Terima Kasih.

Yang dihargai!

Penghikayat

Blog Archive

19.6.12

1 Liter of Tears



Walau hanya dengan 11 episod, ia berjaya menyentuh jiwa (atau saya memang seorang yang berjiwa sensitif?).  Drama adaptasi dari kisah benar seorang gadis Jepun bernama Aya.  Dia hanya berumur 15 tahun ketika menghidap penyakit yang belum ada ubat dan penawar iaitu 'spinocerebellar degeneration'. 

Drama itu diolah berdasarkan diari yang ditulis oleh Aya sehingga dia sudah tidak berupaya memegang pen untuk menulis.  Kecekalan hatinya untuk terus hidup dan menerima apa yang berlaku adalah satu hakikat dan badannya yang sakit itu adalah dirinya.

Pada saya detik-detik mencemaskan apabila penyakit itu mula menyerang; sering jatuh, tidak boleh bergerak, tidak boleh menganggar kedudukan objek dan tidak boleh memegang.  Kemuncak ialah apabila dia tidak boleh berjalan, menulis, bercakap dan menghadapi kesukaran untuk makan.

Aya hidup dalam keluarga yang sederhana dan keluarganya mengusahakan perniagaan membuat 'tofu'.  Yang menariknya apabila melihat semua ahli keluarganya bangun awal pagi untuk membuat 'tofu'. Malah mereka ada mesin perakam waktu (saya membayangkan untuk diaplikasi di rumah bagi tujuan menjaga waktu solat.. Camana agaknya?)

Kebetulan ibu Aya seorang penasihat kesihatan yang sentiasa memberi nasihat kepada orang awam untuk menjaga kesihatan.  Betapa hancur hatinya melihat anaknya yang selama ini begitu aktif bersukan (Aya pemain bola keranjang) akhirnya jatuh sakit.  Saya melihat kekuatan dan peranan yang kuat oleh ibunya (atau mungkin keberkesanan pelakon tapi saya yakin ibu Aya seorang yang kuat)

Telatah bapa Aya amat mengelikan hati, dia seorang yang cepat mengelabah dan sangat sayangkan anaknya.  Sikapnya yang kelam-kabut dan mudah menangis begitu menghiburkan.  Bapanya cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan masalah keluarga dan paling penting cuba untuk tidak menunjukkan kesedihannya di depan keluarga. Dia terpaksa berlagak kuat dan sentiasa memberi semangat pada keluarganya.

Aya adalah anak sulung dan dia punya dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Adik-beradiknya turut merasai penderitaan yang terpaksa ditanggung akibat penyakit yang dideritai oleh kakak mereka.  Walaupun pada awalnya mereka menghadapi kesukaran untuk menerima namun pada akhirnya mereka bersatu, malah sentiasa mencari peluang untuk bersama Aya mengharungi penderitannya sehingga detik terakhir dalam hidupnya.

Konflik yang turut mencabar Aya ialah ketika sesi persekolahannya, dia sedar dirinya menjadi perhatian dan sering menyusahkan kawan-kawannya. Pergerakannya yang terbatas dan menggunakan kerusi roda  menyebabkan aktiviti kelas yang bermula lewat kerana  terpaksa menunggunya.  Pada akhirnya Aya membuat keputusan untuk berpindah ke sekolah khas bagi orang kurang upaya.

Turut diselitkan kisah percintaan yang tidak kesampaian, apabila Aya ditinggalkan oleh kekasihnya(senior di sekolahnya) apabila dia mula sakit dan berkerusi roda ke sekolah.  Pada masa yang sama ada seorang rakan-sekelasnya (lelaki yang selalu bersamanya dalam youtube di atas) yang begitu mengambil perhatian  terhadap dirinya.  Mereka ada hubungan istiemewa namun ditentang oleh ibu-bapa lelaki yang tidak mahu anak mereka kecewa.  Namun Aya tidak pernah memaksa untuk diberikan perhatian kerana dia tahu akan pergi buat selamanya. 

Aya sentiasa ingin membuat sesuatu untuk membantu orang lain namun dia terpaksa akur penyakitnya semakin teruk. Atas galakkan ibu dan cikgu (di sekolah khasnya) dia menulis tentang pengalaman hidup serta nasihat untuk mereka yang senasib dengannya. Tanpa disedari, Aya sebenarnya memberi inspirasi kepada ramai orang untuk lebih menghargai hidup.

Akhirnya Aya pergi juga, dia mengizinkan badannya digunakan bagi tujuan penyelidikan penyakitnya. 





Saya akhiri dengan lagu koir yang diketuai oleh Aya, ketika ini dia mula merasakan kelainan pada dirinya namun dia berusaha untuk menyudahkan tugasnya. Pada hari yang sama dia bakal mengetahui penyakitnya.

p.s: Secara jujur, saya mula menghargai hidup lebih dari sebelumnya.


8 comments:

Nong Andy said...

menarik sekali la adie,

tapi kan apa tajuk dia?

aku pobia ni tgk korean drama yg sedih-sedih... sebab aku ni ratu airmata hehehe

Adie Achim said...

1 liter of tears..

aku ni kira raja air mata kali :)
Yang ni Jepun.

Nong Andy said...

oh.. jepun.

ah? raja airmata akakakakkaa... sedang imagine ekkekekeke...

tak kira korea ke jepun ke hindi ke.. aku layan. dan slalu sgt join nangis kekekeke... menghayati katakan. siap tersedak-sedak dan shinta bawa wet tisu lap muka aku. tak ke bertambah sedih--> sebab wet tisu tu pedas kalau kena mata ekekekke...

Fatin Nazuha said...

Ciannya abangku seorang ni selalu tertinggal citer....adk ada bw balik DVD citer tu ni mesti x tgk g.... mmg 1 liter sungguh air mata kan?.....

Adk ada soundtrack lagu ni...selalu dgr best giler kan....

sukiman said...

semoga suatu hari saya berpeluang melihat cerita ini...

saya suka kisah sedih dan kecewa sebab ia memberi kekuatan...

Adie Achim said...

Nong:
Saya selalu menahan air mata tungg part nda sedih baru lap (cover) bah :)

Adie Achim said...

Fatin Nazuha:
Amboi2.. Adik nda pernah cerita pun! slalu klu ada movie bestkan kita akan share! :)

Adie Achim said...

Sukiman:
Tengoklah.. hmm ada kot dlm youtube cuba cari.. ia kisah keluarga dan impaknya pada saya ialah:
lebih menghargai hidup lebih dari sebelumnya :)

Sudah baca?

Related Posts with Thumbnails