Beliau
Salam buat pembaca budiman!
Beliau memilih 'Adie Achim' sebagai nama penanya semasa berkarya, sudah terlalu lama syok sendiri bersembunyi di balik karya-karya 'biarlah rahsia' dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi hasil nukilannya.
Beliau adalah dalam keadaan yang amat sedar dan berpijak di bumi yang nyata, bahawasa penulisannya amatlah kurang nilai mutu dan begitu daif ilmu mengarang. Sungguhpun demikian dek minat beliau berusaha untuk memperbaiki kelemahan.
Beliau amat bersyukur kerana kerjayanya amat mendokong ke arah itu: ibarat semut bermandikan gula. Semua bentuk aksesan amat membantu dan memungkinkan untuk memperoleh segala maklumat yang diperlukan.
Beliau ingin bebas berkarya tentang apa jua bentuk penulisan dan sekali-sekala cuba untuk berkongsi pengalaman hidup serta melontarkan pendapat peribadi tentang isu semasa. Moga mendapat manfaat dan kalau ada silap dan salah mohon ampun jua dipinta.
Beliau amat berbesar hati sekiranya pembaca dapat meninggalkan komen atau maklum balas agar dapat membantu memperbaiki kelemahan diri. Al-maklumlah penulis bukanlah seorang yang profesional cuma sekadar melalui proses 'cuba-cuba' dan 'suka-suka'.
TERIMA KASIH!
Comments