Posts

Showing posts from January, 2013

Have a nice day! (ii)

Image
Beginilah laluan ulang-alik ke tempat kerja. Perjalanan memakan masa lebih kurang lima belas minit.  Tanpa rintangan lampu trafik.  Perjalanan ini turut menyusuri pesisiran pantai memutih dengan pemandangan laut biru saujana mata memandang.  Sedikit masa lalu saya hampir bepindah kerana dinaikkan pangkat.  Namun saya menolaknya atas sebab-sebab yang sehingga kini saya tidak menyesal.  Laluan ini turut menguatkan semangat semasa membuat keputusan itu.  Alhamdulillah syukur nikmat! Gambar ini pernah saya gunakan sedikit masa lalu untuk menggambarkan laluan ke tempat kerja.  Jauh bezanya namun kehijauan tetap sama. HAVE A NICE DAY!

Ada berani bawa hutang ke liang lahad?

Image
Bab hutang boleh menyebabkan saya hilang selera makan kalau teringatkan.  Apatah lagi sekiranya si Polan yang memberi hutang duduk berdekatan (contoh kes).  Saya seorang yang amat mudah memberi pinjam kepada orang namun untuk menuntut semula bayaran sesukar untuk mencium dahi sendiri (contoh mengada).  Tahun ini saya akan pastikan segala hutang (pinjaman) diinsuranskan bagi mengelakkan beban sekiranya berlaku apa-apa.  Saya juga seboleh mungkin akan maklumkan si isteri (takkan nak mengadu kat ibu) sekiranya berhutang.  Dan saya belajar untuk tidak memberi hutang kepada sesiapa (kecuali yang mempunyai keboleh-percayaan yang tinggi untuk membayarnya) bagi mengelakkannya menanggung hutang serta azab! p.s: Saya bukanlah seorang yang mudah untuk menghalalkan (terutama dengan orang-orang yang mencari sengketa) .  Sebabnya, kalaupun benar saya hendak  halalkan biarlah dengan hati ikhlas dan bukan terpaksa-paksa. Adat berhutang wajiblah dibayar!(Bukan begitu?)

Perutusan Tahun Baru 2013

Image
T idak seperti pada tahun-tahun yang sudah-sudah (Sejak kebelakangan ini suka menggandakan ayat, mungkinkah satu petanda akan dilipat gandakan rezeki?) saya menyambut tahun baru dengan membeli sesuatu benda baru.  Saya tidak memerlukan baju, seluar, kasut atau beg baru namun saya hanya perlukan ini bagi meraikan semangat tahun baru.  Ianya adalah Book Planner, organizer atau ada juga yang mengayatnya begini "Ni.. kau punya diari tertinggal dalam kereta aku semalam". S aya akan membeli seminggu sebelum tahun baru dan akan mula memindahkan data penting ke dalamnya.  Terutama sekali akaun-akaun bank termasuklah kaum keluarga dan kawan-kawan yang selalu berurusan debit-kredit. Tarikh-tarikh penting akan saya kemaskini mengikut kalendar perancangan yang telah disediakan dan tidak dilupakan tarik-tarikh keramat ; ulangtahun perkahwinan, harijadi dan banyak lagi (ni ayat yang saya suka guna semasa buat karangan sekolah rendah).  I a juga berperanan sebagai buku catatan