Mungkinkah lebih baik begitu...

Salam buat sekalian follower (Yang dihargai)
juga buat sekalian silent reader (bila lah terbuka hati nak follow) 

Rakan-rakan memanggil saya dengan panggilan Jun, Din, Sya, Tek, Akim, Die dan sebagai rakan blogger saya dikenali sebagai AdieAchim.  Melalui gelaran saya dapat mengenalpasti rakan saya itu dari kumpulan yang mana contohnya hanya rakan-rakan sekampung yang memanggil 'Tek'.  Seorang rakan pernah berkata (saya harap dia akan tarik balik cakap) "Kau kawan yang baik!"

Sejak kebelakangan ini saya selalu dihimpit dengan rasa bersalah yang amat  sangat! Tatkala ramai yang mengatakan saya sudah tidak seperti dahulu.  Saya akui itu! Malah saya membenarkannya berlaku dan hanya membiarkan.  Betapa saya sudah melupai rakan-rakan saya (dalam konteks : keep-in-touch) tetapi dalam hati saya ingat kalian semua.  Kalianlah yang mematangkan saya!

Jika dulu, saya kurang mengerti apa yang dimaksudkan dengan "kawan baik adalah apabila kita sedar yang kita hampir/akan kehilangannya".  Malah dalam persahabatan saya percaya kepada "  a good friend is the one who walks in when the rest of the world walk out!".  Kini dan selamanya saya akan tetap percaya akan itu tapi saya sudah kehilangan itu!  Saya punya alasan, tetapi untuk dijadikan sebab adalah tidak adil sama sekali!

Oleh itu, saya akur dan sedia untuk apa jua kemungkinan.  Kiranya nama saya sudah tidak ada dalam senarai untuk 'dihubungi' atau kiranya nama saya langsung tidak terlintas dalam fikiran sebagai yang 'dijemput'.  Maka saya faham.  Saya tidak punyai apa untuk dicanang bahawa sayalah 'sahabat' anda. Sudah tidak ada untuk saya tawarkan dalam persahabatan.  Kecuali hanya satu "Ingatan tulus ikhlas".

Memang ingatan tidak memadai.  Saya bukan merajuk menjauh malah jauh sekali memutuskan persahabatan namun saya pinta untuk kalian terima saya tanpa syarat.  Sama seperti saya menerima kalian tanpa perlu agreement letter atau senarai terms and conditions.  Tapi kiranya saya masih dalam kategori "  count on you"   Saya akan cuba untuk jadi itu.

Bolehkah begitu? (Saya tanya ikhlas nie?) Bolehkah begitu?





Pencil: You know, Im really sorry...
Eraser: Sorry for what? U dint do anything wrong.
Pencil: Well,every time when i make mistake,u will b there to erase my  mistake. But,as time pass by, part of u r gone..
Eraser: Uu see,Im made to do this.  Even though I know one of these day I'll b gone, and u have to replace me with another.  I'm still happy to do this job.So dont b sad!It worries me!

(This is how true friends supposed to be like) (kredit)


""  Hurm... apapun.. aku sedar kini... kepentingan berkerja lebih dari kepentingan peribadi.. sebab itu.. bagi aku... i dont search for a best friend anymore... but i search for a functional friend that will make me happy to work every day.." "   (Kredit : Dr. F)

Mungkinkah lebih baik begitu... ?

--------------------------------------------------------------------------
 Count on me Lyrics (credit)

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you


Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need


You can count on me like one, two, three, I'll be there
And I know when I'm needed
I can count on you like four, three, two, and you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do


If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you


Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need


You can count on me like one, two, three, I'll be there
And I know when I'm needed
I can count on you like four, three, two, and you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do


You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye


You know you can count on me like one, two, three, I'll be there
And I know when I'm needed
I can count on you like four, three, two, and you'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do


You can count on me 'cause I can count on you


Comments

Anonymous said…
ramai dah follower ko bro.. keke...


apapun, bg SB, silent (jarang2 keep in touch) good friends are better than noisy (selalu keep in touch) useless friends..

mungkin ker lebih baik begitu-gitu??
Ann Huda (Ate) said…
Suka dialog antara pencil dan eraser tu.

Bagi Ate, kita memang memerlukan teman baik, tapi sebaik mana pun teman, mereka juga punya kehidupan sendiri, punya keluarga dan tanggungjawab yang perlu di ambil perhatian. Ada ketikanya kita perlu berdikari tanpa mengharapkan kehadiran teman baik senantiasa. Mereka akan datang dan pergi. Mereka berubah...tapi Allah tidak. Maka tiadalah yang setia menemani kita ketika susah mahupun senang, ketika gembira mahupun sepi melainkan Allah.
-telOrDibAsuh- said…
Salam. Saya ada email cara2 nak bayar tshirt telordiasuh :)
sally wanny said…
mungkinkah lebih naik begini
hehe
Unknown said…
Alhamdulillah...Orang Kampung follow..TQ
Anonymous said…
Sgt betul.. Perubahan kita kadang2 dipengaruhi oleh sekeliling.. Mungkin kluarga sendiri.. Tp x hubungi x smestinya x diingati.. Cme mungkin x significant utk dihubungi sbb may b dh pindah jauh.. Berfamily apa semua.. Jgn risau apa yg dikata.. Sbb ingatn terhadap kwn tetap ada dlm hati.. Kn? Nice words.. Keep a gud work!! :) *dr f*
LIFE is KARTUN said…
`juga buat sekalian silent reader (bila lah terbuka hati nak follow)`
haha :)
http://nadzmonostone.blogspot.com/
Adie Achim said…
Seksi Bani:
syukur meriah skit!

Atau mungkin kena bahagikan 3 jenis kawan-
1. yang silent (jarang2 keep in touch) -> good friends
2. yang noisy (selalu keep in touch) - > useless friends..
3. yang " "gitu-gitu" "
Adie Achim said…
Anne Huda (Ate)

Rasanya semua maklum, bahawasanya kehidupan berubah dan keperluan berubah. Kita masih perlukan kawan tetapi untuk berkomitmen seperti dahulu agak terbatas.

Berdamping dengan Allah..
Adie Achim said…
abgtelor dibasuh:
Terima kasih. akan sy usahakan secepat mungkin.
Adie Achim said…
tinta cik wanny:
tiba-tiba teringat lagu PeterPAn
"Mungkinkah
Bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa
Bahasa kesunyian…..
Adie Achim said…
Kampung Balimbang:
Terima kasih orang kampung

P.s: lama tak balik kampung!
Adie Achim said…
Dr. F:
Entri ni terhasil atas pengalaman dan kesinambungan dari notes Dr.

sangat terkesan di hati bila Dr ckp "..functional friend".

Malah tajuk entri ini berkait-rapat dengan pernyataan Dr.

Terima kasih!
Adie Achim said…
nadz: `Oh en. Nadz gelakkan aku ek.. sound so desperate nak kumpul follower kan! Hahaa :)
Qaseh Gifts said…
Be courteous to all, but intimate with few, and let those few be well tried before you give them your confidence.
- George Washington

boleh apply to your post Adie.

Selamat menyambut Ramadahan pada semua ya.
Nong Andy said…
salam..nak tumpang crita sikit boleh? adakah aku kawan yg baik? emn.. mungkin ya mungkin tidak. Sebab ada beberapa org kawan rapat(dulu la) bila dah bawa haluan masing2.. hanya akan menghubungiku bila ada benda nak minta.. minta tolong la. Tapi kalau tiada apa2 yg nak di minta. tinggal bunyi cengkerik saja! but still.. aku tetap happy derang hubungi aku walau pun hanya utk minta tolong.. sekali pun dlm hati ada gak mengumpat. "kalau dia contact ni mesti nak minta tolong" tapi biar jauh di mata tetap dekat dihati. Sebab dia kwn aku.. aku tetap akan tolong apa yg termampu. hei.. aku pun suka lirik lagu peter pan tu.. hampir semua lagu peter pan ada lirik yg 'touching' n puitis :)
Iznie said…
suka dialog pencil and eraser...touching & sweet...


salam ramadhan... :)
Nina Athirah said…
pernah megalami seakan akan seperti ini..
Unknown said…
apa2 pun broo..pepatah mengatakan "berkasih biar 1,berkawan biar beribu"..<<eh betul ker..n lagi 1.."biar putus cinta,jgn putus kawan"..btul ek?wahahaha biul dah aku..selamat berpuasa bro ea..
Adie Achim said…
Mama Chinta Musraika:
Senangnya begini, (menurut hemat saya lah) ada jenis kawan yang sampai bila-bila pun kita akan ingat sebagai kawan yang 'dependable' kira boleh diharaplah.

Saya sendiri ada rakan yang sebegini. saya akan hubungi ketika memerlukan nasihat atau bantuan material atau berbentuk $$$.

Jadinya mama tergolong dalam orang yang boleh diharap! jadi harus bangga untuk itu.

p.s: Macam dalam lagu 'count on me'
Adie Achim said…
Iznie:

Kan.. saya pun baca banyak kali dialog tu. Sgt terkesan di hati!

Salam Ramadhan!
Adie Achim said…
Nina Athira-Mishu:
Itu dipanggi 'deja-vu' hahaa..

Memang rasanya ramai yang melaluinya atau mungkin saja semua orang melaluinya. Dan tahap kerenggangan yang berbeza.
Adie Achim said…
Nurfahz:

Sangat betul dan bersetuju! berkawan biar beribu.

Apa-apapun kita adalah rakan kerana kita adalah rakan kepada rakan. Kann?? (ayat tamil)

Selamat berpuasa jugak!

Wassalam.
Jankaulu said…
salam ramadhan
rashidah said…
Sukiman: Salam Ramadhan jugak!
fiqah said…
ikhlaskan hati dlm brsbaht itu lbh elok..:)
Silent reader..ngeh3~
i loike :p
peace Incik Adie Achim..
slmt berpose..:)
Adie Achim said…
Fiqah:
Maka benarlah itu cik FIqah..
dalam berkawan pun kena ikhlas! dan mengikhlaskan diri menjadi kawan!
Adie Achim said…
PErempuan Manis:
Peace sweet lady :)

Selamat berbuka dan selamat bersahur!

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!