Perutusan Tahun Baru 2013


Tidak seperti pada tahun-tahun yang sudah-sudah (Sejak kebelakangan ini suka menggandakan ayat, mungkinkah satu petanda akan dilipat gandakan rezeki?) saya menyambut tahun baru dengan membeli sesuatu benda baru.  Saya tidak memerlukan baju, seluar, kasut atau beg baru namun saya hanya perlukan ini bagi meraikan semangat tahun baru.  Ianya adalah Book Planner, organizer atau ada juga yang mengayatnya begini "Ni.. kau punya diari tertinggal dalam kereta aku semalam".

Saya akan membeli seminggu sebelum tahun baru dan akan mula memindahkan data penting ke dalamnya.  Terutama sekali akaun-akaun bank termasuklah kaum keluarga dan kawan-kawan yang selalu berurusan debit-kredit. Tarikh-tarikh penting akan saya kemaskini mengikut kalendar perancangan yang telah disediakan dan tidak dilupakan tarik-tarikh keramat ; ulangtahun perkahwinan, harijadi dan banyak lagi (ni ayat yang saya suka guna semasa buat karangan sekolah rendah). 

Ia juga berperanan sebagai buku catatan ketika perbincangan atau mesyuarat dan ada ketikanya sebagai alat pencetus perasaan boring dengan segala lakaran doodles dan bait-bait puisi jiwang karat.  Saya membawanya ke hulu dan ke hilir bukan saja di pejabat tetapi juga ketika keluar berurusan di luar pejabat.  Saya mengambil iktibar terhadap kes klasik yang saya alami apabila beratur panjang untuk memasukkan duit dalam Cash Deposit Machine tapi akhirnya menjadi sia-sia apabila tiba giliran telefon bimbit mati kehabisan bateri.
 Saya inginkan yang begini.  Mana mau dapat?
Saya mengingat-ingat dari siapa saya mengikut amalan menggunakan organiser.  Dan baru saya teringat menirunya dari Daddy yang merupakan bekas polis.  Selain dari buku log Polis yang dibawanya ke tempat kerja beliau juga mempunyai buku organsier peribadinya.  Saya suka membacanya dan mentertawakan tulisannya yang buruk dan menganggap mungkin beliau menulisnya ketika sedang mengantuk.  Kini baru saya ketahui itu adalah tulisan trengkas (maklum dengan tugasnya sebagai penyambut berita iaitu menerima berita secara morse-code dan menulisnya secara trengkas). 

Ya.. Si Seksi Bani (bekas penulis blog)  pernah mengesyorkan untuk menggunakan segala alat elektronik yang kini berlambak di pasaran bagi menggantikan peranan organiser tu (mungkin letih dengan isu tertinggal diari di keretanya) namun saya lebih gemar dan memilih untuk menulis dengan pen dakwat berbanding pen elektronik.  Saya pernah memakainya namun saya inginkan penyelesaian kepada kes klasik yang saya alami selain dari kepuasan yang lebih menggunakan buku organiser.

Sudah tentu banyak juga kelemahan menggunakannya terutamanya gaya yang kurang glamour berbanding dengan membawa tablet. Sama ada paranoia atau inferrior saya perasan mata-mata yang memandang dengan pelik seolah-olah saya sedang membawa anjing Paris Hilton (ok.. rasanya contoh melampau).  Mungkin kerana itu saya tidak membelinya tahun ini.  Namun begitu, hati ini meronta-ronta untuk mendapatkannya juga.
 
Selamat Tahun Baru dengan kecerdikan yang baru dan perbetulkan kebodohan yang lama.

AdieAchim: Tajuk entri bertujuan untuk menarik traffik. 
Kredit: Gambar oleh Google



Comments

Kayu Manis said…
This comment has been removed by the author.
Adie Achim said…
K.Nor:
Betul.. sangat mudah!
Nong Andy said…
hahaha.. adie.. lain halnya dengan aku... tiap-tiap tahun beli. Tapi isinya tiada.. myb 1st few month ja yg ada conteng2 dlm buku tu.. tapi yg lain kosong smpai ujung tahun :p

tahun ni aku nda payah beli.. ada dapat free dari Etiqa. tapi yang nda best besar macam F4 pula...
Adie Achim said…
Nong:
HUhu.. biasalah tu. Kalau Planner untuk office yang kena bagi free tu sy pun isi bahagian muka depan. Dalamnya kosong ;P

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!