Berkreatif

Salam buat pembaca budiman,

Sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan saya ialah apabila berpeluang atau diberi peluang(samalah maksudnya kann?) untuk membuat satu inovasi kreatif.  Saya akan menjadi begitu obses untuk menyiapkannya, walau apa jua rintangan sekalipun (Pulak! macamlah nak berperang).  Tapi ada juga masa dan ketika terpaksa berperang dengan diri sendiri apabila idea dan material tidak seiring.  

Di bawah adalah buku pelawat bagi satu majlis perkahwinan antara dua doktor.  Semasa hendak menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel saya memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan.  Kedua-dua doktor tersebut bertugas di wad isteri dan lebih istimewa doktor lelaki tersebut merupakan pembaca blog AdieAchim.  Akhirnya saya menawarkan diri untuk membuat buku pelawat tersebut.  Sesuatu yang berguna pada majlis tersebut dan boleh dijadikan kenang-kenangan. 

Bagi tujuan ini keperluannya ialah album (self-adhesive), renda kain untuk hiasan depan album (yang terpakai.. kalau amik baju renda emak atau isteri pun boleh juga.  Pastikan dia tidak mengecamnya)  bunga telur (pilihlah mengikut kesesuaian warna tema dan berkualiti) kad kahwin (juga bagi tujuan hiasan) kertas (untuk dicetak gambar, pastikan permukaan belakang sesuai untuk ditulis ucapan), tag thank-you dan tracing paper.





Buku pelawat ini mempunyai ciri yang unik, tidak seperti mana-mana buku pelawat yang lain perlu beratur panjang untuk menunggu giliran mengisinya.  Ia tidak ubah seperti album bergambar kerana setiap halaman penuh dengan gambar-gambar pengantin.  Tetamu hanya perlu menarik keluar dan menulis ucapan pada bahagian belakang gambar tersebut.  Proses ini menjadi lebih lancar dengan peranan penyambut tetamu yang membantu mengedarkan kad tersebut pada tetamu dan memasukkan semula ke dalam album.

p.s: Doktor F maaf ya tanpa kebenaran. Saja untuk perkongsian idea.  Tahniah telah menjadi papa.
p.s: Sesiapa nak tempah boleh ajer :)  Abg Jan kalau dah sampai masanya bagitau saya akan buatkan   
      istemewa untuk anda !

Comments

Kayu Manis said…
kreatif,menarik..ada gaya vvviiipp gitu
Nong Andy said…
oh? macam tu pun boleh? ha... memang kreatif la adie.
Adie Achim said…
Knor:
patutlah masa majlis tu, saya tengok yang VVIP jer yang menulis ucapan. Tetamu yang biasa hanya mengerling segan dan masuk terus ke dewan.
Adie Achim said…
Nong Andy:
Bleh bah.. kalau masih larat masa shinta kahwen nanti saya buatkan :)
Jankaulu said…
(yang terpakai.. kalau amik baju renda emak atau isteri pun boleh juga. Pastikan dia tidak mengecamnya) he he he saya tergelak sorang membacanya.

Adie, nanti saya tempah, tapi bila yea? he he he
Adie Achim said…
Abg Jan:
Jangan tak tau Saya meniru gaya abg.Jan.

Bila.. tu yang ditunggu tu. Saya ngan Nong Andy akan membuat penampilan khas ke majlis itu.

Amin.
Nong Andy said…
Shinta kawen? Atu banar.. batah lagi adie..

Hehehehe.. ya adie. Kompom sudah tu.. penampilan khas.
Adie Achim said…
Nong Andy:
Ha ha.. hantap jua!

Untuk majlis en. pensyarah wajib tu kehadiran. (macam tah banar dijemput tu ah)
Jankaulu said…
Adie,

selamat tahun baru semoga tahun ini adie sekeluarga diberkati kesihatan dan dimurahkan rezeki...

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!