Celoteh karat
Salam hormat,
Jadinya saya hanya merenung kosong pada ruangan entri tanpa punya sebarang idea untuk ditulis (Saya terhidu bau karat). Kalaulah benar blog boleh bersawang sudah tentu ada juga kerja membersihkan yang boleh dibuat. Akhirnya saya putuskan untuk membaca balik entri laris dan membetulkan mana-mana kesalahan ejaan, frasa dan mana-mana tanda yang sesuai dan kurang sesuai digunakan. Maklum dengan stail penulisan saya yang selalu terburu untuk siapkan hasilnya. Pernah terjadi oleh kerana terlalu ghairah hendak klik 'publish' maka saya tersiar bahan yang belum dimurnikan, jadinya saya yang menulisnya pun pening lalat untuk memahami apa yang ditulis apatah lagi pembaca. Lalu saya jadi kesal bukannya senang untuk mendapatkan satu atau minit masa dari pembaca untuk menatap blog yang hanya pada akhirnya hanya membuang masa. Contoh terbaik yang boleh saya tunjukkan ialah seperti sekarang ini dari tadi saya hanya bercakap kosong tanpa motif yang jelas. Untuk itu saya berhenti di sini dan untuk tidak mensia-siakan maka saya hidangkan entri yang telah dimurnikan dengan imej anak yang telah dikomikkan, saya juga telah buat sedikit penambahbaikan. Bagi saya, inilah titik permulaan untuk saya kembali menulis.
Nilah 'Adik' watak dalam dia anakku |
p.s: Sehingga ke hari ini, saya masih terkesan dengan mimpi itu.
Comments
kak alu2kan sgt utk menulis semula.
Takde lah kak.. sibuk sangat ni baru selesai. SYukur Alhamdulillah adalah masa nak buat entri. InshaAllah..
walaupun membisa...ku tetap membaca
betul penulisan yang jujur lagi menarik!
Terima ksih dan saya akan ingat kamu setiap kali menulis.