Pengisahan hidup realiti, fantasi dan di antaranya...
For more information
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
P.S: Rasanya dah banyak maklumat... kan.. Saya punya adik-beradik, sanak-saudara dan rakan-taulan yang masih merokok. Saya sayang kalian! dan anda punya orang yang menyayangi dan disayangi anda. USAHAKANLAH! untuk berhenti.
Yang dihargai para pengikut setia, (teruskan setia) Yang dihormati para pembaca budiman. (teruskan baca) Tidak sesekali bermaksud untuk menimbulkan provokasi kepada bro. Ben sekadar ingin menarik perhatian beliau. Memang mudah untuk menjadi antara 17,000 follower (sekadar klik pada butang 'follow'), cuma untuk menjadi yang terpilih untuk dilawat adalah kebarangkalian yang begitu tipis. Saya yakin betul beliau akan membaca entri ini, Terima kasih untuk itu dan entri ini juga buat tatapan umum, saya ingin anda turut terCABAR! Berapa orang di luar sana yang berpeluang melihat kelahiran bayi secara langsung? live! Ya, saya amat percaya bilangannya amat sedikit. Malah tanpa bertanyakan pada dady (panggilan buat ayah saya) saya amat yakin beliau tidak punya satu kalipun peluang melihat bagaimana proses kelahiran lima orang anak perempuan dan empat orang anak lelakinya. Bukan salah beliaupun! Cuma pada masa itu tidak ada polisi yang membenarkan si...
Salam buat sekalian follower (Yang dihargai) juga buat sekalian silent reader (bila lah terbuka hati nak follow) Rakan-rakan memanggil saya dengan panggilan Jun, Din, Sya, Tek, Akim, Die dan sebagai rakan blogger saya dikenali sebagai AdieAchim. Melalui gelaran saya dapat mengenalpasti rakan saya itu dari kumpulan yang mana contohnya hanya rakan-rakan sekampung yang memanggil 'Tek'. Seorang rakan pernah berkata (saya harap dia akan tarik balik cakap) "Kau kawan yang baik!" Sejak kebelakangan ini saya selalu dihimpit dengan rasa bersalah yang amat sangat! Tatkala ramai yang mengatakan saya sudah tidak seperti dahulu. Saya akui itu! Malah saya membenarkannya berlaku dan hanya membiarkan. Betapa saya sudah melupai rakan-rakan saya (dalam konteks : keep-in-touch ) tetapi dalam hati saya ingat kalian semua. Kalianlah yang mematangkan saya! Jika dulu, saya kurang mengerti apa yang dimaksudkan dengan "kawan baik adalah apabila kita se...
Sesat L angkahku tersasar.. Sesat di hutan belantara yang berbatu pejal Terkeliru untuk beberapa kali.. Jalannya membingungkan.. aku alpa Dan menangis… tapi sesekali tertawa teruja.. Hutan ini penuh warna warni.. Indah tapi merbahaya.. Dari liku-likunya Aku temui.. Yang berbau wangi.. Dan yang berupa hodoh.. Yang bertopeng manusia.. Dan kecantikan sang rubah.. Tapi isinya melukakan hati.. Atau kemilau permata yang ku sangkakan kaca! Dari sini aku temui.. Onak duri yang mengigit betisku.. Adakalanya menjadi luka Bengkak dan bernanah.. Perit.. sakit! Tapi kesakitan itu membuatku lebih peka.. Tersilap langkah ini.. Tapi tak mengapa.. Hidupku tak seindah hidupmu.. Namun aku masih rasa bahagia! Mungkin dunia kita tak sama.. Cerita kita di jalanan yang berbeza.. Walau sedikit cemburu padamu.. Keletihan masih jua milikku Tak kira sebesar mana aku cemburu padamu! Rentak langkahku mungkin amat perlahan Tapi aku senyum lebih manis dari senyumanmu.. ...
Comments