Posts

Showing posts from May, 2012

Selamat.

Image
Dahulu berdua kini berlima, InshAllah lagi satu di bulan Septermber, Banyak usikan kita terima, Orang putih cakap 'the more the merrier.
Yang manis dirasa bersama, Pahit diredah ambil iktibarnya, Semoga rukun dan seirama, Menempuh hidup penuh dugaannya.
Adapun adat bersuami isteri, Susah dan senang sampai ke mati, Cerialah hidup seindah mentari, Biar kasih sayang terpatri di hati.
Saban hari mabuk kepayang, Jagalah hatinya penuh cermat, Suami isteri berkasih sayang, Seperti nabi kasihkan umat.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Isteri tercinta.  Terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran melayan kerenah Encik Suami (yang cerewet dan mengada-ngada).  Terima kasih menjadi ibu yang penyayang buat anak-anak.

Untuk rekod;
Majlis Akad Nikah : 26 Mei 2006
Majlis Persandingan : 27 Mei 2006
Majlis Resepsi : 30 Mei 2006

p.s: Ucapan Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan buat mumy dan dady yang juga berkongsi tarikh yang sama.  Semoga sayang-sayang selalu.




Iron decorated wall

Image
p.s:: Wahai hati.. ko nak ini yer??? Hmm.. mana nak cari.

MPPB KML 2012/2013

Image
Salam buat pembaca budiman.


MPPB KML 2012/2013 : Minggu Pendaftaran Pelajar Baru, Kolej Matrikulasi Labuan Sesi 2012/2013.
Kali ini saya terlibat dalam Jawatankuasa Kad Matrik.

"Ketika mengambil gambar saya melihat wajah-wajah keriangan dan keterujaan,
  Ketika berada di luar dewan saya melihat wajah-wajah penuh mengharap,
  Ketika itu saya melihat tanggungjawab yang dipikul bersama oleh seluruh warga kerja".

Selamat datang buat semua pelajar baru.  Semoga memanfaatkan sepanjang anda berada dalam Program Matrikulasi.  Jangan hampakan harapan orang tua anda.



 Diceduk dari: http://www.kml.matrik.edu.my/mppb201213/

p.s: Sayalah yang mengambil gambar tu! Terima kasih Jurugambar!



Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan

Image
Syahrul terkial.. Mencari-cari, bagaimana rasanya kehilangan sesuatu yang tidak pernah dimiliki? Mungkinkah.. Perasaan itu hampir menyamai tatkala masih kecil.  Berada di kedai permainan sehingga lupa dunia, berasakan semuanya milik sendiri dan meronta-ronta menangis apabila dibawa pergi.  Begitukah?? Kesedihan mungkin sama namun kanak-kanak begitu mudah memaafkan, begitu mudah melupakan.  Namun kehilangan ini sukar betul untuk sembuh.  Mungkinkah tidak akan sembuh.
"Yani... Aku kehilanganmu sebelum sempat memilikimu..".
(Sambil baca boleh layan lagu nie.. Ini lagu tema)
...........................................................................................................................................................
Hotel tiga bintang itu tidak akan pernah menyangka, di situ akan bermulanya sebuah kisah cinta.  Kisahnya tidaklah sehebat Romeo dan Juliet atau sehebat cinta rekaan Titanic, namun mereka punya episod cinta yang penuh dengan kegilaan.  Kisahnya …