Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan
Syahrul terkial.. Mencari-cari, bagaimana rasanya kehilangan sesuatu yang
tidak pernah dimiliki? Mungkinkah.. Perasaan itu hampir menyamai
tatkala masih kecil. Berada di kedai permainan sehingga lupa dunia,
berasakan semuanya milik sendiri dan meronta-ronta menangis apabila
dibawa pergi. Begitukah?? Kesedihan mungkin sama namun kanak-kanak
begitu mudah memaafkan, begitu mudah melupakan. Namun kehilangan ini
sukar betul untuk sembuh. Mungkinkah tidak akan sembuh.
(Sambil baca boleh layan lagu nie.. Ini lagu tema)
...........................................................................................................................................................
Hotel
tiga bintang itu tidak akan pernah menyangka, di situ akan bermulanya
sebuah kisah cinta. Kisahnya tidaklah sehebat Romeo dan Juliet atau
sehebat cinta rekaan Titanic, namun mereka punya episod cinta yang
penuh dengan kegilaan. Kisahnya bermula begini: Seorang gadis keluar
dari sebuah kereta mewah, sebelum pergi dia sempat mencium lelaki itu... Ok.. Lelaki itu agak tua tapi masih tampan. Kemudian gadis itu
melambai dan bergaya masuk ke hotel.
"Hi.. ada kosong tak?". Gadis
itu menyapa, sempat lagi dia melirik tag nama.
Lelaki itu hanya
melihat kehairanan kepadanya. Wajah comel iras Nora Danish. Manis dan
innocent.. dan dia punyai sepasang mata coklat yang menggoda.... wow!
ehemm.. dan rasanya dah agak lama gadis tu meunggu jawapan..
"I am sorry miss, I am afraid that we already fullybooked but..". Syahrul terdiam, tidak sempat menyudahkan ayatnya.
"Sorry.. I mean.. ada kerja kosong?". Sambil dia mengeluarkan fail folder yang sarat.
"Ohhh.. sorry ingatkan nak check-in. Kejap.. Saya cuba tanya manageress"
Gadis itu mengangguk, wajahnya mengharap. Syahrul mengangkat
gagang telefon dan menekan butang interkom.
"Ivy speaking... Anything?".
"Miss.. Do we have any vacancy for receptionist?".
Dia
pula memandai tawarkan jawatan tu, dah gadis itu pun tak sebut jawapan yang dipohon. Betullah tu, dia mengangguk semasa Syahrul menyebut jawatan tu.
"Syahrul.. You know better right? We don't need it at the moment... But ask her to fill up the application form. In case... In a future".
"Alright, sure! Thanks!".
Syahrul
termalu, sepatutnya sebagai supervisor dia lebih arif dan tak perlu
bertanya. Kalaulah dia punya kuasa, dia akan ambil gadis itu bekerja dengan
segera. Walaupun terpaksa memberikan jawatannya.. Oopss itu tidak
mungkin! dia lelaki yang pentingkan diri. Dan bukan senang untuk dia
sampai ke peringkat itu. Syahrul menggeleng.
"Buat masa nie, kami belum ada kekosongan. Tapi.. isi jer borang nie. We will give a call if we need".
Syahrul
menyerahkan borang kepada gadis itu. Gadis iras Nora Danish menyambutnya dengan mesra, entah bagaimana tiba-tiba Syahrul merasa jari gadis itu menguis jarinya malah sebelum pergi dia sempat mengenyitkan mata. Dengan cara yang paling seksi ok! sambil mengenyit
sebelah mata, separuh bibirnya sedikit terbuka. Syahrul tergamam, riak
wajahnya tak ubah seperti orang yang termakan 'wasabe' buat pertama kali.
Tidak semena-mena Anne sampai. Dia yang baru selesai makan tengahari kehairanan melihat Syahrul yang terus meluru ke tandas. Anne hanya tersenyum, dilihatnya ada seorang gadis cantik sedang mengisi borang di lobi. Mesti nak minta kerja! Hmm.. Kalau aku dapat tawaran maktab dapatlah kau kerja kat sini. Hatinya berbisik.
Syahrul membasuh muka dan melihat wajahnya pada cermin hotel.
'Hish!!! Perempuan jenis apa
nie, nampak saja innocent tapi penggoda. Cantik tapi perangai buruk!'.
Sedari Syahrul di tandas, dia hanya beristighfar di dalam hati. Dia sengaja berlengah di tandas dan ketika keluar gadis itu sudah pergi.
Sedari Syahrul di tandas, dia hanya beristighfar di dalam hati. Dia sengaja berlengah di tandas dan ketika keluar gadis itu sudah pergi.
"Unitar, KL.. Mass com.. Karate.. Pengawas.. Hmm..segala bagai sijillah dia bagi! She looks familiar..".
Tanpa disuruh Anne membaca resume gadis tu. Anne mengingat-ingat di mana pernah berjumpa dengan gadis itu.
Tanpa disuruh Anne membaca resume gadis tu. Anne mengingat-ingat di mana pernah berjumpa dengan gadis itu.
"Whateva!". Dia akhirnya putus asa untuk megingatnya.
"You
better hantar resume tu cepat, Miss Ivy tengah teropong tu!".
Kalau boleh Syahrul tidak mahu melihat resume itu lama-lama di situ. Dia hanya mengerling pada halaman depan. 'Nama : Yani binti Abdullah'. Oh itulah nama gadis itu!
Kalau boleh Syahrul tidak mahu melihat resume itu lama-lama di situ. Dia hanya mengerling pada halaman depan. 'Nama : Yani binti Abdullah'. Oh itulah nama gadis itu!
...........................................................................................................................................................
"Hi Syahrul! Morning.."
Sapa
Yani mesra, terus masuk ke Kaunter. Dia ingat betul nama lelaki itu.
Sebenarnya dia jarang mengingat nama orang. Kecuali yang kena dengan 'taste'nya.
Syahrul yang sedang tekun mengemaskini data 'guest extend' terperanjat.
"Kenapa nie? Tak pernah nampak orang cantik?". Suara Yani menggoda.
"Ahmm...". Takkanlah gadis ini kerja sini. Syahrul tidak tahu apakah perasannya pada masa itu. Syahrul kehilangan kata.
Trutt! trutt!!
Nasiblah interkom berbunyi, dia sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berreaksi.
"Syahrul..
Datang already tu amoi kan? Sorry I forgot to inform you. Itu Anne
dapat offer teacher, she take E.L she said want to prepare and Rita MC
again..husband dia pukul. You train tu amoi ahh..
she got experience but maybe different to our hotel. Thanks"
'Tup!'.
Ceh! langsung tak bagi peluang bertanya. Syahrul bengang, hal penting macam tu pun boleh lupa nak beritahu. Tulah kalau kerja tengok CCTV jer. Getus hati Syahrul.
Ceh! langsung tak bagi peluang bertanya. Syahrul bengang, hal penting macam tu pun boleh lupa nak beritahu. Tulah kalau kerja tengok CCTV jer. Getus hati Syahrul.
"Ahmm.. Ok. So.. Kira hari ni
orientasi la kan.. Hmm.. your bag buat sementara simpan in my drawer..
Later saya bagi spare key drawer Anne".
Syahrul menuding laci yang dimaksudkan.
Syahrul menuding laci yang dimaksudkan.
Yani menyimpan begnya dan setelah itu menyandarkan diri pada meja kaunter. kakinya disilang. Sambil berpeluk tubuh.
"Alah.. First day.. Ringan-ringan ja lah.. Headache nie!".
"By the way, I am Syahrul.. Supervisor".
Saja Syahrul tekankan suaranya.
Saja Syahrul tekankan suaranya.
Biar
Yani tu sedar dan hormat sikit. Namun tidak ada apa-apa perubahan, malah dia menghulur tangannya ala Princess Diana.
"I am Yani... Your new receptionist".
Syahrul pula teragak-agak namun dia menyambut juga salam Yani.. sengaja Yani berlama-lama memegang erat jarinya. Syahrul cuba melepaskan tangannya, mukanya merah menahan malu. Oh ini sudah lebih! Syahrul menarik dengan kasar.
"I am Yani... Your new receptionist".
Syahrul pula teragak-agak namun dia menyambut juga salam Yani.. sengaja Yani berlama-lama memegang erat jarinya. Syahrul cuba melepaskan tangannya, mukanya merah menahan malu. Oh ini sudah lebih! Syahrul menarik dengan kasar.
"Well.. Do you familiar with this system?".
Wajahnya serius, sambil menuding pada skrin monitor.
Wajahnya serius, sambil menuding pada skrin monitor.
"Hmm.. Biasa.. Cuma tak biasa dengan supervisor yang hensem".
Yani masih belum puas mengenakannya. Telinga Syahrul terasa panas dan warnanya kemerahan. Dia menarik nafas panjang dan menghela. Kali ini dia cuba menatap muka Yani. Yani hanya bersahaja, satu tangannya mencekak pinggang dan sebelah tangan pula dengan manja membelai rambutnya yang lurus dan panjang. Kali ini dia kelihatan seperti Rani Mukherje. Syahrul tergoda sebenarnya namun cuba sedayanya mengawal.
Yani masih belum puas mengenakannya. Telinga Syahrul terasa panas dan warnanya kemerahan. Dia menarik nafas panjang dan menghela. Kali ini dia cuba menatap muka Yani. Yani hanya bersahaja, satu tangannya mencekak pinggang dan sebelah tangan pula dengan manja membelai rambutnya yang lurus dan panjang. Kali ini dia kelihatan seperti Rani Mukherje. Syahrul tergoda sebenarnya namun cuba sedayanya mengawal.
"Well.. Kajol! Mau kerja kah mau
main? Ini tempat kerja. Kalau nak main.. lepas
kerja. ok?".
Syahrul memang tidak hafal nama-nama pelakon Hindi.
Syahrul memang tidak hafal nama-nama pelakon Hindi.
"Janji tau.. Kita main lepas kerja..".
Yani langsung tidak gerun.
Yani langsung tidak gerun.
Dia
menarik kerusi dan duduk, begitu hampir dengan Syahrul. Telapak
tangannya lembut memegang tangan Syahrul yang sedang memegang tetikus, dan
kali ini Syahrul membiarkan. Dia ingin tahu sejauh mana Yani berani
bertindak. Dadanya berdegup kencang. Yani memang suka dengan lelaki yang pemalu, dia mendekatkan wajahnya ke skrin
komputer. Kedudukan lehernya begitu hampir dengan muka Syahrul. Haruman minyak wangi Lancome 'Tresor' begitu merangsang. Buat seketika Syahrul menikmatinya.
"Well.. How much?".
Rasanya Syahrul serius bertanya. Lagak seorang pelanggan.
Rasanya Syahrul serius bertanya. Lagak seorang pelanggan.
Dengan
pantas dia menarik tangannya. Mukanya masam. Kelat. Kali ini dia
kelihatan seperti Angelina Jolie. Bibirnya terjuih.
"Well.. Mr
Supervisor. Don't get it wrong ok! Tadi
cakap nak orientasi.. Kalau ya pun.. bawalah lawat hotel.. kenalkan dengan
staf lain. Ini tidak! I am sorry if I look like.. Hmm.. Main-main tapi saya
tak suka belajar dalam keadaan serius. But I can be serious. I am a fast
learner and can work under pressure. Niat I baik, Itu cara saya dan yang penting niat kan!". Yani sendiri
tidak tahu apa yang diucapkan. Dia hanya melafazkan apa yang terfikir.
"Kita
tak cukup staf sekarang ni, siapa nak jaga kaunter? Saya akan bawa awak
lawat sekitar hotel right after you habis shift.. And by the way niat
tidak pernah menghalalkan perbuatan... Miss Yani".
Kening Syahrul terangkat. Habis saja ayat terakhir. Yani berlalu ke tandas dan sekembalinya dia, wajahnya bersih tanpa secalit make-up. Dia nampak tenang. Sudah tidak ada drama lagi.
Kening Syahrul terangkat. Habis saja ayat terakhir. Yani berlalu ke tandas dan sekembalinya dia, wajahnya bersih tanpa secalit make-up. Dia nampak tenang. Sudah tidak ada drama lagi.
"Ok boleh mula".
Yani bagi arahan
Yani bagi arahan
"Hmm.. Muka awak pucat, make-uplah sikit."
Syahrul masih memandangnya.
Syahrul masih memandangnya.
"Saya dah berwudhu, tak payahlah make-up".
Dia berpura-pura cuba fokus, dia tahu Syahrul masih memandangnya.
Dia berpura-pura cuba fokus, dia tahu Syahrul masih memandangnya.
"Napa marah kah? sampai ambil wudhu?". Gurau Syahrul tapi dia ingin tahu.
"Tak marah.. suka sangat!". Yani mencebik bibir di luar kesedarannya.
Syahrul
hanya menggeleng dan tersenyum. Giliran Yani pula tersenyum. Syahrul
menatap mukanya, wajahnya bersih tanpa cela dan dia cantik secara
semulajadi. Kini sudah tidak ada jelmaan wajah siapa-siapa, yang
tinggal keaslian wajahnya. Pada masa ini hati Syahrul berdetik 'Saya suka awak! Saya dah jatuh cinta!'. Oh Common Syahrul takkanlah semudah itu, hati egonya mencabar!
"Ok.. Boleh mula".
Syahrul seolah mengulang kata Yani.
Syahrul seolah mengulang kata Yani.
Baru dia nak memulai, tiba-tiba Yani mencapai
beg tangannya dan mencapai gincu bibir. Dia menyapu di bibir dan mencalit
sedikit ke tulang pipinya. Kemudian dia mencapai bedak muka dan
memakainya. Tak sampai seminit semuanya selesai.
"Blusher
habis!".
Seolah dia menjawab persoalan di benak Syahrul. Seumur hidupnya Syahrul tidak pernah tahu gincu boleh digunakan sebagai pemerah pipi. Syahrul tergelak dan akhirnya Yani turut tergelak. Semua ketegangan antara mereka hilang.
Seolah dia menjawab persoalan di benak Syahrul. Seumur hidupnya Syahrul tidak pernah tahu gincu boleh digunakan sebagai pemerah pipi. Syahrul tergelak dan akhirnya Yani turut tergelak. Semua ketegangan antara mereka hilang.
Seminggu lamanya mereka bekerja
pada shift yang sama dan terbukti benar Yani sangat cekap bekerja.
Hotel yang hanya bertaraf tiga bintang kini semakin meningkat maju.
Tidak dinafikan kehadiran Yani membantu peningkatan dalam 'occupancy'
bilik hotel. Dia dengan sikap bersahajanya dan begitu pandai melayan
pelanggan. Ramai pula pelanggan lelaki yang terang-terangan menunjukkan minat
kepadanya malah agak berlebihan namun dia bijak mengendali keadaan.
"Mr.Chan next time bawalah wife, mau kenal..".
Kenyataan itu cukup menyedarkan pelanggan menjaga batasannya.
Kenyataan itu cukup menyedarkan pelanggan menjaga batasannya.
Syahrul
hanya memerhatikan dari jauh, betapa ramai lelaki yang ingin
mendampinginya. Selalu juga dia terlihat ada kereta mewah
datang menghantar dan menjemputnya. Dia hanya melihat lelaki itu dari jauh. Syahrul ingin bertanya kepada Yani namun sedar
dengan kapasitinya hanya sebagai seorang penyelia. Dia tidak ada hak untuk
mencampuri urusan peribadi stafnya. Lainlah kalau Yani tu dah sah jadi
teman wanitanya. Namun melihat sikap sosial Yani membuatkan dia
melupakan hasratnya kerana menganggapnya sama seperti gadis lain yang
hanya gilakan harta dan wang ringgit. Dia yakin itu, barangan Yani semuanya
yang mahal-mahal belaka malah harga telefon bimbitnya melebihi gaji sebagai
seorang receptionist.
...........................................................................................................................................................
Ku cuba ungkap tabir ini,
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu, meninggalkanku...
Sepatutnya
inilah tikanya episod itu bermula, namun Syahrul tidak sedar dan
hatinya dibutakan dengan perbezaan jawatan antara mereka. Kononnya perlu profesional
tidak mahu ada hubungan istimewa takut berlaku pilih kasih. Syahrul
ingat itulah yang terbaik supaya mereka boleh bekerja dengan cara yang
sepatutnya.
Namun ada kalanya ketika berkesempatan berduaan, Syahrul cuba untuk tunjukkan perasaan sebenarnya.
"Hi lama cuti, I miss you".
Syahrul
berharap dia faham pada getar suaranya, betapa dia memaksudkannya.
Tapi Syahrul rimas dan tidak larat melayan Yani yang suka mengusiknya dengan gaya
menggoda dan manja. Rasanya atas sebab itu jugalah Syahrul menjauhkan diri. Takut hanyut dengan asmaranya.
Yani tersenyum sinis dan menjelingnya.
"Tak penat kah Encik Supervisor, tarik-tarik tali, jual-jual mahal?".
Yani bersuara tanpa melihat wajah Syahrul. Dia tidak mahu hilang fokus, mereka berdua diarahkan oleh Miss Ivy untuk memantau housekeeping mengira stok peralatan hotel.
Yani bersuara tanpa melihat wajah Syahrul. Dia tidak mahu hilang fokus, mereka berdua diarahkan oleh Miss Ivy untuk memantau housekeeping mengira stok peralatan hotel.
"Hmm..tarik
tali memang penat, tapi jual mahal tak penat sebab semakin lama saham
makin naik. My advise teruskan menimba perigi..ok?"
Syahrul separuh berbisik. Wajah Yani bertukar masam, ada kehampaan di wajahnya, Syahrul ni tak faham-faham lagi kah.
"Apa salahnya Mr.Syahrul. Zaman ni perlukan timba yang berani..".
Kak
Dayang salah seorang housekeeping tu pula menyampuk. Dia begitu
khusyuk buat kerja tapi rupa-rupanya mencuri dengar. Cis! Si Yani ni pun
satu tak boleh tanya masa lain kah. Yani mengangkat ibu jari. Dia suka, ada orang yang menyokongnya.
"Kak Dayang boleh kirakan sekali lagi stok sabun, rasanya dah salah nie!".
"Yani bantu Kak Dayang, saya ada kerja lain. Buat kerja betul-betul ok..".
"Yani bantu Kak Dayang, saya ada kerja lain. Buat kerja betul-betul ok..".
Kak Dayang terkocoh mengangguk, hah inilah denda untuk orang yang menyibuk. Yani menjelingnya tajam dan mula membantu Kak Dayang. Kelibat Syahrul semakin menjauh.
Semenjak itu, Syahrul
mula menyedari perubahan Yani. Dia seperti menjauhinya dan hanya
bercakap ketika perlu. Merajukkah dia? Namun Syahrul perasan Yani sering mencuri
pandang ke arahnya. Syahrul hanya berlagak biasa dan selaku supervisor
tetap melayan selayaknya. Sudah tidak ada gurau-senda ketika mereka
bekerja pada shift yang sama. Namun bagi Syahrul, Yani kelihatan lebih
manis begitu malah kelihatan lebih matang. Jika dulu Syahrul tidak keruan
dengan sikap penggodanya tapi kini dia lagi tidak tahan dengan sikap barunya itu. Mungkin juga Yani ingin berubah dan jika betul itu suatu
perkembangan yang baik.
"Ehem..."
Syahrul berpura tidak mendengar.
"Ehem.."
Yani berdehem lagi kuat, malas nak sebut nama supervisornya tu.
"Mr Syahrul.. Ada surat nie.."
"Tak perlulah berdehem-dehem kalau nak cakap... Wah surat dari peminat nie!"
Syahrul
berlalu dia ingin melihat riak wajah Yani, tapi dia yakin wajahnya
mesti masam. Motif? nak sakitkan hati atau nak cemburukan dia.
Kedua-duanya!
Esoknya Yani datang awal, rambut panjangnya mengurai indah baru lepas didandan.
"Yani tak sakit?". Syahrul memandang dari atas ke bawah.
"Sakit? takdelah.. Sihat jer ..". Yani rasa kekok diperhatikan begitu.
"Tak sakit jatuh?" Syahrul serius.
"Jatuh? tak faham!". Yani kebingungan.
"Tak sakit jatuh dari kayangan? Bukan main lawa lagi. Ingat bidadari mana tadi".
"Ye ker cantik? Sia-sia jatuh dari kayangan. Orang tu tak jatuh hatipun". Hatinya tawar.
Yani
dah letih dengan Syahrul. Kadang-kadang dia rasa lelaki itu tidak ada
pendirian dan tak gentelmen langsung. Syahrul pula baru tersedar, dia
tak sepatutnya membawa perbualan yang menjerat diri sendiri. Dia
mengeluarkan telefon bimbit dan pura-pura mendail. Trick itu selalu
digunakan untuk melepaskan diri. Tak semena-mena telefon bimbitnya betul-betul berbunyi, keningnya berkerut nombor yang tak dikenali
"Hello"
"Hello,
Ini Mr.Syahrul kah? saya Lily Chong call dari Restoran Grand V, mau confirm
ahh, you ada terima kah itu voucher makan?". Pelat cinanya sangat tebal. Suaranya
tak ubah seperti itik yang dicekik leher.
"Hah.. Yer yer ada. Bila expired datenya tu?". Dia menganggk-angguk.
"Esok last day, mau kasi confirm, datang ka?".
"Ahmm.. Oklah saya datang waktu lunch time".
"Ok.. Thank you, jangan tak datang woo, kalau tak datang kami akan charge tempat you kerja!"
Syahrul
bengang belum sempat dia mejawab talian telah dimatikan. Dia pelik apa
jenis restoran yang paksa orang datang makan. Dia sebenarnya hampir
terlupa surat yang diberi oleh Yani semalam. Ni mesti restoran tu saja
nak habiskan voucher, dekat-dekat expired baru nak bagi. Pelbagai
persoalan bermain difikirannya.. 'Entah-ntah amoi tu cun!' dia
membuat andaian. Syahrul memasukkan nombor itu ke dalam telefonnya.
Syahrul
melihat jamnya, telah hampir jam 12.30 tengahari. Masih banyak kerja
yang perlu diselesaikan tapi perutnya berkeriut memohon belas. Dia
berkira-kira akan menyambungnya semula selepas makan tengahari.
Memandangkan restoran tu agak jauh Syahrul terpaksa bawa kereta, dia yang
kisah dengan kenaikan harga minyak memujuk hatinya 'takpe makan free!'
Bahang
matahari begitu terik. Sesampai di restoran, dia terus meluru masuk.
Pandangannya gelap buat seketika dan ketika penglihatannya kembali pulih
dia terlihat ada seseorang melambai-lambai kepadanya. Yani dengan
baju seragam hotel. Dia tiada pilihan lain.. terpaksa.. tapi sebenarnya
dia suka! Syahrul menghampirinya.
"Yani.. Kamu makan kat sini juga?
"Ahah.. Aku pun dapat voucher tu jugalah".
"Oh.. Semua staf dapatkah?".
"Taklah.. Dia bagi random jer tu".
"Lah.. Masa Yani bagi surat hari tu, Yani tau lah tu voucher?".
"Tau.. Surat dari peminat konon! Syah ada awek ker?".
"Aik.. Sejak bila panggil Syah?".
Saja tukar topik, Syahrul cover rmalu.
"Common... Bukan waktu kerjapun!".
Muka Yani masam. Syahrul berjaya menghapuskan kegembirannya. Kui kui kui! dia tergelak dalam hati.
Makanan
di restoran tu boleh tahan sedapnya. Macam-macam Yani pesan. Syahrul
diam saja, seingatnya tiada pula voucher tu menyatakan boleh makan apa saja. Dia
baru terperasan. Alamak!
"Yani... Saya terlupa bawa dompetlah, betulkah semuanya free?". Mukanya pucat.
"Hmm.. Taktik lama! Takpelah kalau ada extra charge saya bayarkan. Tapi
dengan syarat, Syah kena berlakon jadi boyfriend saya. Setuju?!". Ugut
Yani tapi yang sebenarnya dia menahan gelak.
Syahrul tak kisah
tapi Yani agak keterlaluan. Siap tolong suap, tolong lap mulut dan
mengelap mukanya dengan tisu. Kedua-duanya begitu asyik tanpa menyedari ada
sepasang mata yang sedang memerhatikan dengan tajam.
"Yani dan pukul 1.40 nie, Si Zackrey tu nak balik cepat. Katanya nak pergi melawat kakak dia bersalin kat hospital".
"Ok.. Ok.. Alah bukan selalu pun". Potong stim betul lah mamat nie, getus Yani.
"Kakak si Zackery tu pun bukannya selalu beranak..".
Syahrul kembali dengan perangai asalnya.
Syahrul kembali dengan perangai asalnya.
"Abis si Noni tu setahun dua kali beranak". Yani memotong kata-kata.
"Noni mana pula nie?" Matanya mengecil, Seingatnya dia hanya kenal Noni AF.
"Kucing kat rumah saya tu! Hehee... Syah bawa kete kan bolehlah tumpang".
"Aik mana driver Yani yang selalu hantar dan jemput tu?"
Dia memancing. Kelihatan dengan jelas perubahan muka Yani, dia hanya menyudahkan suapannya yang terakhir dan mengelapnya mulutnya dengan tisu.
Dia memancing. Kelihatan dengan jelas perubahan muka Yani, dia hanya menyudahkan suapannya yang terakhir dan mengelapnya mulutnya dengan tisu.
"voucher tu mana? Nak bagi kat kaunter". Seleranya mati.
Syahrul
menyerahkan kad baucher tu. Kalau boleh dia nak menyerahkan sendiri. Hatinya
kesal tidak dapat berkenalan dengan awek yang menelefonnya semalam. Yani kembali,
wajahnya ceria. Syahrul lega tapi dia pelik dengan mood Yani yang berubah-ubah. Lengannya dipaut!
"Jom.. Mr. Syahrul!"
Adoi mula dah! Syahrul hanya menurut.
Syahrul
berusaha melepaskan lengannya di luar restoran tapi Yani enggan
melepaskan. Malah dia memeluknya lebih erat. Terpaksalah Syahrul bukakan pintu
untuknya. Yani tergelak riang. Di dalam kereta keduanya senyap. Tidak lama kemudian, kelihatan Yani seperti kurang selesa. Matanya terpejam sambil menekan-nekan perut
dan memicit-micit dahinya. Pulak dah! Syahrul meluat, mesti Yani tengah
berlakon.
"Yani please.. Sudah-sudahlah tu!"
"Ingat orang main-mainkah.. Takpelah turunkan saya kat mana-mana klinik".
"Awak ni kenapa.. Sakit apa? tadi elok ja"
"Entahlah masuk angin kot. Adoi Syah!! please.. bleh hantar I ke klinik?"
Syahrul
masih meragui sakit Yani yang tiba-tiba menyerang. Namun untuk
bertingkah dia sudah tidak larat. Mana tau juga mungkin dia betul-betul sakit. Di klinik Yani hanya menutup matanya dan melentokkan
kepalanya di bahu Syahrul. Mungkin menganggap itu kes darurat,
kelihatan Syahrul membiarkan saja saja. Syahrul mengejutkannya ketika nurse memanggil naanya. Yani berkeras ingin masuk sendirian, berjumpa doktor. Syahrul mengalah. Sepeninggalan Yani, dia lantas menghubungi
hotel.
"Shinta Hotel, Good afternoon, how may I help you".
"Hello... Miss Ivy? Syahrul here.. you jaga kaunter?".
"Syahrul where are you? Zackrey emergency ke hospital. He can't wait Yani. And you know what! that Yani is not in yet!".
"Miss Ivy.. I know. Yani with me. Dia pengsan tadi. Masa nak masuk hotel tadi".
Entah mana Syahrul dapat idea tu, dia juga tertanya kenapa harus menipu.
"Really? so dia tak boleh kerja lah nie! so you napa tak balik lagi".
"Aku ngan Yani ni kat Klinik, who will look after her?".
"I don't care! You have no idea %^&$#@*(!&[};".
Syahrul
cepat-cepat memutuskan talian. Lebih baik begitu dia malas nak melayan
orang yang tak berhati-perut. Lebih kurang sepuluh minit kemudian Yani
keluar. Dia masih boleh tersenyum walaupun masih kelihatan kesakitan
pada wajahnya.
"Dah? So?"
"Takde apapun, doktor tu kirim salam ngan Syah. Dia ucap tahniah juga"
"Hah?.. Tahniah? Napanya?"
"I pregnant".
Senyuman Yani
meleret. Syahrul menggeleng bengang. Tak pernah terfikir benda tu boleh
dibuat lawak. Lebih-lebih dari seorang gadis. Mungkin kemarahannya
dengan Ivy belum reda ditambah pula dengan kegilaan Yani.
Dalam kereta, Yani memasukkan ubat ke dalam begnya.
"Hah jangan lupa makan ubat pregnant tu!".
Suara Syahrul kembali tegang.
Suara Syahrul kembali tegang.
"Bergurau
jerlah, sengugut sebenarnya. Yelah keluar-keluar jer nampak muka singa
awak... Tu yang buat lawak... Tu pun nak marah...".
Ujar Yani, tersekat-sekat. Niatnya hanya nak bergurau.
Ujar Yani, tersekat-sekat. Niatnya hanya nak bergurau.
Sungguh! tadi dia lihat muka Syahrul tak ubah macam singa. Singa yang hensem, boleh?
"Syah gaduh sikit ngan Ivy, dia seorang jaga kaunter sekarang nie!". Syahrul meluahkan rasa hati.
"What?". Yani tergelak tak ingat dunia.
Dia bagaikan terbayang wajah Ivy yang dah masuk umur 50an jadi receptionist. Penampilannya yang ala pelakon kantonis cukup melucukan ditambah pula dengan solekan ala opera cina. Syahrul menjelingnya tajam. Dia tau apa yang mengelikan hati Yani malah dia juga lucu membayangkannya, namun dia menahan diri.
Dia bagaikan terbayang wajah Ivy yang dah masuk umur 50an jadi receptionist. Penampilannya yang ala pelakon kantonis cukup melucukan ditambah pula dengan solekan ala opera cina. Syahrul menjelingnya tajam. Dia tau apa yang mengelikan hati Yani malah dia juga lucu membayangkannya, namun dia menahan diri.
"Syah..You got to do this! I beg you.. Please..". Yani bersungguh, tidak kelihatan langsung sakitnya lagi.
"Apa lagi?". Syahrul keletihan.
"Jom
kita jalan-jalan. Tak payah masuk kerja. Biarlah Miss Ivy merasa jadi
receptionist, sekurang-kurangnya menjadi kenangannya sebelum retire".
Itu
memang idea gila! sebelah keningnya terangkat memandang Yani. Sepanjang tujuh tahun
bekerja dengannya, Miss Ivy adalaah orang yang paling susah
bertolak-ansur. Malah jarang sekali menjaga kebajikan orang bawahannya.
Kerjanya hanya memantau CCTV dan suka menyiasat. Dia selalu berjaya
menjejaki mana-mana pelanggan yang belum melunaskan bil hotel. Syahrul angguk setuju, dia
membelok keretanya dan meluncur laju jauh dari kota. Yani tersenyum girang.
Petang itu sungguh gila, itulah buat pertama kalinya Syahrul ponteng kerja. Buat pertama kalinya dia tidak rasa bersalah melakukan kesalahan. Mereka hanya menikmati keindahan matahari terbenam tanpa berkata apa-apa. Keduanya bagaikan berbicara di dalam hati, masing-masing melayan perasaan. Rasanya Yani faham perasaan Syahrul kepadanya. Tapi Yani inginkan pengakuan yang tulus dan baginya cinta harus dibuktikan dan dilafazkan. Bagi Syahrul pula apa yang dilakukannya sudah memadai, dia bukan seperti yang Yani cakap; tarik-tarik tali, jual-jual mahal tapi dia hanya ingin penyudahnya ke jinjang pelamin. Itu lagi baik, fikirnya
Petang itu sungguh gila, itulah buat pertama kalinya Syahrul ponteng kerja. Buat pertama kalinya dia tidak rasa bersalah melakukan kesalahan. Mereka hanya menikmati keindahan matahari terbenam tanpa berkata apa-apa. Keduanya bagaikan berbicara di dalam hati, masing-masing melayan perasaan. Rasanya Yani faham perasaan Syahrul kepadanya. Tapi Yani inginkan pengakuan yang tulus dan baginya cinta harus dibuktikan dan dilafazkan. Bagi Syahrul pula apa yang dilakukannya sudah memadai, dia bukan seperti yang Yani cakap; tarik-tarik tali, jual-jual mahal tapi dia hanya ingin penyudahnya ke jinjang pelamin. Itu lagi baik, fikirnya
.........................................................................................................................................................
Syahrul tekun memantau kerja-kerja pengubahsuaian taman dan lanskap hotel.
"Hello... Any available room?".
Syahrul kenal suara itu, dia berpaling ke arah suara itu dan tekaannya tepat. Anne melambai kepadanya.
"Banyaklah available!... Nak check-in dalam hotel bukan kat sini. Hai cikgu Anne. Apa mimpi datang hotel ni?".
Pelik dengan kehadiran Anne yang secara tiba-tiba.
Pelik dengan kehadiran Anne yang secara tiba-tiba.
"Haha.. Banyaklah cikgu! belum lagilah! Can we talk? ada something nie..". Wajah Anne bertukar serius.
"Well ok.. Kita cakap kat gerai tu!". Syahrul juga terikut, wajahnya serius. Tekaknya juga sebenarnya sudah kering, sejak pagi tadi dia berada di luar bangunan hotel. Keduanya berjalan beriringan ke gerai yang berdekatan.
Selesai membuat pesanan minuman, Syahrul sudah tidak sabar-sabar.
"So.. What is it? Don't tell me kau nak minta kerja balik..".
"No lah! Mr. Syahrul kena tengok nie...". Dia mengeluarkan sekeping gambar dar beg tangannya.
Lama
Syahrul perhatikan barulah dia perasan Yani ada di dalam gambar tu. Dia
memakai gaun malam dan kelihatan seksi sekali. Berdiri di sampingnya adalah
seorang lelaki yang agak berusia dan Yani memeluk erat lengannya.
"So? I mean.. "
Syahrul kelu, tak tahu apa nak ditanya
"Remember I cakap dia look familiar? That guy is my dad... Juga sugar dady Yani!"
"But why?"
Dia kehabisan kata.
"Ko
couple ngan dia kan? My mum nampak korang kat restoran hari
tu. Mum suruh warn kat you. Sebab dialah.. diorang divorce!"
Trutt..truttt..
"Syahrul. Where are you? Need you now. Urgent!".
Suara Miss Ivy agak tegang.
"Sorry Anne, we talk later, Miss Ivy nak jumpa ada urgent. Anne bayarkan boleh, lupa bawa dompet".
Yang
sebenarnya Syahrul terganggu dengan gambar itu. Hanya atas rasa
tanggungjawab dia bergegas kalau ikutkan ingin
saja dia bersemuka dengan Yani, masa itu juga! Sepanjang jalannya menuju ke
ofis, satu-persatu kecurigaannya timbul. lelaki yang selalu menghantar
dan menjemputnya balik. Hidup Yani yang serba mewah dan perangainya...
Siapa Yani sebenarnya?
"Look at this! recognise?". Ivy tanpa memandang Syahrul terus menunjuk ke arah skrin monitor CCTV.
Syahrul mengamati, samar-samar dan kurang jelas, namun dia dapat mengecamnya.
"That's Yani! What is she doing?". Syahrul sendiri tidak ada jawapannya.
"You think? And see this". Lagak Miss Ivy tak ubah seperti penyiasat profesional. Dia mempercepatkan rakaman CCTV.
"Who is that?". Hati Syahrul berdegup kencang. Kelihatan seorang lelaki masuk di bilik yang sama.
"I check in our system. Presidential Suite under Martin Lewis". Miss Ivy memandangnya.
Kedua mereka tahu itu ayah Anne.
"That
Yani is sick! ini kerja dia lepas habis kerja..Sui!!! Did you explain
our policy? Did you?". Miss Ivy melenting. Tiba-tiba Syahrul pula
dipersalahkan.
"When was this?". Syahrul hanya menunduk. Dia jadi malu nak bayangkan apa yang terjadi di dalam bilik hotel.
"half hour ago.. I went out to lunch and just review..".
Miss Ivy tidak sempat menyudahkan ayatnya, Syahrul
keluar meluru ke Kaunter. Kak Rita terkejut apabila Syahrul menarik kasar peti simpanan
kunci. Syahrul mencari-cari kunci master dan setelah menjumpainya dia mempercepatkan langkahnya ke lif.
"Syahrul ada message ada untuk awak". Kak Rita melambai-lambai sambil memegang sehelai kertas.
Tapi dia tidak ada masa untuk
itu. Harus cepat sebelum betina itu pergi. Tentu sekarang dia sedang
bersedap-sedap dengan lelaki keparat tu! Tak guna! Celaka! hatinya mendidih, tangannya mengigil! Syahrul bagai nak gila. Tanpa membuang masa dia menekan loceng pintu bilik hotel. Dia meramas-ramas kunci master, dia sudah nekad akan membukanya sekiranya pintu tidak dibuka.
"Yes?". Pintu akhirnya dibuka. Memang
sah ayah Anne! Sebetulnya Syahrul hampir-hampir melepaskan tumbukan.
Baru padan biar mukanya hancur! sehancur hatinya. Dia berusaha mengawal perasaannya. Syahrul lega lelaki tua itu masih berpakaian lengkap
dengan tali leher.
"I am sorry sir, I am Syharul.. Hotel's supervisor. hmm..Yani.. Our staff, she's in your room sir?
"Yes she is... please come in".
'Ptui!' Syahrul meludah di dalam hati, dia kenal betul lelaki seperti ini. Pandai berlagak baik.
"Thanks but no thanks. Do you mind to tell her, we need to see her in the office..now.. Thanks".
Tanpa menunggu jawapan dan melihat muka Syahrul melangkah pergi. Sengaja dia tekankan ayatnya yang terakhir.
Setibanya di ofis, Miss Ivy terus menyerah sehelai surat. Syahrul dapat mengagak itu tentu surat pemberhentian untuk Yani.
"That fast?"
Syahrul maksudkan, tidakkah keputusan itu terlalu cepat.
"Yes.. Easy one. I use the standard format, I just change the
name. We have prove and she has no choice but to admit it!" Penuh yakin
dia menjelaskan. Keputusannya muktamad.
Malas berbalah, Syahrul anggukkan saja. Malah dia mula rasa ada kebenarannya.
"So.. I am done here. Just give it to her. You know what to do
right?". Tanpa menunggu jawapan, Miss Ivy keluar menuju ke pejabatnya.
Dua puluh minit yang meresahkan Syahrul. Yani muncul dengan wajah yang segar, mesti baru selesai mandi. Pakaiannya sudah bertukar.
"Mr. Syahrul.. Dapat message yang saya bagi ngan kak Rita?". Dia boleh buat biasa.
"What message? Napa awak nak tukar post jadi housekeeping? atau nak jadi prostit.."
Syahrul tidak jadi menyudahkan kata-katanya. Dia sendiri terkejut dengan apa yang hampir dikatakannya. Dilihat Yani hanya tunduk membisu.
"Ada apa-apa lagi tuduhan, Mr. Syahrul?". Suaranya lemah.
"This is termination letter from Ivy, there is nothing I can do. Guest sendiri pun mengaku you were in the room.. right?".
"We do nothing wrong and besides...".
"Yes.. Nothing happen. Sebab I cepat kalau lambat sikit... Sure korang..."
"So.. All decision final lah nie!"
"Yup. You mengaku bersalah?"
"Since there is nothing you can do. I am fine with it".
Kemudian keduanya diam. Syahrul menhela nafas dan menyerahkan surat itu tanpa memandang Yani. Yani yang berpeluk tubuh menyambutnya lemah. Hatinya menangis.
"Excuse me... I am Sorry but I need to explain this"
Masuk pula hero tua keparat nie. Yani mengangkat tangan.
"Is ok.. we are done. Lets go..."
Dan
di depan matanya sendiri, Syahrul melihat Yani menarik tangan lelaki tu dan membawanya pergi.
Melihat itu hatinya tidak sakit lagi, Yani memang layak bersama dengan
lelaki itu. Perempuan murahan dan lelaki tua miang adalah sungguh sepadan dan ideal. Syahrul bersyukur melihat semua itu!
..........................................................................................................................................................
(Layan juga lagu ni.. Teruskan pembacaan)
Seminggu
lamanya Syahrul bercuti dia hanya menyampaikan teks pesanan ringkas kepada Miss Ivy. Tak semena-mena dia demam selepas peristiwa itu.
Walaupun melihat sendiri semua bukti di depan mata namun hatinya masih belum
puas. Syahrul akhirnya menyalahkan dirinya yang buta tidak melihat siapa Yani yang sebenarnya. Syahrul enggan mengakui betapa dia merinduinya. Secara tiba-tiba Yani sudah berada di biliknya. Dia menyuruhnya menutup mata dan membuat hajat. Kemudian Syahrul terdengar bunyi ketukan pintu bertalu-talu. Dia terjaga, apa punya mimpilah! Syahrul menggosok-gosok mata, dia malas memikirkannya.
"Rul... Ada tetamu datang. Keluarlah kejap..". Ibunya melaung dari luar bilik.
Entah siapalah tetamu yang dimaksudkan. Dia gagahkan diri untuk bangun. Terasa berat betul badannya akibat terlalu banyak tidur.
Entah siapalah tetamu yang dimaksudkan. Dia gagahkan diri untuk bangun. Terasa berat betul badannya akibat terlalu banyak tidur.
"Mr.Syahrul dah sihat?"
Kelihatan Kak Rita dan Kak Dayang duduk di sofa ruang tamunya. Memakai pakaian seragam hotel.
"Hai berdua ja.. Mana Miss Ivy? tak datang jenguk?". Guraunya.
"Kami berdua jer. Miss Ivy kirim salam". Kak Rita bersahaja.
"Hah! jangan tipulah kak. Mana amoi tu pandai kirim salam!".
Semua tergelak. Ibu Syahrul pun turut tergelak sama. Dia sebenarnya gembira melihat anaknya.
"Mr.Syahrul kami tak boleh lama nie sebab akak kerja petang. Saja nak melawat dan.. juga nak bagi pesanan orang".
Kak Dayang menyerahkan sebuah bungkusan hadiah.
"Ni apa pula ni kak? Tak payah susah-susah". Tapi hadiah itu sudah beralih ke tangannya.
"Hmm.. Tu dari Yani. Dia datang kat rumah akak semalam. Dia suruh sampaikan".
Jelas Kak Dayang. Serentak, Kak Rita yang duduk paling hampir dengannya memegang bahu dan mengusapnya lembut.
"Mr. Syahrul.. Hari kejadian tu, silap akak terlupa bagi message Yani. Sebenarnya dia minta awak naik temankan dia berjumpa dengan ayah Anne."
Syahrul hanya tunduk membisu, malas nak ungkit kejadian gila tu.
"Bukan salah akak pun. Masalahnya.. kenapa yang dia masuk bilik tu?"
"Kakak ni adik bongsu kepada ibu Yani. Ibunya dan ayah Anne sebenarnya hampir-hampir berkahwin tapi mendapat tentangan dari keluarga masing-masing kerana berlainan agama. Namun mereka tetap teruskan hubungan sehinggalah ibu Yani mengandung. Dia merahsiakan dari ayah Anne kerana tidak mahu menghalang perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya. Hubungan mereka terputus begitu saja. Setelah melahirkan Yani, dia membawa diri ke Indonesia. kakaklah yang menjaganya
sehingga dia berumur 10 tahun. Yani dapat tahu kisah hidupnya dan berkeras minta dihantar ke rumah
anak-yatim. Ketika itulah akak menghubungi ayah Anne agar menghalang keputusannya. Barulah ayah Anne tahu dia punyai anak perempuan yang lain, dia tidak bersetuju dengan keputusan Yani dan menyediakan sebuah rumah siap dengan pembantu rumah
untuknya. Lama-kelamaan ibu Anne mendapat tahu dan minta diceraikan.
Walaupun Yani setuju tinggal di rumah yang disediakan, hubungan mereka
tidak pernah baik. Yani tidak dapat terima dengan status dirinya
sebagai anak yang dilahirkan tanpa berkahwin. Hanya sejak kebelakangan ini hubungan mereka semakin baik".
Kak Dayang menyudahkan ceritanya dan menghela nafas panjang.
"Napa yang Anne kata ayahnya sugar daddy Yani? oh.. dia saja nak fitnah!"
kemarahannya tiba-tiba kembali. dia teringat wajah Anne yang penuh dendam.
"Bukan..
Anne salah faham. Dia tidak pernah jumpa Yani. Dia salah faham
apabila ibunya mengatakan dialah punca penceraian mereka".
Bersungguh Kak Dayang menjelaskan.
"Dan..
Pada hari tu, Yani ingin menyambut birthdaynya. Akak
yang cadangkan Yani supaya bilik itu didaftarkan atas nama
ayahnya..Hmm.. Supaya Ms. Ivy tak banyak tanya. Dan dia jemput Syharul
sekali untuk perkenalkan dengan ayahnya".
Syahrul hampir
terjelepuk mendengarnya. Dia ingin menangis
semahunya. Syahrul berlagak tenang, mengambil bungkusan hadiah dan membawanya masuk
ke bilik. Tanpa membuang masa dia membuka kotak hadiah itu, di
dalamnya ada sehelai baju 'T'. Pada depannya tertulis
'Taken by miss receptionist'. Syahrul tercari-cari kiranya ada nota atau
surat yang diselitkan.. Tidak ada! Hampa..Ketika membelek bahagian
belakang t'shirt barulah dia terperasan;
"Punya main sukar nak tackle supervisor nie".
Tarik-tarik tali; kadang care tapi selalu buat tak hirau
Jual-jual mahal; puas aku urat, tapi dia boleh buat tak tau
Hanya sekali ucap 'rindu'
Yang buat malamku terigau-igau,
Siangku terangau-angau,
Katanya;
Ni tempat kerja!
tapi camana melihatnya setiap hari.. cair aku!
tak lihatnya sehari rindunya.. aku!
Katanya lagi;
Kalau nak main lepas kerja!
Terpaksalah aku buat voucher palsu,
Itulah pertama kali janji temu.
Terpaksa aku sakit,
Baru dapat naik keretanya.
Aku hidup sendiri selama ini,
Izinkan untuk temani hati ini!
Sayang Mr. Supervisor!
.........................................................................................................................................................
Seminggu yang begitu membosankan buat Yani. Dia ingin mencari kerja tapi papanya tidak membenarkan. Telefon bimbitnya berbunyi.
"Assalamualaikum.. bisa bicara ngan Non. Yani?"
"Iya.. Eh.. Walaikumsalam. Siapa ya?"
Yani kebingungan. Mamat Indon mana pula nie?
"Panggil aja Mas Joko. Kebetulan saya baru balik dari Indonesia. Ada titipan barang buat kamu. Bisa ketemu non?"
"Gimana kamu dapat nomorku? Siapa yang titipkan? kamu ini main-main ya! Siap kamu!!!"
Untungnya punya pembantu rumah Indonesia, Dia sudah biasa berkomunikasi dengan loghat itu.
"Engga Non. Kok dituduh main-main, saya lagi cuman bantu. Soalnya mau ketemu engga? Kalau engga, ya sudah!"
Yani
terpaksa bersetuju, dia terpaksa pertimbangkan bimbang kalau-kalau itu barang
yang dihantar oleh ibunya. Banyak songeh pula Mamat Indon tu! nak jumpa
pun kat hotel eksklusif..
ngada-ngada betul! Harus kena belanja makan. Apa-apalah.. Yani
sanggup... Ibu aku rindu kamu! Hati Yani bedegup kencang. Dia amat
yakin itu dari ibunya.
Dia bagai tidak sabar untuk
berjumpa dengan mamat Indon itu. Yani datang awal malam tu, dia hanya
menunggu di lobi. Dia masih berkira-kira apa yang patut ditanya kepada
Mamat Indon tu, banyak yang ingin ditanyanya.
Telefon berbunyi. 'Mas Joko. hmm mamat Indon tu!
"Iya.. Di mana saja kamu Mas Joko? jadi engga kita ketemu?"
Yani sudah tidak sabar, jangan tak jadi pula! doanya di dalam hati.
"Asalamualaikum..
Tenang non. Engga sabar ya? Waduh saya lagi engga sabar pingin jumpa! Mendengar suara saja saya sudah dapat menebak non ni orangnya cantik ya..".
Mendengar itu, hati Yani jadi panas. Gila mamat Indon nie!
"Heh! Kamu jangan macam-macam ya! Apa kamu ingat saya ni apa ya! Brengsek! Saya lapor pada polisi!"
'Tut!' talian dimatikan.
'Mampus
aku! Kenapalah aku tak boleh bersabar'. Yani
menyumpah-nyumpah dirinya! berulang-kali dia menghubungi nombor itu tapi
tidak berjaya. Mungkin mamat Indon tu cuma bergurau. Mesti dia dah
takut nak jumpa. Dia kebingungan, perasaan marahnya bertukar menjadi
sedih. Airmatanya mengalir, punah segala harapannya untuk mengetahui
tentang ibunya. Tak apalah dia akan terus cuba untuk menghubungi semula. Dia akan memohon maaf dan akan belanja makan di mana pun
jua. Dia hampir hendak pergi apabila terlihat kelibat seseorang.
Yani mempercepatkan langkahnya.
"Ehh.. Yani!"
Yani berhenti dan enggan menoleh. Itu Syahrul. Kalau boleh dialah orang terakhir yang dia nak jumpa!
"Yani please.. Nak pergi mana tu?"
"Rasanya tak ada kena-mengena dengan awak. Saya nak cepat nie!"
Kacau betul! Yani sangat tidak selesa. Tapi dia perlukan bahu seseorang untuk menangis.
"Ok then...". Syahrul melangikah pergi.
Tak
habis-habis ego Syahrul tu! Dia pula terpaksa mengejarnya dan..
sedar-sedar dia dah memeluk Syahrul dari belakang. Tangisnya teresak!
entahlah dia menangis untuk rindunya pada lelaki itu atau kerana
kekesalannya tidak dapat berjumpa dengan Mas Joko.
"Yani.. Kenapa nie? Napa nangis? orang tengok.. malu.."
Suara Syahrul lembut memujuk. Diusap bahu Yani lembut. Yani berbisik.
"Syah... Yani.. lapar!"
Sedari Yani belum makan apapun sejak tengahari tadi. Perutnya berkeriut.
"Jom.. Saya belanja. Tapi..." Syahrul separuh berbisik. Apa pula nie? kening Yani berkerut.
"Saya tiada kad baucherlah amoi!
Yani
menjeling tajam. Tak sangka Syahrul dah pandai buat lawak. Dicubitnya
perut Syahrul sekuatnya. Syahrul pula mencubit hidungnya dan menghulur
tangannya. Keduanya tertawa.. berpimpin tangan ke restoran di hotel
tersebut.
Rasanya cerita ini berbaloi ditamatkan di
sini. Ini kisah cinta yang berakhir dengan 'happy ending". Semuanya
telah selesai! Tapi.. belum habis lagi rupanya! Mereka masuk ke restoran,
tanpa menyedari ada mata yang memandang dari jauh!
"Yani.. Duduk kejap ok. Saya nak pergi tandas kejap jer.. Jangan nakal-nakal tau!". Jari telunjuk Syahrul memberi amaran. Yani
mengangguk berlakon jadi budak baik.
Sepeninggalan Syahrul, Yani cepat-cepat menghubungi Mas Joko,
kalau-kalau telefon itu telah dihidupkan.
"Assalamualaikum... Saya mohon jangan ditutup telefonnya. Saya mohon maaf! Saya pingin ketemu kamu. Saya pohon..Tolong ya...". Yani cepat-cepat menghabiskan ayatnya, bimbang betul talian diputuskan.
"Maaf non, saya engga bisa jawab salamnya. Saya lagi di tandas.. lagi berr... Napa ya non?".
Yani
menutup hidungnya, dia bagaikan terbau bau busuk. Namun dia lega, tidak ada
tanda-tanda mamat indon tu marah kepadanya. Miangnya pun sudah
kurang.
"Gini... saya masih lagi di hotel. kamu langsung terus ke restoran. Kita jumpa di situ. Saya makai baju warna merah. Kamu?"
"Ya kebetulan saya juga di restoran hotel. Saya numpang toilet. Ya udah sukses! Bentar ya.."
Yani
hampir termuntah, tak senonoh betul mamat Indon tu! Dia mengurut-urut dadanya dan menarik nafas. Tanpa disedari ada seseorang berdiri di belakangnya. Wanita itu memegang bahunya, Yani pantas berpaling. Dilihatnya ada seorang wanita cantik sedang memerhatikannya. Pandangan sayu dan matanya berkaca-kaca, seperti bila-bila masa saja akan menumpahkan air mata. Wajah wanita itu
seperti dikenalinya. Tapi dia kurang pasti di mana pernah berjumpa
dengan wanita itu.
"Yani sayang.. Ini ibu. Ini ibu kamu...sayang!!!"
Yani
tergamam. Dia betul-betul terperanjat. Dia hanya membiarkan wanita
itu memeluknya. Dia masih dalam keadaan duduk. Rasanya kalau ini mimpi, Yani tidak mahu dikejutkan. Ini mimpi yang terlalu indah buatnya. Wanita itu mendongakkan sedikit dagu Yani.
"Yani.. Marah
dengan ibu? Ibu minta maaf nak. Ibu hidup susah di Indonesia. Tidak
punya uang balik ke Malaysia. Ibu juga kehilangan semua alamat
perhubungan. Marahlah ibu nak.. Marahlah.. Ibu terima".
Barulah
Yani kembali ke dunia nyata. Barulah dia terasa kehangatan tubuh
ibunya. Dia lantas bangun dan memeluk ibunya. Hatinya meraung kegembiraan.
"Nak mari ke kamar Ibu.. Ibu check in di sini. Kita bicara puas-puas di situ!"
"Ya ibu. Tapi... Saya ada janji nak jumpa orang. Ibu kenal Mas Joko?"
"Iya.. Ibu lagi lupa.. Mas Joko itu sudah pergi. Dia itu kawan ibu. Dialah yang bawa ibu ke mari".
"Oh gitu ya..."
Ketika itulah Syahrul sampai. Yani memperkenalkannya dengan ibunya. Keduanya bersalaman, sejuk hati Yani apabila Syahrul mencium tangan ibunya. Ibu Yani turut mempelawa Syahrul ke bilik hotel, Semuanya
gembira melangkah ke lif. Yani dan ibunya seperti tidak boleh berenggang.
Yani tidak puas-puas memandang ibunya. Ibunya masih jelita dan langsung
tidak dimamah usia, gambar yang ada padanya agak kabur. Yani tersenyum
bangga dia mewarisi kejelitaan ibunya dan hidung mancung dari ayahnya.
Sesampai di bilik;
"Ayoh nak! kita masuk"
Yani mengangguk. ibunya tersenyum. Syahrul hanya mengikut di belakang.
"Surprise!!!"
Yani
menjerit memeluk ibunya. Bukan ini yang dia jangkakan. Dia hanya
ingin bersendirian dengan ibunya dan mungkin juga dengan Syahrul. Yani
menutup mata dan memeluk erat ibunya.
"Yani.. mereka semua inilah yang membantu ibu balik ke sini".
Dia membuka matanya perlahan. Satu-persatu wajah yang dikenalinya...
Papa, Kak Dayang, Kak Rita, Anne, ibu Anne dan ada satu wajah yang memeranjatkannya.
"Miss Ivy?"
Sebelah keningnya terangkat.
"Yes. I buat part-time as an investigator. but for you FOC.. as long as you forgive me".
Miss
Ivy mengecilkan matanya yang sepet. Yani memandang ibunya sukar untuk
mempercayainya. Ibunya mengangguk dan tersenyum.
"Semuanya sudah selesai, kita simpan kisah lama dan buka buku baru ok". Ibu Anne bersuara.
Tiba-tiba lampu mati, sekali lagi Yani menjerit. Dia bukanlah orang yang takut dengan gelap tapi kejutan demi kejutan membuatkannya jadi begitu.
"Semuanya sudah selesai, kita simpan kisah lama dan buka buku baru ok". Ibu Anne bersuara.
Tiba-tiba lampu mati, sekali lagi Yani menjerit. Dia bukanlah orang yang takut dengan gelap tapi kejutan demi kejutan membuatkannya jadi begitu.
Kemudian ada cahaya lilin... dan kek.. Syahrul membawanya sambil menyanyi. Kemudian diikuti oleh semua.
"Happy belated birth.. day,
happy belated birth..day,
happy birthday Yani,
happy belated birth.. day"
Sekiranya
hanya mereka berdua, mau saja Yani mencium Syahrul. Wajahnya begitu
kacak dengan kesamaran cahaya lilin. Syahrul membawa kek betul-betul di
depannya.
"Ayoh tiup keknya non.."
Yani
tersentap... dia kenal suara itu.. dia meniup lilin. Syahrul memberinya pisau dan mengisyaratkan untuk potong kek. Yani memotong
keknya.
"Ok... Yani minta Syah pejam mata, kita buat hajat bersama!"
Syahrul teringat akan mimpinya. Mimpi itu kini jadi kenyataan. Dia menurut saja. Ketika Syahrul menutup matanya, Yani pula sibuk mencabut semua lilin di keknya. Selesai itu, dia mengambil kek dan membaling kek ke muka Syahrul.
"Ini buat Mas Joko!". Syahrul terkejut. Dia membersihkan kedua belah matanya. Ibu Yani tergelak kuat. Yang lain terdiam kehairanan. Syahrul mendekati Yani. Tiba-tiba Syahrul dengan pantas menyebam muka Yani ke kek. Semua terkejut dan kebingungan.
"Dan itu untuk Lily Chong!".
Kemudian
keduanya ketawa terbahak-bahak dan barulah yang lain
turut sama ketawa.
"Ya udah.. kalian pergi bersihkan muka. Ayoh!". Arah ibu Yani, masih pekat dengan loghatnya.
Syahrul menghulurkan tangan dan Yani menyambutnya dengan mesra. Mereka menuju ke tandas.
"Jahat! Mas Joko konon!!!"
"Lily Chong lagi jahat!"
"Syah guna nombor siapa telefon siapa call Yani tadi?"
"Nombor siapa lagi, nombor ibu Yanilah".
"Mana Syah dapat nombor Yani".
"Hai lupa kah? Kan si Lily Chong yang lurus tu call guna handphone".
Masih banyak yang Yani ingin tanyakan tapi cukuplah buat setakat itu, Yani yakin mereka akan punya banyak masa untuk bercerita.
"Baju Syah kotor".
"Is ok... Yani tukar baju ni!"
Entah dari mana tiba-tiba ada sehelai baju 'T 'di tangannya. Syahrul tersenyum meninggalkannya, dia juga menukar bajunya di luar. Kedengaran riuh-rendah di ruang tamu Suite, mereka tengah menjamu selera.
Yani membelek-belek baju yang diberikannya. Pada depannya tertulis 'Taken by Mr. Supervisor', manakala pada bahagian belakangnya tertulis;
Yani membelek-belek baju yang diberikannya. Pada depannya tertulis 'Taken by Mr. Supervisor', manakala pada bahagian belakangnya tertulis;
"Punya gila receptionist nie!".
Mana aku pergi, ada dia- saja nak tunjuk muka kiut
Apa aku ajar, dia buat hal- sempat nak flirt!
Hanya sesekali dia innocent
Yang lainnya buat aku gawat
aku yang baik jadi kekwat
Katanya;
Janji tau main lepas kerja!
tapi bila dilayan.. marah.. gila tak?
tak ganggu ku sehari tak cukup syarat!
katanya;
Tak biasa supervisor hensem!
hingga aku contol macho ala combat,
akhirnya aku jadi si Mas Joko sebagai ubat.
Selama ini hidupku normal,
tapi tanpa cintamu aku gila!
Selama ini hidupku normal,
tapi tanpa cintamu aku gila!
Sayang Miss. Receptionist
Kemudian keduanya keluar serentak, semua memandang mereka. Miss Ivy masih dengan riak tidak puas hati. Maklumlah seorang penyiasat.
"Now tell us.. what about it? Mas Joko...Lily Chong?".
Yani
dan Syahrul hanya tersenyum, mereka berjalan beriringan lagak model dan berhenti betul-betul di depan Miss Ivy. Menunjukkan bahagian depan dan kemudian menunjukkan bahagian belakang baju
mereka. Miss Ivy membacanya, mukanya berkerut seribu, dia tidak faham apa maksudnya tapi dia buat-buat angguk dan tersenyum.
(Lagu ini mengilhamkan jalan cerita nie)
Abaikan pengenalan kisah ini. Abaikan juga sub-tajuknya yang seolahnya berakhir dengan 'sad ending'. Kehilangan mengajar kita untuk lebih menghargai sesuatu yang selama ini tidak dihargai. Kita senantiasa mengharapkan sesuatu
berakhir dengan baik. Dengan itu kisahnya ditamatkan di sini. Akhiran
yang bahagia. Itu lagi baik!
TAMAT
Alhamdulillah... Tepat seminggu penghasilan cerpen ini akhirnya siap.
- Percubaan pertama ini banyak mengunakan pengalaman (kerja hotel) bagi menghidupkan jalan cerita.
- Jalan cerita diilhamkan melalui lagu (Kehilangan-Firman).
- Watak-watak yang terwujud melalui pengamatan kepelbagaian karakter rakan-rakan (yang gila-gila).
- Paling mencabar dalam penulisan ini ialah mencipta perkaitan antara satu cerita dengan yang lain. Penulis akui amat lemah sebagai narator, sehingga hasilnya tak ubah seperti sebuah prolog.
Terima kasih buat;
Isteriku - Kerana memahami dan turut memberikan idea
Anak-anakku - Yang memberi pelbagai emosi ketika menulis
Rakan blog (Nong Andy) - Kispen, cerpengnya mencabarku
dan tidak lupa juga buat pembaca budiman sekalian!
p.s: Silalah beri komen, apa jua yang baik untuk memperbaiki mutu tulisan. Saya akan terima dengan hati terbuka.
Comments
Yani.. cool!! paling penting aku nak cakap--->BEST!!
sweet gila. byk 'perasaan' di letakkan di tempat yg betul dlm cerpen ini.. yeah! akhirnya penantian ini berbaloi hehehe...
moral of the story.. lelaki tetap lelaki.. alim-alim kucing tapi tetap cair dgn perempuan muahahaha!
Adoi.. saya sendiripun tak larat nak baca balik. Baca bila ada masa kak, supaya ada feel..
Kamu patut sokong si Yani :)
Dia dengan watak gila-gilanya cuma 'berabis' mau pikat Syahrul sampai disalahertikan. Macam 'gete' pun iya si Yani nie.
Syahrul tu banyak kepada saya sendiri. (Perasan!) Iyalah dulu saya supervisor juga.. saya sebolehnya elak nak bercinta dengan staf.
p.s: Nong saya tidak perasan ter'publish' yang belum diedit. Baru publish yang betul-betul punya selepas last editing.
ingatkan sedih ceritanye
haha
bagus2 ceritanya
wahh yani sangat advanced
seram pulak
aku suka watak Yani tu.. dan jalan ceritanya.. hehhe
ekkikikiki...
sila buat lagi cerpen :)