu yang negatif.  Nash menunjukkan kebolehannya sebagai perancang begitu juga Alex turut menyumbang kepada pasukan.  Secara kesimpulannya, Hendy sendiri gagal menyatakan sebab-musabab kedua orang tersebut dipilih.  Saya sendiri naik meluat dengan sikapnya yang cakap berbelit-belit. Babak akhir rancangan ketika Hendy dipandu keluar dia ada menyatakan bahawa dia tidak menyangka untuk keluar begitu awal namun itulah realitinya 'You're fired!".


p.s: Focus on Nash - he's genius!

6 comments:

kasihredha said...

Ruginya x tengok....mlm ni Kena tgok

Adie Achim said...

kasihredha:
Ya mesti tengok!

sukiman said...

salam Adie, blog saya tak boleh dibuka oleh saya sendiri buatmasa ini.

i just want to say hi..

Nong Andy said...

saya tak pernah tgk la Adie..


Encik Sukiman,

tulah pasal... tak boleh nak baca, kena hack?

Adie Achim said...

Sukiman:
Walaykumsalam.

Saya pun pelik juga sebelum ini tiap kali nak buka tetiba link dengan website lain.

HArap2 dapat dibaiki dengan segera. Apapun harap lawat2lah yer.

Terima kasih.

Adie Achim said...

Nong Andy:
Kena tengok lah.. Best bah! Nda tau lah pula kalau nda minat bisnes.

Sudah baca?

Related Posts with Thumbnails