Hukuman untuk yang datang awal!


Terima kasih buat sahabatku Mr. Mahid yang membincangkan topik fashionably late dalam ruangan blognya. Apa yang akan saya hujahkan hanyalah satu perkongsian idea dan rasa, mungkin ini hanyalah salah satu contoh antara sebab-musabab bagaimana ia berlaku dan bagaimana masyarakat kita mempraktiskannya sebagai sesuatu yang kebiasaan.

Sukalah saya memberikan tajuk ini sebagai “hukuman kerana datang awal” Ia merupakan kisah benar yang berlaku kepada diri saya sendiri. Maaf ceritanya bukan bermula "Pada suatu hari" tetapi begini:

Pagi yang cerah dan meriah, berpusu-pusu orang datang ke mesin Thumb-Print bagi mengesahkan kehadiran, tapi peliknya selepas mesin berbunyi 'Thank You" orang masih lagi tercegat di situ. Oh! rupanya ada notis pemberitahuan tentang sesi fotografi yang akan berlangsung esok hari.

Tidak cukup dengan itu hebahan lisan melalui mereka yang mempunyai keprihatinan tentang:

“You pakai baju apa masa sesi fotografi ekk?”

Rasanya memadai dan cukup membantu sebagai satu sebaran yang tidak kurang efektifnya.

Tidak diketahui dan kurang jelas sebabnya, samada berlaku kesilapan pemilihan masa atau mengikut teori dalam fotografi, sesi dijalankan pada suatu petang yang sangat terik (3.00pm). Ramai yang datang lebih awal dan tepat pada masa yang dijanjikan. Hari itu hukum alam menjanjikan cuaca yang panas membahang, ramai yang berdoa agar sesi itu selesai dengan kadar yang SEGERA!

Dimulakan dengan acara menyusun kedudukan mengikut ketinggian, agak lancar tetapi kerap kali terganggu setiap kali ada yang baru sampai, kedudukan terpaksa dirombak semula. Baru saja sesi fotografi hendak dimulakan ada lagi kelibat yang baru sampai dan anda mungkin boleh jangka betapa manisnya senyuman yang diberikan seolah-olah mengatakan:

"Common.. biasalah lewat, tak pernah buat??".

"Yang korang datang awal kenapa?"

"Releklah saya bukannya sengaja pun"

“Maaflah saya ada hal penting tadi”


Maka tidak hairanlah selesai sahaja acara tersebut kedengaran suara-suara parau dan tidak ketinggalan suara-suara ayu merintih secara terang-terangan :

"Nyesal datang awal, tengok habis sunburn”

“Next time datang lewat, selamat dari jadi ikan kering”

"Ish.. serik la kalau begini! headache! migrain!"

“Seronok juga datang lewat, bijak aku nie! hee ee”

Akhirnya semua orang beransur-ansur balik dengan perasaan gembira dan tidak sabar melihat hasilnya kelak. Malang kepada pihak yang menganjur kerana dipersalahkan atas semua permasalahan.

Napa tidak puas hati dengan endingnya? tapi itulah dia kerana masing-masing menyemat perasaan tidak akan datang awal pada sesi fotografi yang akan datang, manakala mereka yang memang punya prinsip datang awal bersedia untuk hukuman itu.

Saya tegaskan di sini ini tidaklah bermakna bahawa bagi mengelakkan hukuman itu kita pro kepada budaya datang lewat untuk selamat dari hukuman. Saya ulang sekali lagi “sama sekali tidak!”

Kita punyai pelbagai teknologi hebat yang boleh membantu dalam memberi peringatan.

Makanya kita kena memikirkan secara lebih kritis dan kreatif bagaimana menukar tajuk ini menjadi “Hukuman kepada yang datang lewat.”

Comments

Mr. Mahid said…
saya cadangkan hukuman org yg dtg lewat adalah....

enjut 100 kali dalam keadaan bogel di depan semua org yg penat menunggu!!

wahaha..
hahaa.. kalau camtu aku doakan si _ _ _ _ _ _ datang lewat. Alangkah bestnya!
Mr. Mahid said…
aku pula doakan si _ _ _ _ dtg lambat..

waaa....

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Esah 50 sen

Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan